bila hati sudah suka
ni apa kes pulak ? dalam hati sudah ada taman ke ? bukan daaa…ini kisah bagaimana hati aku mula terpaut dengan dunia tukang kasut…kali pertama didedahkan kepada khalayak ramai tentang cita-cita aku nak jadi tukang kasut ni ketika aku darjah satu,1977 …..jawapan jujur aku tu dapat sambutan hangat….bukan dengan tepuk tangan tapi gelak ketawa dari teman sekelas termasuk cikgu aku sekali.
bukan kerana pengaruh tv(filem sabaruddin tukang kasut) sebab ketika itu di rumah tiada tv pun(zaman tv hitam putih)….aku pun tak tau kenapa aku boleh jawab soalan cikgu tu begini “saya nak keje tampal-tampal,jahit-jahit kasut “….mungkin kerana aku ke sekolah ketika itu cuma berselipar jepun(selamba je !) atau memang itu skripNya yang aku perlu lakunkan bila sampai waktunya.
ketika aku tingkatan dua,perasaan semakin membuak-buak untuk berhenti sekolah namun bila mengenangkan abah aku(sekarang dah aruah) dengan berat hati aku membatalkan hasrat tersebut…..kenapa nak berhenti sekolah ? sebab pada pandangan aku ketika itu ia memberi beban pada orang tua ku …..sudahnya aku ke sekolah dengan serba kekurangan namun tahap pelajaran aku tetap dikagumi oleh guru dan dicemburui oleh rakan sekelas…..hahaha…..serius aku cakap…..memang ‘kacang’(mudah dan senang) je pada aku ketika itu !(bab pelajaran ni)….walaupun aku bukanlah seorang murid yang rajin buat kerja rumah yang diarahkan oleh guru.
pendekkan cerita….ketika peperiksaan percubaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP) 1985…..segala soalan akan disediakan oleh sekolah sains muar dan maktab rendah sains mara muar(mrsm) untuk seluruh sekolah daerah muar…..soalan yang dibuat memang jenis ‘maut’ punyalah(susah yang teramat)…..aku dengan selamba bikin panas….mengatasi pencapaian keputusan pelajar-pelajar dua sekolah terbaik itu….hahaha
aku pendekkan cerita lagi… 1987 aku masuk dewan peperiksaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan membawa harapan pihak sekolah sebagai calon yang bakal mengharumkan nama sekolah dengan ‘menyapu’ semua A untuk semua matapelajaran…kalaupun bukan A1 setidak-tidaknya A2,maksudnya paling teruk pun A2 dalam keputusan aku tu.
aku bikin panas lagi….kali ni memang betul-betul bikin panas…..aku keluar lebih awal dari dewan peperiksaan untuk semua matapelajaran yang diambil….bukan kerana berjaya menjawab kesemua soalan dengan cepat….tapi aku sudah boleh bayangkan,aku tak kan ke mana-mana walau keputusan aku cemerlang …..
namun amat memeranjatkan keputusan SPM aku tu masih melayakkan aku untuk kemasukan UTM sesi 1988/1989….hahaha….apa sebab aku ceritakan benda ni semua ? ada sebabnya…suatu ketika dulu,sedang aku membaiki sepasang kasut kepunyaan seorang pakcik.
“tu lah budak-budak sekarang…..suruh belajar tak mau….akhirnya merempat keje yang bukan-bukan”…..”ko ni dulu sekolah sampai darjah berape ?” sergah seorang pakcik yang baru sebentar tadi menceritakan kejayaan anak-anaknya menjawat jawatan tinggi setelah menamatkan pengajian di menara gading….aku harap pakcik tu masih hidup dan berkesempatan membaca entry aku pada hari ini !!!
untuk guru-guru yang pernah mengajarku suatu ketika dulu….”SELAMAT HARI GURU“
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Tu lah manusia (esp Melayu), kalau tengok keje bukan-bukan (kaler kolar warna selain putih), akan di cop sekolah tak cukup tinggi.
samdaddycool´s last blog ..Fresco Muar terbakar
malangnya apa yang lu katakan itu benar,sam…ada yang bersangka lebih buruk pun ada
kalau anak rantau(pendatang asing)jadi tukang kasut dibilangnya gigih,
kalau anak watan yang jadi tukang kasut,dibilangnya penagih !
realitinya memang macam itu. orang suka tengok luaran je. kalau luaran tu buruk terus anggap buruk je semuanya.
begitulah lumrah manusia
…suka sangat menilai dari luaran.
dulu masa kecik2 nak jadi nelayan.. hehe.. cool je .. ada jugak kawan2 ejek… tapi masa kecik tak fikir apa2 sangat.. bila dah makin besar..cita2 tuh semakin hari semakin berubah..

