bronko vs jerung

admin | sembang-sembang | July, 31 2010 | 34 Comments

Baru je aku nak lelap.Kedengaran pintu kabin diketuk dengan perlahan tapi berulang-ulang.Dengan hati yang panas,aku menuju ke pintu,pulas tombol.Di luar,tercegat 4 orang pemuda.” Maaf,bang tapi kami ada hal nak cakap sikit dengan abang ” kata salah seorang dari mereka.

“Beb,aku ni ada masa kurang dari 12 jam untuk berehat ” jelas aku sebelum kata-kata aku dipotong.

” Itu abang jangan bimbang,nanti kami bantu ” pemuda tadi berkata lagi[mungkin dilantik menjadi jurucakap]

Perbualan aku memakan masa selama 1 jam jugak.Barulah aku tahu suasana dalam kapal itu bagaimana kisahnya.Kisah manusia yang cuba menunjuk kuasa dengan rakan-rakan sekerja.Bermodalkan saiz badan yang agak besar[kerangka badan],faktor usia dan pengalaman bekerja yang agak lama sikit berbanding dengan yang lain.Manusia yang bergelar Bronko[kelasi bahagian dek]-pemuda yang kaki gam itu.

Bagi yang berusia muda biar apa pun pangkatnya asal naik atas kapal M.V.JJJJ pasti dalam cengkaman Bronko dan kuncu-kuncunya.Mana-mana kelasi baru yang bernasib baik dapatlah bertukar kapal sekiranya ada kekosongan yang menanti.Itupun tak tahulah nasib mereka kelak.

Nampaknya hidup aku kini serupa jugak dengan kehidupan aku di kaki lima sebagai tukang kasut.Masih terpaksa bergaul dengan para penagih,masih perlu berdepan dengan manusia yang gemar menunjuk lagak dan kuasa ! Mana lagi harus ku tuju agar aku bebas dari semua ini ?

Sedang melayan fikiran yang sedikit berkecamuk,pintu kabin tiba-tiba terkuak.Masuk bersalam dan bersopan.Jurutera 2 masuk bersama greasernya.Jurutera 2 memperkenalkan diri sebagai Unta[perokok tegar Camel],greaser itu dipanggil Abug[Abu greaser].Rupa-rupanya Abug adalah teman sekabin aku.

” Wahh ! Aku dengar tadi kat kafe,Bronko kena minum air kolud[kopi yang bercampur dengan air ludah] ” kata Unta membuka bicara.Sementara Abug sibuk mencari sesuatu di tilamnya.Aku masih mendiamkan diri sekadar mendengar dan memerhatikan gelagat manusia di depan mata.

” Oh ya ! Malam ni duty kau.Abug cover.Kau rehatlah dulu ” kata Unta yang agak serba salah mahu beraku,berkau dengan aku.

” Abug,terima kasih tapi nanti aku turun jugak ke bilik enjin tu ” aku baru bersuara dan memperkenalkan diri sebagai Bonneyan13[sebutannya bunian capsa] yang mana akhirnya nama itu tenggelam berganti dengan gelaran Jerung.

Di peringkat awal rakan-rakan memanggil aku Yan.Tapi macam tak best ! Sebab Yan tu akan menjadi Yano[Yan oiler].Sebenarnya dalam kapal M.V.JJJJ,aku lah yang paling muda.Kelasi yang lain rata-rata berusia 25 tahun ke atas.Majikan aku ni menjadi tumpuan kelasi yang baru tamat kontrak dengan “kapal bunga” .

Mungkin abang kepada Madlut tahu majikan yang aku maksudkan.Dah tahu diam-diam sudahlah !…kehkehkeh

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

34 Comments

  • At 2010.07.31 07:02, cookdong said:

    sume nama main cantum je..
    jerung mai dah :D

    • At 2010.07.31 08:36, admin said:

      bukan semua begitu,CD :) …jerung mai? siapalah yang bakal menjadi mangsanya…kehkehkeh

      • At 2010.08.03 13:03, Dila.13 said:

        gabungan nama macam yang selalu orang2 indonesia buat.. satu contoh saya dapat tangkap dari tea lady ofis “curhat” = curahan hati! :P
        Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

        • At 2010.08.03 14:52, admin said:

          atas kapal tu serba serbi “cam”,dila…dari makanan,minuman,bahasa dan tidak ketinggalan bahan-bahan khayal – semuanya dicampur :)

          • At 2010.08.03 23:43, Dila.13 said:

            ooo.. rasanya itulah asal kopi ‘cham’ sebab ada campuran teh! terbaik dari ladang!
            Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

            • At 2010.08.04 03:30, admin said:

              teh tarik yang sedap tu[bukan semua kedai buat] sebab “cam” lah…serbuk teh digaul dengan serbuk horlick-sekadar contoh :)

  • At 2010.07.31 07:46, mijie said:

    fuh dapat gelaran baru lagi, si jerung yer..
    mijie´s last blog ..WordPress 301 sedia untuk di update My ComLuv Profile

    • At 2010.07.31 08:37, admin said:

      sebab yano tu tak berapa nak ngam bunyinya ! :)

    • At 2010.07.31 09:18, madlut said:

      haha..nanti saya tnya abang saya…adeyh..bahasa kapal nie..pelik2 jugak, haha…nsb bek ada basic sket2…

      • At 2010.07.31 15:39, admin said:

        tak de lah pelik sangat kalau dibandingkan dengan bahasa remaja sekarang walaupun aku masih remaja yang dah hujung-hujung …kahkahkah

