banyak halangan

admin | sembang-sembang | October, 09 2010 | 40 Comments

Perjalanan pertama ke Indonesia memang aku jangka tak lama.Lebih kepada pendedahan perjalanan dan lokasi yang ingin dituju – untuk mendapatkan gambaran kasar sahaja.Penghujung bulan April 1994,aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki di tanah seberang.

Perjalanan ke Jambi paling senang melalui pengangkutan udara tapi aku kurang gemar cara begini.Aku lebih suka pilih laluan laut diselang-seli dengan jalan darat.Pedoman aku ketika itu hanyalah sekeping peta bukan macam sekarang ada kemudahan yang pelbagai.Aku turut bertanyakan kepada sesiapa untuk mendapatkan gambaran perjalanan yang bakal aku harungi.Tak lupa juga pesanan aruah abah yang pernah dititipkan seketika dulu.

Laluan yang aku pilih untuk sampai ke Jambi adalah dari Pasir Gudang menaiki feri ke Batam,dari situ menyambung naik feri ke Kuala Tungkal,seterusnya menuju ke Jambi.Kalau lancar[terkejar setiap jadual feri,aku cuma mengambil masa sehari sahaja]

Tiba di jeti feri Pasir Gudang sudah agak tengahari.Perjalanan feri ke Batam ketika itu tidaklah sekerap sekarang.Sekitar pukul 2 petang aku meninggalkan tanah Johor menuju ke Batam[Kepulauan Riau,Indonesia].Semasa dalam feri aku banyak sejarah lalu bermain di fikiran – sejarah tanah yang telah aku tinggalkan dan tanah yang bakal aku jejak dalam masa 2 jam  lagi.

Sejarah Kerajaan Johor Riau bermain di fikiran.Sesuatu yang menarik minat aku adalah barisan hulubalang Kerajaan Johor Riau ketika pemerintahannya begitu masyhur.Barisan hulubalangnya yang diketuai/dikepalai oleh seseorang,yang pasti sudah tentu ada keturunannya.

Tengah sedap-sedap  melayan fikiran,aku dikejutkan dengan kekecohan dalam feri.Kesimpulannya perjalanan akan mengambil masa lebih panjang.Cuaca yang kurang elok menyebabkan kapten feri mengubah laluan – demi keselamatan penumpang.

Sampai di jeti Batu Ampar aku bergegas ke kaunter tiket[orang indon bilang loket] mendapatkan tiket ke Kuala Tungkal.Malangnya semua perjalanan feri diberhentikan disebabkan cuaca tidak mengizinkan.Badan dah letih sebab terperuk dalam feri selama hampir 5 jam.

Aku menuju ke sebuah warong[dibilang warteg-warong tegak atau warong pacak].Mintak kopi dan mi hun sup.[Kalau mau kopi haruslah disebut kopi susu] dan mi hun sup tu sebenarnya bakso[kali pertama aku makan dan memang sedap].Selesai makan,bayar[pening jugak aku dengan jumlahnya].Aku senyum sebab rasa macam orang kaya-sekali makan jumlahnya dah ribu-ribu :)

Baru aku melangkah dalam tiga tapak,ada suara yang memanggil aku…….

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

40 Comments

  • At 2010.10.09 14:37, Samdaddycool said:

    Sekali santap udah ribu-ribu uangnya.. waduhh memang kaya banget deh…

    Siapa pula yang manggilnya?
    Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

    • At 2010.10.10 03:17, admin said:

      gue emangnya jutawan ketika itu,sam …….kahkahkah

    • At 2010.10.09 15:10, tehr said:

      kaya… kaya…
      hehehe

      kalau masih juga nai [punai] yang bro jumpa, tak tahu la aku
      memang sehati sejiwa la
      tapi takdir kan, manalah kita tahu…
      tehr´s last blog ..Lagu Rasmi Negeri Melaka My ComLuv Profile

      • At 2010.10.10 03:21, admin said:

        dari saat itu lah bibit-bibit jutawan mula tersemai dalam diri aku,,tehr……kahkahkah

        tunggu entry seterusnya-siapakah yang memanggil itu ! :)

        *suatu saat indah bila rasa macam jutawan……kahkahkah*

      • At 2010.10.09 18:26, mijie said:

        ada je orang panggil, nampaknya ramai betul ni…hohoho
        mijie´s last blog ..Bersyukur dengan rezeki Allah berikan My ComLuv Profile

        • At 2010.10.10 03:23, admin said:

          mujur orang yang panggil,mijie :) ….kalau ‘orang’-kes naya!

      • At 2010.10.09 21:22, jeman beragas said:

        setelah tgk entri ko ni baru aku tau ade masaalah mata…xdapat baca ape yg ade kat entri ko ni…dah rabun kut
        jeman beragas´s last blog ..manis My ComLuv Profile

        • At 2010.10.10 03:24, admin said:

          alamak ! tulisan blog aku kecik ke,jeman ? :)

          kita serupa – mata aku pun dah rabun.

