besar belum tentu bapak

admin | sembang-sembang | July, 08 2010 | 24 Comments

sambungan semalam.

Bila tangan aku dipegang oleh Apok dengan cara begitu.Menyebabkan ‘gila’ aku tiba-tiba datang.Aku dengan Apok sebenarnya memang ada dendam peribadi tanpa disedari oleh Apok sendiri.Satu jelingan tajam dari mata aku.Apok secara perlahan-perlahan melepaskan genggaman tangannya.

” Kawan,gua mari sini bukan mau cali gaduh maa ” Apok bersuara perlahan bila menyedari tindakannya tadi menimbulkan kemarahan aku.

” Gua mali Muapo mau cali makan bukan mau cali pasal “…..” Tapi kalau ada olang mau cali pasal sama gua,gua memang bikin ‘gila’ satu kali “  bermula dari sini aku bercakap dengan nada marah.

Panjang sudah menghilangkan diri mungkin memanggil seseorang sebagai pendamai.Ketika ini salah seorang dari mereka bertiga itu menyergah seseorang yang sedang tertinjau-tinjau dari luar kedai.

” Apok,lu kasi tau sama gua pasal apa lu mau campur gua punya hal ? “……” Satu kali lagi gua tanya sama uncle,ini 3 ribu uncle setuju ? ”

Bila Apok menyedari air mukanya sudah jatuh di depan anak buahnya,dia sedaya mungkin untuk mendapatkan sedikit kemenangan dengan cuba berlembut dalam percakapannya.

” Okaylah kawan,itu harga kira cincailah tapi…” belum sempat Apok menghabiskan kata-katanya,aku terus bersuara.

” Apok,itu 3 ribu jugak gua bayar talak ‘duit-duit kopi’,lu mau kutip duit kopi,lu kutip sama olang lain ! ” tegas aku.

” Uncle ini wang 3 ribu,lu angkat…lagi satu bulan gua masuk itu tapak ” aku bersuara tanpa mengendahkan lagi akan kehadiran Apok di situ.Uncle jadi serba salah namun dia mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju.

Apok memang sangat-sangat tidak berpuas hati dari raut wajahnya tetapi ayat-ayat terakhir aku membuatkan dia terdiam !

” Apok kalau lu cali pasal sama gua,lu tumbang masuk longkang….nama lu memang terus hilang ! ”

” Lagi satu lu mau ingat ini ‘undang-undang’ ……”naga dalam harimau”….”naga dalam harimau”…..” sapa ‘bapak’ sapa ‘anak’ ! ”

Aku berdiri sambil menghulurkan tangan pada uncle tanda selesai sudah segala rundingan.Baru aku perasan di luar kedai,di seberang jalan sana LMM tercegat berdiri sambil menghisap cerutnya.

” Panjang ! Gua minum kopi satu,roti kahwin dua “…..” Ini suruh BAPOK settle !

Mulai dari hari itu,kalau aku terserempak dengan Apok di mana-mana,memang BAPOK lah aku panggil …..kahkahkah !!! Dan petang itu dendam aku pada BAPOK terbalas sikit.Sebab ? Kerana BAPOK inilah generasi muda ketika itu terlibat dengan ‘pekhun’ [dadah]jadi ‘pekhun kia’[hamba dadah] tanpa mengira bangsa !

Petang itu jugak baru aku faham dengan sebenar-benarnya akan makna bidalan ini “besar jangan disangka bapak,kecil jangan disangka anak “  !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

24 Comments

  • At 2010.07.09 01:43, zik said:

    settle satu problem…ada banyak lagi cabaran yang bakal ditulis…nantikan.eceh.. ;-)
    zik´s last blog ..Andrew Zimmern tewas dengan Buah durian My ComLuv Profile

    • At 2010.07.09 15:05, admin said:

      yupp,betul tu zik :) …dan cabaran seterusnya datang dari dalam diri aku sendiri.

