bakso dan tongkang

admin | sembang-sembang | October, 10 2010 | 42 Comments

Entah Joe,entah Jon.Aku cuba memastikan nama yang dipanggil tu.Pastinya lelaki itu memang memanggil aku.Rupa-rupanya lelaki itu adalah pembantu kepada kapten feri yang aku naik tadi.Beliau menerangkan kepada aku bahawa bakso yang aku makan tu dibuat dari campuran daging tikus !

Sedikit terkejut,aku teringatkan kucing-kucing yang pernah aku bela di kampung – diaorang pun tak makan tikus tapi aku sebagai tuan kucing pulak yang makan tikus !  Chissss !

Aku mempelawa Dudi minum.Tujuan aku cuma satu – mahukan maklumat/gambaran mengenai perjalanan aku yang seterusnya.Dari apa yang diberitahu,kemungkinan jadual feri mungkin tertangguh dalam sehari dua.Akhirnya Dudi mencadangkan kepada aku supaya menumpang tongkang untuk ke Kuala Tungkal kalau enggan menunggu perkhidmatan feri.

Aku dan Dudi ke jeti pemunggahan kargo.Aku ngojek[naik motorsikal bertambang] ke jeti tersebut.Laju macam pelesit si tukang ojek membawa motornya tanpa aku memakai helem[topi keledar].Akhirnya Dudi berjaya mendapatkan tongkang untuk laluan Kuala Tungkal.Sebuah tongkang berdagang beras.

Namun tongkang tersebut perlu ke Tanjung Pinang terlebih dahulu sebelum berpatah balik menuju ke Kuala Tungkal.Aku tertarik dengan laluan tongkang tersebut dan bersetuju menumpangnya.Sebelum berpisah aku hulurkan SD 20 pada Dudi di atas bantuannya.

Aku tinggalkan Batam.Sebuah tempat yang sering dikaitkan dengan AIDS [Aku Ingin Dollar Singapore]  :) . Perjalanan cukup mencabar sebab laut agak bergelora.Malim Rio[Kapten Rio] dengan tenang mengemudi tongkangnya menyusuri selat-selat kecil mengelakkan hempasan ombak ganas.

Sepanjang pelayaran ke Tanjung Pinang,aku duduk di ruang pemanduan.Duduk bersila di atas pangkin di belakang Rio – seorang yang berumur dalam lingkungan 50 an namun masih tegap dan sasa.Ketika ini aku teringat kenangan menjadi kapten kapal selama 2 minit :)

Akhirnya sampai di Tanjung Pinang setelah belayar selama hampir 2 jam.Aku turut membantu memunggah keluar guni beras walaupun Rio menegah.Sementara kerja memunggah,Rio membantu juru masak menyedia makan malam.Nasi putih,kerang rebus yang dicicah bersama sos cili dan kicap.Berkuahkan air rebusan kerang.

Sambil makan,Rio bertanya,” Jon,kamu dulu kerjanya apa ? “. Aku berterus terang bahawa aku pernah belayar.

“Patutlah aku tengok,kamu agak biasa atas tongkang ni.Cara kamu berjalan atas tongkang yang sedang bergerak sudah melambangkan kamu sudah biasa dengan kehidupan laut” sambung Rio sambil memerhatikan aku atau lebih tepat lagi sedang “membaca” /”mengukur” aku  :)

*Jon  adalah panggilan biasa,macam kita di sini guna panggilan Mat*

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

42 Comments

  • At 2010.10.10 14:25, mijie said:

    patut la sedap bakso tu, hahaha makin menarik ni
    mijie´s last blog ..Bersyukur dengan rezeki Allah berikan My ComLuv Profile

    • At 2010.10.11 02:28, admin said:

      tidak boleh dinafikan sebab licin licau semangkuk bakso tu,mijie :)

  • At 2010.10.10 15:04, Samdaddycool said:

    Jon.. patutlah kat Johor dulu2 memang biasa orang panggil john, rupanya ada pengaruh Riau..

    bab bakso tikus tu, sedapkah? :D
    Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

    • At 2010.10.11 02:32, admin said:

      semua lelaki dorang bantai panggil jon :)

      sedapkah ? rasa macam ayam belanda dan sedikit rasa kertas,sam :) …gua rasa tikus tu suka makan kertas.

      *mujur kucing gua tak tau,gua pernah makan tikus*

      • At 2010.10.11 19:07, Samdaddycool said:

        rasa kertas?? kahkakahkakah

        kalo kucing tu tau, mau guling-guling di gelakkan tuannya.. :D
        Samdaddycool´s last blog ..Rahsia My ComLuv Profile

        • At 2010.10.12 11:35, admin said:

          betul…rasa macam kertas :)

          kalau kucing gua tau hal ini mungkin diaorang keliru – siapa yang jadi kucing sebenarnya ? :)

    • At 2010.10.10 16:15, su manje said:

      tak suka bakso…suka mee sop je…by the way…nice post info it’s good to know
      su manje´s last blog ..NG JEEN FOONGTired Of Being Tired What You Need To Know About Insomnia My ComLuv Profile

      • At 2010.10.11 02:33, admin said:

        try lah sekali mana tau lebih sedap,SM :)

        kes ini adalah kes terpencil bukan semua penjual baksa berbuat demikian.

    • At 2010.10.10 20:02, azhar said:

      bakso tikus…pernah baca tp x ingat kat mana sbb ayam kat sana mahal…

      • At 2010.10.11 02:35, admin said:

        kat sini pun harga ayam sudah buat pembeli mengeluh,A :)

        *ketulan bakso diperbuat dari daging lembu sebenarnya*

      • At 2010.10.10 21:01, TK said:

        menarik sangat citer ni..
        teringat TK masa kt pedalaman Thailand dulu..
        seorang pmuda sebelah TK ttiba cakap (dalam bahasa thai la)..
        “terliurnya tengok orang tua naik basikal tu..keluarga mereka tak mau jual ke? dh lama x merasa daging orang…”
        tau apa maksudnya? TK termasuk dlm perkampungan kanibal!!!
        TK´s last blog ..KENANGAN DULU-DULU My ComLuv Profile

        • At 2010.10.11 01:08, tehr said:

          kampung kanibal?
          tak pernah dengar lagi ni
          tehr´s last blog ..Sampah Angkasa Lepas My ComLuv Profile

          • At 2010.10.11 02:43, admin said:

            aku pun tak pernah dengar lagi,tehr :) …bahaya jugak kalau tersesat dalam kampung ni

          • At 2010.10.11 02:42, admin said:

            perghhh ! ini sebelah mana ni,TK ? :) ….lokasi tepatnya.

            ken kaw,meh aw,pai lob ban,buri……ahh!banyak aku dah lupa bahasa siam ni :(

          • At 2010.10.10 22:26, assila said:

            bakso tikus? err, geli. macam nie rasa xnak mkn bakso dahhhh

            • At 2010.10.11 02:45, admin said:

              ini kes terpencillah,A :) …bukan semua buat macam tu,sehingga sekarang aku masih lagi suka bedal bakso

            • At 2010.10.10 22:29, adamfaiz said:

              Rasa cam daging ayam ke Joe..hehehe
              adamfaiz´s last blog ..Ikut Resmi Padi My ComLuv Profile

              • At 2010.10.11 02:45, admin said:

                seakan-akan rasa ayam belanda dan sedikit rasa kertas,adam :)

              • At 2010.10.11 01:12, tehr said:

                nampaknya bukan nai yang panggil

                tak muntah ke lepas dapat tahu bakso tu campur tikus?
                kembang tekak aku…
                [patutnya mereka pamerkan menu dan bahan2nya]
                tehr´s last blog ..Sampah Angkasa Lepas My ComLuv Profile

                • At 2010.10.11 02:50, admin said:

                  yup,bukan Nai yang panggil,tehr :)

                  tak muntah pun dan sehingga sekarang aku masih suka dengan juadah ini.

                  hahaha…..ini warong kecik je tapi jangan pelik dengan bakso ini sebab kat sana satay anjing pun ada – mmujur aku tak termakan !

                • At 2010.10.11 12:58, dnoBiz said:

                  arg.. bakso tikus,
                  yang jual tu bkn Islam ke bro?
                  dnoBiz´s last blog ..Petanda petanda anda “Kurang Keyakinan Diri” My ComLuv Profile

                  • At 2010.10.11 16:10, admin said:

                    penjual di sana kalau bukan islam pun sukar nak membezakannya,dB :) ….kalau bukan islam pun,selamba je bersongkok.

                  • At 2010.10.11 13:00, dunia said:

                    cnfirm x lalu mkn pasni..haha..
                    dunia´s last blog ..Tips dan Tricks – Cara Login Yahoo Messenger Dengan Dua Akaun Serentak My ComLuv Profile

                    • At 2010.10.11 16:10, admin said:

                      hahaha…..jangan disamakan kes aku ni dengan penjual bakso yang lain,D :)

                    • At 2010.10.11 13:50, alyrds said:

                      wah~ .. patutlah seap bakso ni yeh..adeh!
                      alyrds´s last blog ..5Two – Air Daun! My ComLuv Profile

                      • At 2010.10.11 16:12, admin said:

                        hehehe….ini tiada kena mengena dengan bakso lain tau,A :)

                      • At 2010.10.11 16:58, ladfe amir said:

                        kalu diberitahu awal2 itu bakso tikus..agak2 bro sebat gak ke?

                        • At 2010.10.12 11:36, admin said:

                          sudah tentu aku tak makan,LA :)

                        • At 2010.10.12 00:52, zool said:

                          waduh kot gawat sekali bakso tu dagingnya tikus .. hahaha

                          • At 2010.10.12 11:37, admin said:

                            hahaha…..dah nasib tekak aku,zool :)

                          • At 2010.10.12 03:35, madlut said:

                            patot tak mabok laut..hehe..diaorang pelawa semua penunmpang tongkang makan tak?

                            • At 2010.10.12 11:38, admin said:

                              tu bakso yang dijuallah,madlut :) ….mana boleh pelawa-pelawa macam tu je.

                              • At 2010.10.16 14:10, madlut said:

                                err..maksud saya bukan bakso, tetapi masakan yang dimasak dalam tongkang tue

                                • At 2010.10.16 16:06, admin said:

                                  ooo…cuma aku je penumpang dalam tongkang tersebut yang lain tu anak buah rio,madlut :)

                            • At 2010.10.17 15:56, Dila.13 said:

                              selain makanan hotel & restoran, waktu di indonesia untuk perlawanan bola tampar, jurulatih memang ‘haram’kan kami makan di warong2 tepi jalan. takut sakit perut termakan benda yang tak pernah singgah perut. merpati goreng yang saya beria2 nak cuba pun tak sempat nak hadap. huhuhuhu…
                              Dila.13´s last blog ..Tips Bina Hubungan Baik Dengan Pelanggan My ComLuv Profile

                              • At 2010.10.17 18:48, admin said:

                                merpati goreng ni memang boleh buat badan rasa panas kalau tak biasa makan,dila :)

                                ni kat jogja ke?

                              • At 2010.10.18 23:08, cutezmommy said:

                                salam..
                                eh..betul ka..suma bakso camtu ka bakso yg ni ja?
                                maklumlah saya ni peminat bakso dr zaman sekolah…
                                dah kekurangan daging agaknya sampai tikus di campurkan d ctu…
                                cutezmommy´s last blog ..Nasi Ambang Tradisional My ComLuv Profile

                                • At 2010.10.19 13:38, admin said:

                                  salam dijawab,

                                  kes saya ni hal terpencil dan kisah yang berlaku ni sudah lama[1994],CM :)

                                  saya sendiri masih suka makan bakso ni,sehingga hari ini :)

                                (Required)
                                (Required, will not be published)

                                CommentLuv Enabled
                                © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                Design by: Yoshz Themes