      • At 2010.07.31 10:38, zik said:

        jerung vs bronko… bronko tuh apa??
        zik´s last blog ..Zikrihusaini in progress My ComLuv Profile

        • At 2010.07.31 15:40, admin said:

          sekadar nama gelaran/timbangan,zik :) ….aku sendiri tak tau makna bronko tu…kahkahkah

      • At 2010.07.31 12:11, etomyam said:

        Yan?..hehehe sekarang ni ada classmate aku nama yan bro, tapi pompuan la hehehe :D
        pergh, Kolud tu lebih power dari 3 in 1 tu bro hehehe
        etomyam´s last blog ..Tutorial Mudah Untuk Manual Update WordPress My ComLuv Profile

        • At 2010.07.31 15:41, admin said:

          kirim salam kat dia….kehkehkeh

          kolud tu mungkin ada dijampi-jampikannya,bro….kahkahkah

          • At 2010.07.31 22:33, Samdaddycool said:

            siot je.. KOLUD.. kuang.. kuang.. kuang..
            Samdaddycool´s last blog ..Ngeri dengan isu ayam halal My ComLuv Profile

            • At 2010.08.01 00:20, admin said:

              nasib baik tak masuk ke tekak gua,sam :) …sebenarnya macam-macam sebutannya/pangilannya.

        • At 2010.07.31 17:45, boy_bersahaje said:

          Waaa ade kaitan plak ngn madlut ni..makin hangat story ni bro

          • At 2010.07.31 17:55, admin said:

            abang kepada madlut jugak bekas kelasi kapal,boy :)

          • At 2010.07.31 20:41, bujang3 said:

            Jerung ??? Ganas nama tu… mesti power punya lepas nie !!!!
            bujang3´s last blog ..Syukur !!!! Hari yang ditunggu hampir tibaaaa !!!! My ComLuv Profile

            • At 2010.08.01 00:21, admin said:

              ganas? tak lah,bujang :) …jerung adalah seorang yang baik hati…kehkehkeh

            • At 2010.08.01 01:36, zainura said:

              Inilah pengalaman hidup yang hanya dapat dirasai dengan sebenar-benarnya jika melaluinya. Pengalaman yang tak dapat dijual beli.
              zainura´s last blog ..Wannura Terapi Produk My ComLuv Profile

              • At 2010.08.01 02:35, admin said:

                pengalaman adalah guru yang terbaik andai ingin dijadikan iktibar dalam kehidupan,kak nura :)

                *akhirnya tercapailah hajat untuk memiliki blog yang menggunakan domain sendiri :) *

              • At 2010.08.01 20:19, sastraboy said:

                ” Masih terpaksa bergaul dengan para penagih,masih perlu berdepan dengan manusia yang gemar menunjuk lagak dan kuasa ! ”

                dekat masjid. hoho. memang susah kot nak lari.

                pandai2 lawan sudah. huhu.
                sastraboy´s last blog ..dua ribu hits! My ComLuv Profile

                • At 2010.08.01 20:35, admin said:

                  sebenarnya kat darat,aku dah rimas berdepan dengan golongan yang disebutkan itu maka membawa diri belayar.

                  masjid? bukan satu jaminan :)

                  susah nak lari? hakikatnya setiap manusia ada keburukan[kelemahan] masing-masing yang mana perlu berusaha untuk memperbaikinya :)

                • At 2010.08.01 22:34, khairolghani said:

                  jadi taiko pulak ke bro..hehe..bagus..awal2 dah kena respek..
                  khairolghani´s last blog ..Ogos menjelma My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.02 00:15, admin said:

                    haha…bukan taiko daaa cuma membenteras sesuatu yang kurang sihat je,kay :)

                    bukan jugak pasal respek sekadar “ko tolong aku,aku tolong ko” :) -kerjasama.

                  • At 2010.08.03 13:05, Dila.13 said:

                    nasib baik jerung, bukan jerangkung! hehehe.. lepas ni ntah ape la jadi kat bronko & da geng.. nak kena buat catch up marathon lepas bersibuk-sibuk dengan kerja ;)
                    Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.03 14:54, admin said:

                      gelaran memang jerung perangai memang macam jerangkung dila :) ….sudah tamat ke cuti tanpa bergaji ?

                      • At 2010.08.03 23:45, Dila.13 said:

                        haha.. hampir betul la tu gambaran yang saya dapat dalam entri ni. haha.. cuti tanpa gaji dilanjutkan sampai hujung ogos. nak beri laluan kepada satu projek lain pulak. insyaAllah akan launch lepas raya. ape2 pun alhamdulillah sebab rezeki semakin murah :)
                        Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.04 03:32, admin said:

                          haha…entah macam mana gambaran yang tergambar tu :)

                          boss kat opis kat bising ke,dila?

                          • At 2010.08.09 11:11, Dila.13 said:

                            haha.. jangan ditanya.. tapi yang pasti memang tak marah sebab saya ada alasan sendiri untuk bercuti, dia pun ada alasan sendiri untuk beri saya cuti. kira win-win situation la (win siapa lagi tinggi tu saya tak pasti). hehe..
                            Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                            • At 2010.12.29 07:35, admin said:

                              hahaha…..
                              moga dipermudahkan segalanya kelak :)

                  (Required)
                  (Required, will not be published)

                  CommentLuv Enabled
                  © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                  Design by: Yoshz Themes