        • At 2010.10.09 21:27, idalara said:

          nak rasa pegang juta2 pegilah ke Negara Seberang…

          suspen gak tetiba di tempat org ada yg memanggil…

          • At 2010.10.10 03:25, admin said:

            yupp,betul tu,IL :)

            hidup ni memang sentiasa dalam kejutan :)

          • At 2010.10.09 22:12, dya adriza said:

            menarik.. ada sambungan ke ni..

            • At 2010.10.10 03:26, admin said:

              entry dalam blog ni memang sentiasa[sengaja] bersambung,DA :)

            • At 2010.10.10 00:53, kami said:

              dah lama juga kami tak pergi indonesia..
              memang menyeronokan..:)
              kami´s last blog ..Cerita Orang KL My ComLuv Profile

              • At 2010.10.10 03:27, admin said:

                suatu tempat yang seronok dikunjungi,K :)

              • At 2010.10.10 01:19, ardzham said:

                lain tempat lain pula istilah, maka pengalaman ke tempat orang tentu banyak lagi istilah-istilah seperti warteg yang akan didengar. tentu menarik untuk terus diikuti.
                ardzham´s last blog ..Laman Ping – pinglercom My ComLuv Profile

                • At 2010.10.10 03:28, admin said:

                  kepelbagaian bahasa,budaya dan agama,bang :)

                  • At 2010.10.10 13:09, dnoBiz said:

                    ni la kelebihannya merantau,
                    teringin rasanya nk melihat tempat orang
                    dnoBiz´s last blog ..Petanda petanda anda “Kurang Keyakinan Diri” My ComLuv Profile

                    • At 2010.10.11 02:23, admin said:

                      bila berkelana ni macam-macam kita boleh jumpa untuk dijadikan renungan,dB :)

                      2006 dulu,ada rancangan mengembara di tanah besar china[bermula dari thailand] dan negara yang bersempadan dengannya namun ia tinggal rancangan :)

                • At 2010.10.10 05:44, madlut said:

                  nie ke yang bro citer makan bakso tikus tue?

                  • At 2010.10.10 12:25, admin said:

                    hahaha….ko sudah pecah lubang daaa,madlut :)

                    • At 2010.10.12 03:23, madlut said:

                      ahahahaha…sebab dulu bro penah cerita sama saya…hehe

                      • At 2010.10.12 11:29, admin said:

                        yupp,aku ingat pasal tu,madlut :)

                • At 2010.10.10 13:08, dnoBiz said:

                  Aku nak tunggu Nai yang sati lagi muncul hehehe
                  dnoBiz´s last blog ..Petanda petanda anda “Kurang Keyakinan Diri” My ComLuv Profile

                • At 2010.10.11 09:06, zik said:

                  macam2 halangan bro jeo kita nie…
                  zik´s last blog ..12maut- nahas kemalangan di Seremban My ComLuv Profile

                  • At 2010.10.11 16:03, admin said:

                    rencah kehidupan begitulah,zik :)

                  • At 2010.10.13 18:09, bksempoi said:

                    nk makan apa2 pun kena hati2. aku da kena kat batam ari tu… makan bakso..wallahualam bakso tu halal ke x. yg jg isunya, aku minta teh ais.. diberinya dlm gelas tiger… lepas pd tu aku sakit perut yg xpernah aku rs sblum ni. dr cakap ada asid dlm prut… masa tu tgh lepak2 kat nagoyahill.

                    • At 2010.10.13 19:07, admin said:

                      ini makan di dalam kedai atau di warteg,BKS :)

                      kali terakhir aku ke sana Nagoyah Centre sedang pesat dibangunkan.

                    • At 2010.10.17 15:52, Dila.13 said:

                      haha.. teringat kisah bergelar jutawan di indonesia. dua kali pulak tu (2001 & 2006) sebab mata wang kat sana rendah. harga sebungkus gula-gula hacks pun 4,000 Rph! :P
                      Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan My ComLuv Profile

                      • At 2010.10.17 18:45, admin said:

                        suasana semasa menjadi jutawan di sana baik untuk dijadikan modal LOA,dila :) …..mudah-mudahan jadi jutawan kat malaysia pulak lepas ni.

                        • At 2010.10.17 23:19, Dila.13 said:

                          Haa.. betul jugak tu.. Amin :)
                          Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan My ComLuv Profile

                          • At 2010.10.18 01:39, admin said:

                            hahaha…..saya sudah,dila bila lagi ?…….kahkahkah

                            saya sebenarnya sedang mendaki semula setelah jatuh :)

                            *jutawan dari sudut pandangan saya sendiri bukan dari sudut pandangan orang lain :) *

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv Enabled
                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                      Design by: Yoshz Themes