    • At 2010.07.09 09:21, mijie said:

      fuh, lu kalau jadi kongsi gelap,mesti semua org mau lantik lu jadi ketua then tentu stakat bandar muar tu tak der geng lain berani masuk, hahahaha

      tapi itulah kan, kt kena pegang BERANI KERANA BENAR
      mijie´s last blog ..Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian My ComLuv Profile

      • At 2010.07.09 15:08, admin said:

        kehkehkeh…solo atau lone ranger adalah lebih baik,mijie :) …yang penting tau bawak diri.

        hidup perlu ada pegangan…kalau tidak,mungkin kita tertindas atau menindas :)

      • At 2010.07.09 14:20, nuaeman said:

        naga dalam harimau tu apa maksud dia bang Jo
        nuaeman´s last blog ..Dari Mersing ke Madinah… 3 My ComLuv Profile

        • At 2010.07.09 15:21, admin said:

          “naga dalam harimau” adalah perjanjian ratusan dulu…ikrar dan sumpah setia golongan ini,biar sebesar mana pun ‘naga’ ini,harus tunduk setia pada ‘harimau’ walaupun ‘harimau’ tidak sebesar ‘naga’ :) …ini cuma sah/diperakui di tanah Johor.

          namun sekarang sudah sengaja dilupakan oleh generasi baru[golongan itu] :( ….cisss! tetapi janji tetap janji !

          • At 2010.07.12 07:52, madlut said:

            wah..tak sangka pulak sampai macam tue sekali orang dulu2…sekarang janji tue valid lagi tak?

            • At 2010.07.12 16:04, admin said:

              memanglah valid,madlut :)

        • At 2010.07.09 15:51, hirman said:

          entri berikutnya nya boleh tak ceritakan asal usul naga dalam harimau..

          • At 2010.07.09 22:12, admin said:

            beb,warga johor kena tahu ini sejarah perjanjian yang dibuat ratusan tahun dahulu :)

            aku mau cerita lebih detail pun,aku bukan ahli/member,man :) …sekadar tahu untuk membela diri bila perlu.

            ‘kongsi’ johor tak serupa dengan ‘kongsi’ di tempat lain….pembuktian akan hal ini masih wujud sehingga sekarang :)

          • At 2010.07.09 19:00, Samdaddycool said:

            Apok jadi bapok.. kikiki.. gigil gak lutut dia..
            Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

            • At 2010.07.09 22:13, admin said:

              kehkehkeh….’taring dah gugur’!,sam…kena panggil begitulah :)

            • At 2010.07.09 19:20, etomyam said:

              kecut perut jugak apok bila kena wat cam tu..hahaha :D
              etomyam´s last blog ..Tawan Bakal Menantu Guna Ilmu Hitam- Apa Pandangan My ComLuv Profile

              • At 2010.07.09 22:14, admin said:

                berkat warisan dulu-dulu,bro :)

              • At 2010.07.11 00:01, adamfaiz said:

                Sekarang ni bangsa sendiri yg “menjual” maruah…kalah dek sogokan duit & perempuan
                adamfaiz´s last blog ..Kenapa Dia Tak Pakai Baju Pa My ComLuv Profile

                • At 2010.07.11 01:46, admin said:

                  penyakit sebegini memang sukar dibenteras,adam :) …bila mata dah ‘naik kelabu’!

                • At 2010.07.11 11:21, ishak said:

                  cabaran tu bro…dunia sekarang
                  ishak´s last blog ..Statistik yang lawak dan melucukan My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.11 13:28, admin said:

                    antara cabaran yang perlu ditempoh ketika itu,ishak :)

                  • At 2010.07.13 11:39, hafizmd said:

                    “Lagi satu lu mau ingat ini ‘undang-undang’ ……”naga dalam harimau”….”naga dalam harimau”…..” sapa ‘bapak’ sapa ‘anak’ ! ”

                    cayalah bro..aku yakin..untuk berani sebegini..perlu ade ‘sesuatu’..dan aku yakin..bro mmg ade ‘sesuatu’ itu..

                    apok dah jadi bapok..habis taring gugur masuk longkang..
                    hafizmd´s last blog ..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

                    • At 2010.07.13 13:17, admin said:

                      kalau nak menceburi perniagaan memang kena ada persiapan sebagai langkah berjaga-jaga bukan untuk bermegah tapi sebagai ‘pendinding’,hafizmd :)

                      golongan ni hanya gah pada nama dan bilangan mereka yang agak ramai…itu sebagai satu pengajaran buat mereka-bukan semua orang boleh ditundukkan/dibuli sesuka hati mereka,hafizmd :)

                    • At 2010.07.15 08:10, botak said:

                      haha apok dgn bapok..
                      betul lah tu dekat2..
                      mmg sesuai!!
                      botak´s last blog ..1st day-pening-2nd day-lets figure out- My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.15 13:47, admin said:

                        haha…bersesuaian dengan sikapnya-ramai berani sorang-sorang hilang berani,botak :)

                      • At 2010.07.26 16:42, khairolghani said:

                        sempoi..padan ngan muka ko bapok..haha..
                        khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.26 20:00, admin said:

                          hanya gah dari segi nama,orangnya belum tentu begitu,kay :)

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes