berpuaka
Tempoh aku berada di Tanjung Pinang sudah di penghujung.Sebelum aku memulakan perniagaan aku sudah berbincang dengan Rio dan Benuk,aku hanya berada di Tanjung Pinang sekitar 6 bulan.Selepas itu aku akan serahkan pada mereka untuk mengendalikan perniagaan tersebut.
Selepas tempoh tersebut,aku akan ke Telok Majlis.Tanggunjawab Rio lebih pada menguruskan barangan dari Singapura,sementara Benuk diamanahkan mengendalikan urusan di kedai.Kalau ada obleng dari kapal maka aku terpaksa turun padang.
Di minggu terakhir aku berada di Tanjung Pinang berlakulah sesuatu yang mencemaskan seisi kedai.Gara-gara kelewatan Rio sampai di pelabuhan Tanjung Pinang dalam jangka waktu yang sepatutnya.Tengah hari itu aku beberapa kali berulang ke wartel[buat panggilan telepon] semata-mata inginkan kepastian dari tauke Singapura.
Akhirnya tauke Singapura bersetuju untuk memastikan punca kelewatan Rio.Sepatutnya trip pertama dari Singapura pada hari itu sudah sampai.Namun bayang Rumpana Boney masih belum kelihatan lagi walau sudah tengahari.Menambah kerisauan aku,sewaktu tongkang dari Singapura sampai di Tanjung Pinang[terpaksa menggunakan tongkang dari Singapura untuk menguruskan barangan],Rio masih belum muncul jua.
Hari semakin petang,Rio masih belum muncul.Benuk sibuk mendapatkan sebarang maklumat namun tetap hampa jua jawapan yang diterima.Ketika aku bersiap-siap mencari Rio menggunakan bot layang bersama Benuk,Rumpana Boney akhirnya muncul ! Lega !
Sebaik sahaja Rio melompat di atas jeti setelah Rumpana Boney berlabuh.Ayat pertama yang keluar dari mulut Rio ” Ada barangan berpuaka dalam tongkang ! ”
Ungkapan Rio itu membantutkan potter-potter yang sudah siap sedia untuk mengangkut segala obleng dari perut tongkang !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


barang berpuaka, ni yang cemas ni, hehe
mijie´s last blog ..Terima duit dari Western Union
hahaha….kalau gua lagi cemas bila rio tak muncul-muncul,mijie
mau taknya…
tengah tengah laut ni macam macam boleh jadi
dnoBiz´s last blog ..Percutian Mengejut – Perjalanan Pulang
masalah di laut ni lebih berganda kalau dibandingkan di daratan,dB
waduh…
barang apa tu Jo…?
ni abuat aku tak senag duduk ni
dnoBiz´s last blog ..Pesona Orang Tua – Gadis 21 tahun sanggup lari Ke India
barang yang bakal menghantui kedai aku untuk beberapa ketika,dB
Wah menarik tu…
dnoBiz´s last blog ..Percutian Mengejut – Perjalanan Pulang
menarik? menyeramkan,dB !
dah jadi macam cerita Hardy Boys plak…teruskan…
adamfaiz´s last blog ..Pengajaran Dari Filem The Social Network
nantikan episod seterusnya,adam
Alamak.. apa plak tu???
samdaddycool´s last blog ..Jawatan Kosong- Kuala Lumpur
beberapa hari semua dalam kedai tu diganggu oleh sesuatu,sam
memang menduga ketabahan.
gua ada cara gua untuk mengatasinya tapi yang lain tak setuju pulak,sam
alamak ada barang puaka pulak… tentu bertambah misteri perniagaan obleng ni.
ardzham´s last blog ..Kenderaan Hitam Dan Putih
ni lah akibatnya bila menjual barangan terpakai,bang
….ada ketikanya terpaksa berhadapan dengan keadaan sedemikian.
ni… ada orang ambil kesempatan ‘membuang’ sesuatu ke, bro?
sambil jual barang lama
payah kalau macam ni…
tehr´s last blog ..Payahkah Nak Mohon Maaf
aku jangkakan ni barang dah tak bertuan,anak-anak yang mewarisi barang tersebut tak mahu ambil endah pada barangan tersebut
tipi biasanya kalau masih ada waris yang hidup bend ni akan kesana…, mungkin dah takde waris kot bro..
dnoBiz´s last blog ..Percutian Mengejut – Perjalanan Pulang
kalau pun warisnya masih hidup,tata-cara menguruskan barangan tersebut tidak dilaksanankan memang tidak membawa sebarang makna,dB
patul la,
tah tah memang dia sangkut kat situ
dnoBiz´s last blog ..Uncle Seekers – Aisyah Saman Uncle Seekers
senang cakap benda ni berkeliaran atau merayau-rayau,dB
barang baik punya… hehe
zik´s last blog ..Mereka yang sempoi november 2010
apalah yang baiknya,zik
…..menimbulkan kekecohan dalam kedai!
brg puaka? hihi tunggu lg next episod r ni.kikiki
suzierahman´s last blog ..Award 11- 12 & 13
sesuatu yang memnyeramkan bakal berlaku,SR!
puaka yang masuk secara tidak sah ke dalam kapal…
tetamu yang tidak diundang,LA
lari la aku ni.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
hahaha…..relax la,AR !
tak berani nak pegang
barang puaka.
Ali ridha´s last blog ..Akaun cpanel suspended
dont touch this !-ice -ice baby[teringat satu lagu lama
]
barangan puaka tak usah disimpan.
Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
jangan cari pasallah nak menyimpan barangan macam ni