zik´s last blog ..Tips elak mabuk laut.
zaman kanak-kanak begitulah ragamnya…sesiapa pun kalau punya peluang untuk memilih….pasti memilih yang terbaik untuk dirinya
Wah! seronok juga mengenang zaman silam, zaman kanak-kanak, zaman remaja. Tapi selalu kita akan jumpa penyesalan yang dah tak berguna. Kenapalah waktu itu kita tak lakukan begitu dan begini tetapi melakukan hal yang bukan-bukan walau berbagai nasihat kita terima.
Masa kecik-kecik cita-cita saya nak jadi askar, penuh bersemangat hingga permainan budak-budak kampung masa tu pun main perang-perang. habis kebun orang jadi medan perang. Yelah waktu tu cerita COMBAT tengah top kat TV. Masa tu memang TV hitam putih, karen tak ada guna bateri lori, tengah syok tengok TV batri habis…. hampeh!…
Dua kali pergi temuduga tapi gagal sebab tubuh badan saya tak melepasi syarat untuk menjadi askar. Lepas tu dah tak fikir lagi nak jadi askar.
Ardzham´s last blog ..Komisyen pancutkanisteri.com
tiada silam tiadalah sekarang
perjalanan hidup ini mengajar kita supaya berhati-hati agar jangan sampai kesilapan yang sama berulang.
kalau dah duduk kampung tu lah antara permainan kanak-kanak di waktu tu,buat senapang papan berlastik(papan- kopak reban ayam jiran!)
geram punya pasal tak de tv masa zaman budak-budak,saya ada beli tv hitam putih(tapi rosaklah)….diam tak diam tv tu sekarang dah jadi barang antik….peti tv yang bodynya kayu berkaki empat….ada pintu sliding kiri kanan…guna tombol kalau nak tukar channel
hasrat yang terbantut tu ada hikmah yang tersembunyi.
ada value tv tu! vintage woo
samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea
itulah tujuan sebenar gua sambar tv tu(mak gua membebel beli tv rosak),jenama philips(24″)…jenama sanyo gua dah let go(1.9K)…sebenar gua ada bakat berkarat repair tv dan video(belajar gaya pos):)
Jual dalam ebay.com mesti laku
samdaddycool´s last blog ..Kaya Ball : simple business idea
yang satu ni,belum ada rancangan untuk dijual
tapi aku ada 2 botol minuman yang diperbuat dari kaca…produk dulu-dulu…jumpa masa aku bersihkan saliran parit belakang gumah
Wah..caya la awk. tapi, tak leh salah kan org tua jugak la. Ni skang kalo jd blogger full time pun.. ntah2 dorng ckp, blajar tinggi2, tapi dok wat taik mata kt umah jer. bkn nak keje ngn kerajaan ker ape ker. Mentality dh mmg mcm tuh. sabar jer la.
Terpikir gak, isk, tkang kasut skang terer eh, leh wat blog cantik. rupe2 nye, ada udang sebalik mi la..hehe
pertamanya,terima kasih kerana sudi singgah dan berkomen di sini
kalau nak dengar cakap-cakap orang ni,sudahnya kita tak ke mana.
si tukang kasut ni sebenarnya buta IT…hahaha …terpaksa menjadi “budak yang keciciran dalam pelajaran” sepanjang menjadi tukang kasut…last-last kena mental block !
blog theme ni sebenar member yang buatkan
manusia sekarang suka bersikap skeptikal..pekerjaan sering dikaitkan dengan latar belakang pendidikan..zaman sekarang ni degree bukan penentu segalanya..syabas bro..walau apa jadi,hidup mesti terus..
khairolghani´s last blog ..Lindungi harta intelek anda
aku pun tak tau kenapa segelintir masyarakat berfikiran sebegitu….
kalau dilayan cakap-cakap orang ni alamat huru-haralah kehidupan sendiri…..pendek kata biarlah kita hidup dengan pendirian kita sendiri
wah wah wah.. menariks!! sape kate keje sendiri (tampal kasut ke, pasang karpet office ke, tukang masak burger otai ke) kerja orang2 tak berpelajaran tinggi? sekarang ni saya tengok orang lagi suka kerja sendiri tak payah dikawal oleh politik dan birokrasi tempat kerja. saya pun tengah berusaha ke arah itu. banyak perkara nak kena belajar lagi untuk bekerja sendiri. doakan saya ye

Dila.13´s last blog ..WotD: Lexophile
hahaha….tapi si tukang kasut ni memang tak belajar tinggi pun…baru satu sem dah cabut
ada lagi satu kelompok yang saya jumpa,band boy…study oversea sehingga tamat balik malaysia petik gitar dengan ketuk dram…perghhh memang tabik !
