bukan tersepit tapi tersepi

admin | sembang-sembang | August, 04 2010 | 38 Comments

M.V.JJJJ akhirnya sampai di Pelabuhan Butterworth[anggap je lah itu Pelabuhan Butterworth....aku dah tak ingat!] setelah belayar selama 2 hari setengah dari Port Dickson.Gergasi besi yang boleh terapung ni mula berlabuh di tengah sebelum mendapat kebenaran menghimpit dermaga.Mujurlah kepala aku yang cukup berat sebelum ini mula ringan.

Sebelum kapal sampai ke pelabuhan,suasana dalam kapal memang sedikit kecoh.Macam-macam ragam boleh dilihat.Bermula dengan urusan pinjaman wang dengan kapten.Mengambil pesanan dari rakan-rakan sekerja yang tak dapat menjejakkan kaki di daratan.Macam pasar borong di waktu puncak !

Aku pula meneruskan duty dan terus menyambung kerja untuk 8 jam berikutnya.Sebenarnya sepanjang aku belayar,boleh kira berapa kali je aku menjejakkan kaki di daratan.Aku lebih suka terperuk di kabin atau mengganti duty rakan sekerja yang lain.Ketika aku keluar dari bilik enjin menuju ke kafe – suasana sudah bertukar,macam kawasan perkuburan.Sepi !

Masuk je kafe,aku nampak Abug sedang minum.Kenapa dia masih di kafe? Sedangkan bot tunda sudah lama meninggalkan kapal untuk mengangkut kelasi ke pelabuhan.

“Abug,kata nak turun kapal ? ” tanya aku sambil menghirup kopi panas.

” Kau punya kepala berat lagi ke ? ” Abug bertanya pada aku tanpa menjawab soalan tadi.Ketika ini Dewa Dapur[tukang masak] mula menghampiri meja kami.

” Amacam mabuk dah hilang ? ” tanya Dewa Dapur pada aku.Aku sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum.

” Abug,kali ni hutang kau berapa banyak ? ” Dewa Dapur bertanya pada Abug secara terus terang.Abug dengan malas mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat,bermaksud dua kemudian baru bersuara.Aku masih tak faham maksud Abug yang berkata dua bulan.

” Abug,kau kurangkan sikit layan ‘barang’ dan ‘kocok daun’ tu ” nasihat DD pada Abug sambil menepuk-nepuk bahu Abug sebelum melangkah pergi.

Setelah menceritakan serba ringkas dengan aku.Abug berunding dengan aku,agar kerja lebih masa selama 16 jam setiap hari biarlah dia yang ‘sapu’.Aku bersetuju atas dasar simpati.Maka bermula dari saat itu,terjalinlah persahabatan aku dengan Abug bagai ikatan saudara kandung.

Apa aku nak buat kalau berkurung di kabin? Hari itu jugak aku sedar,selain menanggung rasa rindu,aku jugak dilanda kesepian.Sepi yang paling sepi ! Tapi sepi itu kan indah ? Bila aku kesepian,aku akan bergelumang dengan ‘dunia pen dan kertas’ :)

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

38 Comments

  • At 2010.08.04 16:04, mijie said:

    ko memang dasyhat bang joe, jalan cerita yg indah dan menarik setiap kali aku bacanya
    mijie´s last blog ..Tutorial cara memasukkan video youtube di blog My ComLuv Profile

    • At 2010.08.04 17:33, admin said:

      biasa-biasa je mijie,sekadar melepaskan syarat update blog dan ketika masih ada masa untuk menghadap blog ni :)

    • At 2010.08.04 16:07, cikgunormah@klcitizen said:

      oo…
      first time membaca blog tentang kehidupan dalam kapal. pengetahuan baru, dan pengalaman menarik.

      abug masih lagi dengan perangai mengocok daun ke? kasihan….
      cikgunormah@klcitizen´s last blog ..main pok-pok amai My ComLuv Profile

      • At 2010.08.04 17:37, admin said:

        begitu jugak kalau saya membaca kehidupan seorang guru,pasti sesuatu yang baru bagi saya :)

        kisah Abug itu akan diketahui kesudahannya dalam entry-entry yang akan datang,KLC :)

      • At 2010.08.04 16:58, etomyam said:

        kocok daun kira judi le tu kot..’barang’ tu banyak maksud la pulak hehe. serious cerita ni semakin menarik, boleh compile bila siap nanti :D
        etomyam´s last blog ..Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 My ComLuv Profile

        • At 2010.08.04 17:44, admin said:

          yupp,betul tu bro :) …’kocok daun’ membawa maksud berjudi,’barang’ di sini dimaksudkan sebagai bahan khayal yang serba aneka :)

          haha…cukup sekadar menulis dalam blog bro :)

          • At 2010.08.05 00:13, etomyam said:

            mana tau kot bro je boleh expand tulisan ni jadi sebuah novel atau e-book, content dah ada, cuma perlu touch-up aje lepas ni :D
            etomyam´s last blog ..Jom Makan Buah Putrajaya My ComLuv Profile

            • At 2010.08.05 01:37, admin said:

              cadangan yang bernas tu,bro seperti yang pernah disarankan oleh pengunjung lain sebelum ini :)

              sebelum ni memang ada penulis[member baik] yang sudi melaksanakan projek usahasama ni[atas idea/cadangan dia] namun terberhenti sekerat jalan[baru proses perbincangan]sebab dia sedang terlantar sakit selepas pembedahan jantung.

              apapun terima kasih di atas cadangan tersebut :)

              • At 2010.08.05 14:41, Samdaddycool said:

                Gua sokong.. cerita baeeekkk.. kalu trkenal sikit hari lagi, bole buat biografi macam david beckham ke..
                Samdaddycool´s last blog ..Blogger yang tersepit My ComLuv Profile

                • At 2010.08.05 16:14, admin said:

                  nak up nama ni mudah je,sam :) ….gua tebas batang leher mana-mana manusia yang gua bengang,lepas tu mesti ‘meletup’ nama gua….kahkahkah

                  maka terhasillah sebuah biografi “penebas kepala abad 21″….kahkahkah

                • At 2010.08.08 20:17, Samdaddycool said:

                  Rilek bro.. simpan taring tu..sabo, sabo
                  Samdaddycool´s last blog ..Koleksi tudung lycra cotton My ComLuv Profile

                • At 2010.08.09 00:42, admin said:

                  kehkehkeh…gua ni bab sabo ni susah mau cakap,sam :) …moga-moga jangan sampai berlaku.

      • At 2010.08.04 19:27, cookdong said:

        dewa dapur plak dah..haha.

        setahun bape kali turun darat?

        • At 2010.08.04 19:53, admin said:

          dalam kapal,’lesen agong’ tukang masak lah yang pegang! CD :) tu pasal digelar Dewa Dapur – kalau dia mogok semua orang kebulur tau tak?

          tapi nak dapat gelarannya bukan mudah sebab dalam kes yang lain,tukang masaklah yang selalu kena buli dengan kelasi :)

          tahun pertama memang aku tak pernah turun,tahun kedua sekali je,tahun ketiga aku terus turun-tak naik-naik kapal lagi dah…kahkahkah

          • At 2010.08.05 04:01, cookdong said:

            kah2..asal kena buli? chefnye lembut? hee..

            lagi bape post nak tggu cerita tahun ketiga ni..job baru..menanti dengan penuh setia..eheh

            • At 2010.08.05 04:13, admin said:

              bukan pasal lembut tapi faktor pengalaman belayar/bekerja kalau muka-muka baru setahun dua belayar ni memang kelasi lain susah nak respek,CD :) kecuali ada ‘kuku dan taring’ !

              job baru tu? kalau rajin baca entry di awal penubuhan blog ni,ko dah boleh cantumkan kisah selanjutnya :)

        • At 2010.08.04 20:41, catz_mafia said:

          salam perkenalan.. cerita orang diatas kapal ye.. semoga selamat .. anyway.. saje jalan2 di sini.. :)

          • At 2010.08.04 20:51, admin said:

            salam disambut :)

            sekadar berkongsi kisah lalu :)

