batu sebagai kenangan

admin | sembang-sembang | August, 12 2010 | 32 Comments

Abug tercegat dengan wajah pucat di sisi katil aku.Setelah aku menarik nafas,aku bertanya pada Abug tentang wajahnya yang kelihatan pucat.Abug perlahan-lahan duduk di bibir katilnya.Masih tergamam.Bangkit dari berbaring,aku duduk bersila di atas katil.Mengingatkan apa yang berlaku tadi.Pasti itu bukan satu mimipi ! Walaupun aku rasa mengantuk ketika itu,aku sedar apa yang berlaku[bunyi radio kecil Abug dan desingan itu].

Abug sebenarnya kehairanan bercampur dengan rasa terkejut[bermula dari bilik enjin],antara sebabnya ketika aku membuka pintu besi bilik enjin untuk keluar[tamat duty],dia ada menjerit memanggil aku namun aku seolah-olah tidak mendengar sama sekali[sedangkan Abug cuma berada di tingkat bawah,aku berada di aras atas- pintu keluar/masuk]

Tambah menghairankan Abug pergerakan aku menuju ke kabin cukup pantas[dia mengekori aku selepas panggilannya tidak aku dengar].Bila Abug bukak pintu kabin aku sudah terbaring di atas katil.Kehairanan Abug semakin bertambah[tak kan cepat benar aku sudah tidur] dan bercampur perasaan cemas semasa dia cuba menggerak-gerakkan tubuh aku,langsung tiada tindakbalas dari aku.

Semasa menggerak-gerakkan  tubuh aku,Abug ternampak sebiji batu terlepas dari genggaman aku dan seketika selepas itu barulah aku membuka mata.[Beberapa hari jugaklah batu yang terjatuh di lantai itu,aku serkupkan dengan baju.Hendak dipegang  ada sedikit kerisauan,manalah tahu bila dipegang aku terus hilang ghaib !....kahkahkah]

“Itulah kau,suka sangat guna gelaran Bonneyan13 ” Abug mula membebel.Sebelum ini pun Abug kurang selesa dengan gelaran itu.Bila kelibat ‘si rambut panjang’ mula muncul di kabin kami berdua,Abug kerap benar mengaitkan ‘dia’ dengan dunia bunian.Kemudian bila aku menerangkan perihal ‘pulau’ tu.Abug pucat semula.

“Jerung,kau jangan layan “dia’ ni,nanti kau sewel !” tegah Abug bersungguh-sungguh sambil mencadangkan batu itu dilempar ke laut.Entah kenapa aku rasa sayang untuk melempar batu itu ke laut dan memang ada benarnya cadangan Abug itu sebab berpunca dari batu itulah aku semakin rapat dengan ‘dia’ !

Batu itulah bukti aku sudah pernah singgah di ‘sana’ dan batu itulah jugak sebagai penghubung aku dengan ‘dia’.Sejak dari itu aku lebih kerap bermimpi akan ‘dia’.Dek kerana sifat ingin tahu sudah menguasai diri,pemikiran aku kini tertumpu pada ‘dia’.

Macam-macam bermain di fikiran aku,siapakah sebenarnya ‘dia’ ?,bagaimana rupa sebenar ‘dia’ ?,kenapa ‘dia’ muncul dalam hidup aku ?

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.08.12 19:05, etomyam said:

    semakin lama semakin seronok nak tahu sape ‘Dia’ tu, batu misteri tu dok ada lagi tak bro joe?
    etomyam´s last blog ..Promosi Termurah Serunding Istimewa Kampung Laut My ComLuv Profile

  • At 2010.08.12 22:31, RasaHatiku said:

    Salam Ramadhan
    Hati2 ngan batu tu…
    TQ

    • At 2010.08.13 00:15, admin said:

      sama-samalah kita ye :)

      sekarang sudah tiada dalam simpanan['dipulangkan']

    • At 2010.08.12 23:56, bujang3 said:

      kalu dia tu tunjukkan muka..cam ner ???
      bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!! My ComLuv Profile

      • At 2010.08.13 00:17, admin said:

        itu yang aku tunggu tu,bujang :) …maka tiada persoalan lagi mengenai wajahnya itu.

      • At 2010.08.13 02:24, zik said:

        batu apa agaknya… misteri..
        zik´s last blog ..Harga ayam naik mendadak My ComLuv Profile

        • At 2010.08.13 20:29, admin said:

          macam ‘handset’ jugaklah,zik :) ….senang nak panggil-panggil ‘dia’ tapi tak de bil !

        • At 2010.08.13 03:18, tehr said:

          jadi bro tak pernah lihat wajah dia la, ya?
          tehr´s last blog ..Sebelum Waktu berbuka My ComLuv Profile

          • At 2010.08.13 20:29, admin said:

            entry yang akan datang akan dijelaskan,tehr :)

          • At 2010.08.13 08:39, adamfaiz said:

            Eeei seram ni..siapa dia?

            • At 2010.08.13 20:30, admin said:

              ‘seseorang’ dari alam ‘sana’,adam :)

            • At 2010.08.13 10:04, Frogy said:

              makhluk alam lain ek?? bunian ke…. mcm best jer.. nk baca lagi…
              Frogy´s last blog ..Ketika Ini My ComLuv Profile

              • At 2010.08.13 20:31, admin said:

                kita suka gelar ‘mereka’ ni sebegitu tapi sebenarnya bukan begitu,F :)

              • At 2010.08.13 12:31, mijie said:

                abg joe naper tak minta nak tgk muka dia, hehehe mesti cun kalau dpt tgk :)
                mijie´s last blog ..Hari Jumaat My ComLuv Profile

                • At 2010.08.13 20:33, admin said:

                  rugilah tak dapat tengok,mijie :) ….memang cun[mata gua yang tengoklah] tu pasal gua sampai angau !….kahkahkah

                • At 2010.08.13 14:12, Dila.13 said:

                  pernah sampai jadi ‘sewel’ tak Bro Johari.. pertama kali dengar cerita pasal seseorang berinteraksi dengan orang2 di alam satu lagi.. makin menarik, tertarik, RM memang da bomb!! :D
                  Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.13 20:39, admin said:

                    kelasi atas kapal semua cop saya begitu,dila…dan saya sendiri ada hal tertentu masih tak dapat jawapannya kalau difikir dari segi logik akal :)

                    orang lain ada yang lagi hebat pengalamannya,dila :) …kes saya ni kurang mencabar !

                    • At 2010.08.14 10:23, Dila.13 said:

                      selalu tengok dalam drama-drama melayu je kisah-kisah macam ni. tu pun tak tau sama ada berdasarkan pengalaman benar atau memang rekaan semata-mata. hehe..
                      Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.14 17:47, admin said:

                        benda macam ni kena lalui sendiri sebab ada perkara memang di luar pemikiran logik akal,dila :)

                  • At 2010.08.13 14:42, madlut said:

                    sememangnya ada pulau yang betul2 atau pulau yang tidak kelihatan? (pulau bunian,orang biasa tak nampak)

                    • At 2010.08.13 20:41, admin said:

                      bagi yang berpeluang nampak maka dia akan nampak pulau tersebut,madlut :) …ko pun boleh nampak dan boleh ke ‘sana’ kalau ko boleh duduk dalam “deep delta” !

                    • At 2010.08.14 13:28, khairolghani said:

                      batu tu dari alam sana la kiranya?
                      khairolghani´s last blog ..Plastik hitam berisi dosa My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.14 17:48, admin said:

                        yupp,dari alam ‘sana’,kay :)

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv Enabled
                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                      Design by: Yoshz Themes