politik tempat kerja ni lah yang ramai tawar hati nak bekerja makan gaji
yang penting langkah pertama yang perlu diambil…banyak kelebihan kerja sendiri ni…mudah-mudahan tercapai hasrat tu
memang puas hati kalau dapat keje sendiri. kita adalah bos. apa yang kita usahakan, itu lah yang akan kita perolehi
wahhh..avatar baru ke,wan ?….yupp..setuju sebab sepatutnya kita harus meneliti kata-kata ini “9/10 rezeki datangnya dari berniaga “
ada pengajaran berguna di sini…selamat hari guru
etomyam´s last blog ..6 Bulan Tersadai Buah Dada Besar Sangat
antara yang mau disampaikan dalam entry ini…memperingati jasa guru sempena hari guru yang bakal menjelang
“tu lah budak-budak sekarang…..suruh belajar tak mau….akhirnya merempat keje yang bukan-bukan”…..”ko ni dulu sekolah sampai darjah berape ?” sergah seorang pakcik yang baru sebentar tadi menceritakan kejayaan anak-anaknya menjawat jawatan tinggi setelah menamatkan pengajian di menara gading….aku harap pakcik tu masih hidup dan berkesempatan membaca entry aku pada hari ini !!!
bro perhatikan ayat kat atas tu yg aku copy dari entri ko, aku pun pernah mengalami situasi begitu…masa tu aku kerja sebagai pump attendand dkt stesen minyak shell
masa tu lepas habis degree tapi susah yg teramat nak dptkan kerja…jadi terpaksa survive di KL, jauh ngan family di kampung
pakcik yg hanya membawa kereta proton wira…menceritakan semua anak dia bljr tinggi, kerja jawatan tinggi…bljr politeknik dan mcm2
siap ckp ngan saya, itulah dulu masa time bljr malas nak bljr betul2…tgklah skrg kerja mcm ni je layak…
aku jawab…mencari rezeki yg halal pakcik…janji sy tak gi merompak atau buat kerja tak elok
then part yg paling best…bila dia tanya bljr kat mana dulu…saya jawab dkt area sini je(masa tu kat area upm la)…
bljr ape…aku jawab…amik degree computer science je pakcik…terus pakcik tu berlalu pergi dgn muka kemerahan….
mijie´s last blog ..Ada apa dengan nombor 456?
perkongsian yang menarik !
sikap dan corak pemikiran seseorang itu kadang-kadang gua pelik,terlampau memandang rendah pada orang lain
tetapi sekarang tentu lu sudah boleh tersenyum kalau teringatkan kisah tersebut
selalunya sesuatu peristiwa pahit ketika diharungi akan bertukar menjadi manis di masa depan
…cuma bagaimana menghadapinya dengan cara betul(think +ve)
Wah.. alumni UPM!! saya juga graduan UPM. bacelor komunikasi kewartawanan.. Bro Mijie ni super senior kat sana lah ye? hehe…
Dila´s last blog ..Kurang Tidur Berisiko Mati Awal
nanti tunggu mijie jawab,dila
citer yang berkaitan pengalaman hidup memang best bro…tukang kasut pun,sekarang nie dah jadi motivator pada kitaorang yang baru belajar nk mulakan hidup nie..teruskan share citer2 cmnie bro, citer yang tak ramai org pernah lalui…good job
sekadar berkongsi pengalaman yang pernah dilalui…kalau ada yang baik tu,silalah ditapis-tapis….kalau ada yang kurang elok tu,silalah ditepis-tepis !:)
[...] tukang kasut mengikut susunan; Bhg 1 – Bila hati sudah suka Bhg 2 – Langkah pertama bermula Bhg 3 – Perjuangan itu Bhg 4 – Tempoh bertenang [...]
hahaha….aku dah balas semua komen ko,boss…..terima kasih
pada pakcik tu… jangan pandang orang sebelah mata… dan jangan menilai orang dari luaran saja… tukang kasut pun masuk “U” jugak….
bujang3´s last blog ..Menjana Pendapatan Melalui e-book…!!!
bujang,pandangan sebegitu sudah menjadi lumrah pada aku ketika mencari rezeki di kaki lima sebagai tukang kasut
aku nak joint kat sini boleh…??? aku datang ni pun setelah terbaca review dari boss
bujang3´s last blog ..Menjana Pendapatan Melalui e-book…!!!
dipersilakan dan dialu – alukan,bujang
ya hari ni,boss buat review pasal blog merapu ni…..terima kasih,boss