          • At 2010.08.04 23:59, zik said:

            rajin bro kita buat diari… merupakan asset… untuk dikongsikan sehingga hari ini..
            zik´s last blog ..Qari Mesir- qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran 2010 My ComLuv Profile

            • At 2010.08.05 00:12, admin said:

              kalau difahamkan dunia pen dan kertas itu adalah menulis diari sememangnya meleset sama sekali,zik :)

              sebenarnya selama aku atas kapal tu,hari/bulan/tahun semua aku tak amek endah….kapal tu belayar ke mana pun,aku tak ambil pusing….kahkahkah

            • At 2010.08.05 00:51, bujang3 said:

              sepi ?? Ada kalanya nyer bila dilayan… syahdu giler… macam-macam singgah kat kepala….
              bujang3´s last blog ..The Art Of Negotiation !!! My ComLuv Profile

              • At 2010.08.05 01:38, admin said:

                FANA !!! memang indah,bujang! :)

              • At 2010.08.05 07:38, madlut said:

                dewa dapur selalu masak apa? western ada?…macam abang saya, dia kata, dah bosan pulak pekena western..dan tengok eskrem pun dah nak termuntah sbb selalu sngt makn…

                • At 2010.08.05 16:18, admin said:

                  kalau ikut jadual kerja,apa yang DD masak,itulah yang dimakan,madlut :) …tapi kalau kes tertentu “allow DD,hari ni aku nak makan asam pedas ikan pari “….pun ada jugak….kahkahkah

                • At 2010.08.05 19:47, ishak said:

                  memang hebat bro joe ni..fullamak….
                  ishak´s last blog ..Aksi budak sekolah terlampau My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.05 22:10, admin said:

                    tak le hebat mana pun,ishak :)

                  • At 2010.08.05 21:29, Dila.13 said:

                    berbulan belayar baru sekali berlabuh.. adeh.. kalau yang dah berkeluarga mesti tak boleh tahan rindu rasanya.. tapi baguslah ada kawan yang sedia teman walaupun sekadar pen & kertas. dua member baik tu lah yang jadikan saya seperti sekarang :)
                    Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.05 22:15, admin said:

                      kapal ronda perairan malaysia mana ada berbulan baru berlabuh,dila :)

                      kelasi kalau sudah berkeluarga memang tidak sesuai – ramai member yang perkahwinan mereka hancur di tengah jalan :(

                      dunia pen dan kertas tu sama tapi tak serupa,dila :)

                  • At 2010.08.06 09:01, tehr said:

                    aku pernah bertugas di pedalaman sarawak
                    asyik bilang hari je nak balik kampung
                    hehehe

                    bro joe memang gayanya membawa diri…
                    tehr´s last blog ..Alahai Dikencing Tikus My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.06 15:20, admin said:

                      haha…kan best kalau bekerja di tempat begitu,jauh dari hiruk-pikuk,tehr :)

                      membawa diri sambil mencari diri untuk mengenal diri :)

                    • At 2010.08.06 11:45, adamfaiz said:

                      Haha..taiko pun sepi gak kan? Dah namanya manusia..!
                      adamfaiz´s last blog ..Senarai Hotel – Sijil Halal Sah Untuk Buffet Berbuka Puasa My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.06 15:21, admin said:

                        haha…bukan taiko tapi tukang kasut daaa :)

                      • At 2010.08.09 11:16, khairolghani said:

                        aku rasa lepas ni,kalau ada penerbit buku baca blog ko,mesti diorang nak bukukan hasil tulisan ko ni..
                        khairolghani´s last blog ..Community Shield milik MU My ComLuv Profile

                        • At 2010.10.30 02:04, admin said:

                          hahaha…..setakat mampu merapu dalam blog je,kay :)

                        • At 2010.10.29 23:25, EzzEddin said:

                          bro..aku terasa benar2 cerita nie..betul2 dalam penghayatan aku..
                          thumbs up bro!!
                          EzzEddin´s last blog ..Juara Gadis Melayu 3 – Nur Azrina Salleh My ComLuv Profile

                          • At 2010.10.30 00:15, admin said:

                            aku sekadar menulis hasil dari pengalaman yang aku lalui,EE :)

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          CommentLuv Enabled
                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                          Design by: Yoshz Themes