blog sahabat
dah banyak hari aku tinggalkan niche blog aku dan blog ni….apa sebab?….sayangkan blog ditinggal-tinggalkan….tak gitu? ….kahkahkah….sebenarnya bila aku bercuti dari update blog …..aku merayap-rayap ke blog sahabat lama aku… antaranya blog merahsilu…..sampai terbawa-bawa kenangan lalu.
MS adalah rakan sekolah aku semasa aku bersekolah rendah di daerah kelahiran aku….pernah sedarjah ketika darjah 5,dia seorang pelajar cerdik dan pintar…… mempunyai perwatakan yang tersendiri berbanding dengan teman sebaya….bila masuk sekolah menengah kami berlainan sekolah….aku tak jumpa MS ni sehingga tahun 2005….suatu pertemuan yang tidak disangka….terjumpa semasa aku online….masa aku layan satu forum tu…..sekadar menjadi pembaca senyap.
kali pertama aku baca postingnya dalam forum….hati dah berdetik…mamat ni macam seseorang yang aku kenal….sehinggalah aku join satu gathering forum ni di serdang,selangor….
aku : “pernah sekolah kat muar,(sekolah rendah) ?
MS : ????(terkejut)
aku : “ko ni budak 5 beruang kan?…MSD ke MDS….ko jadi kepala(ketua) kan ?”
MS : “weyy…..sape ek ko ni ?(masih terkejut dan mula cuak)”
aku : “kahkahkah”
sebenarnya aku dalam forum tu,aku tak pernah posting pun….dan aku join gathering tu pun melalui pm je…..dan apa yang aku tanyakan pada MS tu,sesuatu yang belum pernah diceritakan dalam forum…..terutama pasal MSD/MDS tu ……maka dari gath itu bermulalah kisah-kisah kembara malam….berkereta beramai-ramai ke lokasi tertentu dalam gelap malam…..yang akhirnya tinggal berapa kerat je yang sanggup meneruskan kembara malam ni….kahkahkah
dalam banyak-banyak lokasi,sehingga sekarang yang masih bermain di fikiran aku….istana lama gunung semanggol yang dipindahkan ke Janda Baik dan sungai di belakang rumah Pak Habib(Janda Baik)…..aku pergi ke istana lama ni pada satu malam bersama MS dan PT,yang lain-lain tu tak mau pergi atas sebab-sebab tertentu……kahkahkah
kawasan ini sebenarnya berpagar…kami masuk pada malam tu,dengan memanjat pagar tersebut….MS punya idea….kahkahkah….tapi kawasan ni memang best !!!….tambah-tambah sebelah malam…perghhh!!! memang best….kami bertiga bermalam di situ…sambil mendengar MS menceritakan salasilah keturunannya.
masa berlalu….aku pun dah lama tak berjumpa dengan MS…sehinggalah pada 2009,aku berkenalan dengan seseorang….seseorang yang mempunyai persamaan dengan MS dari sudut tertentu…..yang pasti aku bertuah kerana dipertemukan dengan 2 pemuda yang menyimpan cerita terpendam yang cukup menarik untuk direnungkan…..yupp …pertemuan itu satu rezeki !!! ….di sini aku ingin berkongsi dengan pembaca,apa yang ditulis oleh MS tentang rezeki……
” Itulah kuasa Allah. Sesungguhnya dalam tempoh masa saya di berada di Janda Baik dahululah saya mula betul-betul dapat melihat bagaimana Allah mengatur rezeki untuk setiap makhluknya. Jangan ingat kita semua dapat mencari rezeki dengan qudrat (kekuatan) dan iradat (kehendak) kita sendiri.”
+untuk MS terima kasih kerana uploadkan gambar-gambar di Janda Baik ni…..satu tempat yang cukup berkenan di hati aku….sungai,bukit dan hutan….apa nak buat harga tanah di situ melambung tinggi….kalau ada rezeki ingin aku menghabiskan sisa-sisa kehidupan di situ +
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


jauh bro dah meneroka………
kembara dan ‘kembara’ adalah sesuatu yang mengasyikkan
….mir,kalau hang pi jumpa MS….aku rasa korang berdua saling terkejut….bagai ‘menatap wajah dalam cermin’
tak pernah sampai lagi Janda Baik..orang kata kat sana best..kena try pergi satu hari nanti
khairolghani´s last blog ..Teori Lori Sampah
sungguh mendamaikan suasananya….senang cakap memang menarik untuk dikunjungi
Salaam…semakin lama ada tarikan magnet yang membawa saya ke sini…mungkin kita boleh berkongsi cerita yang sama suatu hari nanti. Persoalan saya dah terjawab kini…wsalam
Tetamu si pencari rezeki´s last blog ..Masjid Jubli Perak: Adunan Gaya China
sebagai pembaca blog puan,saya rasa cukup bertuah dan berbangga di atas usaha-usaha pencarian yang dilakukan.
Yang aku tahu, memang janda-janda kat sana semuanya baik. Kalau tak,. takkan nama tu boleh ada kan? Tak gitu?
rohaizad´s last blog ..Tips blogging – Facebook dan Feedburner.
kahkahkah…..betul ke macam tu,jad ? sebab aku dengar bukan macam tu dan yang aku pasti nora danish tak de kat situ
rezeki urusan maha agung..hamba rasa itu x perlu dipersoalkan. kita hanya perlu jalankan kerja kita.. xgitu bro..ini pendapat hambalah..
sememangnya begitulah namun bukan semudah yang diucapkan…..yakin dan redha padaNya bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan
MS tu super senior sekolah kat Kluang.. (kenal pun dalam blog je)
samdaddycool´s last blog ..Rezeki bekerja di rumah
gua cuma pernah sekelas semasa darjah 5,kepala memang best dari dulu lagi
…ini pun dah lama tak jumpa dia.
sam,masa expo muar itu hari,gua rasa dia ada bukak meja jual buku hasil penulisan dia.
Expo yang last takde masuk (perhi pun tak).. ada masuk masa anjuran MARA (lepas raya haji 2009)
Tapi kenal brader ni dalam blog je.. ada sekali dua masuk.
samdaddycool´s last blog ..Rezeki bekerja di rumah
ooo….itu macam
berjumpa kawan sekolah rendah.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
facebook betul la.
dapat berjumpa kawan.
boleh main blogging.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua