berkelana ke brunei
Aku memasuki sempadan Brunei melalui Kuala Belait.Aku tak ingat nama tempat penghujung Miri tu,yang pasti dari situ aku naik feri menuju ke Kuala Belait.Segala perjalanan yang aku lalui sebelum ini,bukanlah aku tahu sangat.Aku sekadar bertanyakan pada orang untuk sebarang kepastian untuk perjalanan yang bakal ditempuhi.
Semasa dalam feri,aku sempat berkenalan dengan jemaah Al Arqam.Mereka sudi menumpangkan aku hingga ke masjid Kuala Belait.Kenapa aku menuju ke masjid Kuala Belait? Alasannya adalah ingin mencari sesiapa yang bekerja di masjid itu yang berasal dari Johor.
Dulu-dulu,aku pernah dengar bahawa imam-imam di masjid Brunei adalah orang Johor.Tujuan aku ingin bertanya kepada yang berkenaan kalau-kalau ada peluang pekerjaan di pelantar minyak.Semasa cop pasport aku cuma dapat kebenaran tinggal selama seminggu sahaja.Itupun puas bersoaljawab gara-gara aku gagal memberi sebarang alamat untuk dituju semasa di Brunei[alamat khusus]
Seingat aku,ketika aku sampai di masjid itu,waktu Zohor belum masuk.Setelah mengucapkan terima kasih pada jemaah yang menumpangkan aku tadi,mereka pun meneruskan perjalanan.Di kawasan masjid aku melilau mencari seseorang untuk bertanya.
Akhirnya aku berjumpalah dengan noja masjid itu yang berasal dari India.Mujur beliau boleh berbahasa Melayu kalau tidak memang haru-biru ! Beliau mengesahkan bahawa memang imam masjid itu berasal dari Johor[sebenarnya ketika itu aku agak kurang yakin dengan jawapan beliau.....kahkahkah] “Yitu imam mari Kuala Lumpur,Johor sini kerja” begitulah ungkapan yang keluar dari mulut beliau.
Kemudian aku dibawa ke bangunan yang berhampiran dengan masjid[sebuah balai] setelah beliau bertanya kepada aku di mana mahu menginap.Di dalam balai tersebut ada sekumpulan warga India yang sedang berehat-rehat sambil berborak-borak.Di luar balai pula terdapat sekumpulan warga India sedang bergotong-royong memasak.
“Habang sini duduk,sini makan kalu kerja belum cari” pelawa noja tersebut sambil berjanji menyampaikan pesanan aku pada imam yang kononnya berasal dari,Kuala Lumpur,Johor itu.
Selepas Zohor,sedang aku leka termenung di suatu bangku batu di tepi balai.Aku disapa oleh seorang yang berjubah dan berserban.Beliau memperkenalkan diri sebagai Haji Parno.Asal Batu Pahat.Kira betullah noja masjid tu cakap……kehkehkeh.
Secara ringkasnya,Imam Parno mempelawa aku menginap di rumahnya walaupun aku agak keberatan.Bila beliau mengarahkan noja supaya meletakkan beg sandang aku dalam bonet keretanya-aku dah tak boleh buat apa-apa kecuali menurut sahaja.
Di rumah Imam Parno,ada suatu perkara lucu berlaku………
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



habang joe..kah2,,noja masjid tu apa?
dia tak panggil nama daaa….setakat habang je,CD
kalau tehr tak bagi istilah lain – tok siak,memang aku nak tulis pembantu am masjid
Habang Joe? hehehe..
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
Joe tidak disebut,dila
takpe.. sengaja ditambah lauk tu untuk jadi panggilan pelawat RM pulak

Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
saya tak mahu panggilan sedemikian……kahkahkah
salam..bestnye dapat melawat dengan cara begini, lebih berkesan untuk mengenali masyarakat setempat dengan lebih dekat
ibuintan´s last blog ..Berbaloi-baloi
ada betul jugak tu,II
….tapi kalau merantau sebab ingin mencari kerja ni memang dah hiraukan sangat pasal tu.
teringin rasenye nak pergi brunei….kehidupan masyarakat sane ade mcm melayu sabah x?
marhaen kacak´s last blog ..Matamu Mataku Jua – Mata Terkenyit-Kenyit
kalau teringin nak ke sana elok ditunaikan hajat tu,MK
asal sebut melayu ni,aku rasa sama je kot kalau ada perbezaan pun tidak begitu ketara.
Baru je berhajat nak lihat senibina Masjid Brunei. Dah dapat lihat kat sini. Boleh saya tahu negara Brunei ini menarik dari aspek apa? Adakah aspek seni dan budaya terserlah di sana? Tempat2 bersejarah atau cagar budaya (khazanah lama) banyak tak? tq
susah jugak nak cakap tu,TSPR
….sebab saya berada di sana dalam tempoh yang singkat-tak sampai 4 bulan.
cuma yang menariknya ketinggian bangunan di sana tak boleh melebihi ketinggian sesebuah masjid – ini yang saya dengar ketika itu,saya pun bukan berjalan sangat untuk dapatkan kepastian.
sesuatu yang pada saya paling unik[saya tak pasti akan kesahihan cerita ini],keturunan raja brunei sewaktu dulu dalam menentukan sempadan negara mereka – cukup bijak dan “berpandangan jauh”]negara yang kecil tapi cukup kaya dengan hasil bumi]
akhirnya baru saya sedar kenapa mereka ada kepandaian/kelebihan sebegitu – titisan darah mereka ![saya rasa ini lebih menarik untuk dikaji]
Hmmm…4 bulan lama tu.
Dah lama saya berhajat ke sana (sejak 10 tahun lalu).
Pernah cuba mohon kerja jugak…tapi xde rezeki.
Harap saya berpeluang ke sana kelak…amiinn = )
TSPR´s last blog ..Cahaya Lebuhraya Melalui Lensa Digital Tua
jangkamasa 4 bulan tu saya bekerja bukan bersantai,TSPR
….jadi tiada masa merayau-rayau.
insyaallah akan tercapai hajat tu suatu masa nanti
….lagipun brunei tu bukanlah jauh mana pun.
kalau mintak kerja tak dapat cuba berniaga pulak di sana,TSPR
….saya rasa kalau bukak kedai jahitan ni memang dapat sambutan.
kenapa begitu ramai india di masjid brunai?
begitu jauh merantau, orang johor juga yang dicari..
ardzham´s last blog ..Dagon Design Sitemap Generator
mereka itu golongan yang tersadai dalam mencari peluang pekerjaan[datang sendiri]
cari orang johor bukan kerana apa,bang…..sama-sama merantau di tempat orang,lagi satu masalah bahasa-senang sikit nak berbual sebab saya baru sampai-belum faham bahasa melayu brunei
noja tu siak ke bro
atau bilal
tehr´s last blog ..Masalah Di Tempat Kerja
dah betul lah tu,tehr
….aku dah lupa istilah untuk tok siak ni.
kat kampung aku guna istilah noja
adoi bro…,
apa cita lucu tu?
hehehe sory la gelojoh sikit,
noja tu penjaga ke bro?
dnoBiz´s last blog ..Perhimpunan Perkasa – Dihadiri Hampir 20 Ribu Orang Melayu
hahaha…..nanti aku ceritakan dalam entry berikutnya-insyaallah
noja tu tok siak,dB
Memang mahal lah bro pengalaman ‘koboi’ camni… tak terlintas lagi dalam kepala nak merantau secaa ‘gamble’.. memang lu terer bro..
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
sebab jiwa gua memang macam ni,kalau gua pergi ke mana-mana tu,gua main redah je,sam
….lagipun brunei tu bukanlah jauh mana pun.
nasib baik la gua dah ada anak bini, kalau tak nak ikut gak pergi koboi ke Indon nanti.. heheheh
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
hahaha….kat sini kita ada perbezaan,sam
….lu dah ada tanggungjawab pada keluarga sendiri jika dibandingkan dengan gua.
Memang kalah untuk kategori ni..

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
tu pasal gua suka dengan status gua sekarang-bebas!
Masa saya ke Brunei dulu memang tidak tertahan dengan kos saraan di sana. Segalanya mahal pada saya kerana berbelanja dengan dollar Singapore kat tangan lagi senang, mereka juga menerima RM tapi mahal la. Seketul pau melayu saja sudah beharga $2.00 bayangkanlah kalau guna duit RM dah berapa?.. tak tahan
hyprobulksms´s last blog ..Upline lari- penipuan dan program hyprobulksms
betul tu,brunei dollar bersamaan dengan singapore dollar,HBS
kalau melancong/belajar memang terasa bebanan tukaran mata wang tu,dulu aku kerja,majikan sediakan penginapan dan makan jadi tak terasa sangat cuma kena hidup sebagai status pendatang yang bekerja bukan hidup macam penduduk asal brunei
zaman aku pergi ke sana dulu,roti kosong bernilai $1.20,kopi panas gelas besar $2.20[brunei dollar]….kalau kat malaysia dah boleh makan untuk santapan tengahari.
pandai aje bro cari jalan untuk idup..kalau aku, mau termenung jugak tak tau nak buat ape kalau takde kenalan..
hahaha….brunei tu masih dekat dengan malaysia,madlut
..ko cakap macam tu sebab belum dicuba lagi,kalau dicuba tentu keadaannya tidak seperti yang ko jangkakan.
hehe..sesungguhnya pengalaman saya masih cetek..
suatu masa nanti,pengalaman hidup ko akan bertambah sikit demi sikit,madlut
…..semua orang bermula macam tu termasuk aku.
abg joe kita kena jumpa lah, banyak citer belum habis ni, hehehe
tapi aku kagum dengan ke kentalan bro merantau ke sana
mijie´s last blog ..Dugaan yang datang melanda
hahaha…..jumpa? nanti bila dapat lampu hijau dari member gua bolehlah berjumpa,mijie
asyik tertunda je tarikh yang dijanjikan pada gua
insyaAllah bro, nanti kita jumpa
mijie´s last blog ..Cara nak buat theme wordpress senang ke
mudah-mudahan,mijie
conpius la jap apa norja????ermmmm pelik???
angahsayang2314´s last blog .. ReZaKi MuRah
keliru? istilah lain untuk noja adalah tok siak,AS
seronok betul…. banyak tempat yang ko dah pergi yer !!! Orang kata ..jauh perjalanan..luas pandangan !!!!
bujang3´s last blog ..Apakah maksudnya ini !!!!!
demi tuntutan mencari rezeki,bujang
….tempat yang dituju cuma sebelah-sebelah malaysia je-tak jauh mana pun.