Applied Kinesiology

admin | sembang-sembang | March, 12 2010 | 11 Comments

“Sebenarnya saya tertarik pula dengan pengalaman  yang saudara ada, maksud saya sepeti AK yang saudara maksudkan itu, bolehlah berkongsi pengalaman dengan blogger lain.”

tu komen seorang pengunjung blog ini…bila dah ada orang mintak terangkan AK ni….aku pun buatlah entry ni…..tapi aku terangkan secara mudah dan umum……kalau mau tau secara  mendalam bolehlah  rujuk laman-laman web yang berkaitan….apa itu AK?…secara mudahnya AK ni berfungsi untuk kita dapatkan kepastian sesuatu perkara…..yang mana ia telah berlaku dan sedang berlaku,jangan sesekali guna AK  ni untuk mengetahui sesuatu yang belum berlaku….contoh mencari kepastian tentang hari esok atau hari-hari yang bakal menjelang.

AK ni bolehlah aku katakan sebagai sesi soal jawab,yang mana jawapannya adalah ya(benar) atau tidak(salah)….simple je !!…macam mana nak buat AK ni? ( maaf penerangan aku sekadar berbentuk tulisan tanpa gambarajah,kalau ada video yang berkaitan akan aku selitkan di sini)….caranya begini….untuk permulaan ni perlukan 2 orang untuk buat sesi AK ni.

seorang bertanya(si A) dan seorang lagi menjawab(si B)….si B akan berdiri tegak sambil meluruskan tangan selari dengan bahu ,si A akan bertanya kepada si B sambil menekan tangan si B(bertujuan untuk menjatuhkan tangan si B yang diluruskan tadi tu).

contoh soalan mudah untuk sesi AK ni seperti bertanyakan nama kepada si B…….katakan nama si B adalah borhan.selepas si A bertanya “adakah kamu bernama borhan?” si A akan menekan tangan yang diluruskan oleh si B tadi nescaya tangan si B yang diluruskan tadi agak sukar untuk dijatuhkan(biar sekuat mana pun ditekan)….sebab apa?sebab nama si B tadi memang betul borhan.

untuk kepastian lagi, si A boleh bertanya kepada si B,”adakah kamu bernama berahim?”…nescaya maka jatuhlah tangan si B tadi biar sekuat mana pun si  B menahan tangan yang diluruskan tadi….inilah dibilang orang-orang tua,batin itu tidak akan menipu!!!

simboliknya di sini,jika perkara itu benar,tangan yang lurus itu tadi akan kukuh bertahan….jika perkara itu salah maka sekuat mana tangan itu bertahan pasti akan  dapat dijatuhkan.

untu kes puan zainura66,ketika masuk hutan dan ingin pastikan tumbuhan/buah itu beracun atau tidak ….lakukan AK  ni tadi,caranya petiklah daun/buah dan genggam dalam tangan sambil luruskan selari dengan bahu,suruh kawan bertanya “adakah tumbuhan/buah ini beracun?” dan tekan tangan puan…..itu sahaja…mudahkan?….dan gunakanlah secara kreatif…..jawapan di hujung tangan anda !!!….hahaha

+teringat aku  zaman-zaman layan chatting dulu(tanpa webcam) ….kehkehkeh+

pastikan anda berguru untuk lebih pasti…..nanti jadi huru hara,aku tak jamin!

dalam gambar,aku sedang  ‘memeriksa’ kawasan sekitar…..ada kerja sikit masa tu …lokasi biarlah rahsia….hahaha…tujuannya sama macam sesi AK tapi yang ni teknik  ada canggih sikit…kihkihkih…kena tau pernafasan yang 4….tapi kalau dah tau,tak de apa pun….hahaha

untuk zamir,inilah dia intro sesi “uruk” ,semasa aku lepak kat rumah hang dulu,kawasan hutan berbukit tu adalah antara kawasan yang terbaik  yang pernah aku jumpa.

untuk  puan zainura66 moga ada kefahaman tentang AK ni…mudah  je! semoga berguna ketika puan masuk hutan untuk meninjau tumbuhan hutan.

sebelum aku meneruskan perjalanan,aku sempat berenang dulu di kolam air terjun ni…perghhh!!!  kedinginan airnya sehingga ke tulang terasa….rugi sape yang tak tau berenang ni

+usaha manusia itu tidak memberi bekas,segalanya dengan izinNya+

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

11 Comments

  • At 2010.03.12 07:53, zainura66 said:

    Assalamualaikum,

    ish..ish..ish..kalau macam tu, dah saya praktikkan dari masa saya mendaki gunung Kinabalu dulu lagi. Setiap tumbuhan saya akan sentuh dan rasa dan ada juga saya cuba makan buah ceri dan strawberi hutan tu. Orang Sabah cakap “sadap bah itu buah” dan teringat kawan saya orang Kota Belud beri saya rasa buah bambangan (buah spesis mangga) yang teramat masam tu, kami buat sambal aduh..memang sadap bah ini buah bambangan ! Saya akan cuba masukkan ke dalam entry saya nanti, insyaallah.

    • At 2010.03.12 19:04, admin said:

      laa….dah pernah pratik ? lagi senang puan nak faham :)

    • At 2010.03.12 10:45, khairolghani said:

      oo..camni ke teknik AK tu..pernah tengok demonstrasi masa gi kursus ESQ dulu..
      khairolghani´s last blog ..Alhamdulillah syukur nikmat,Malaysia maju rakyat selamat My ComLuv Profile

      • At 2010.03.12 19:06, admin said:

        yupp…..AK boleh juga digunakan untuk mengesan penyakit dalam tubuh(antara kegunaannya)….ermmm…nak tau jantina bayi dalam kandungan pun boleh :)

      • At 2010.03.12 11:37, rohaizad said:

        Fuuuhhh….. tulis lagi… tulis lagi… syok wo baca artikel berdasarkan pengalaman macam nih… !
        rohaizad´s last blog ..Khas buat isteriku… My ComLuv Profile

        • At 2010.03.12 19:10, admin said:

          wahh…avatar baru ke sifu?….tulis sekerat-kerat boleh le…kalau tulis sepenuhnya nanti dibilang orang merapu/merepek…..sebab ada kisah berkaitan dengan alam lagi satu….hahaha

        • At 2010.03.12 14:27, zymert said:

          oo…teknik la yang aku perhatikan masa kat umah aku dulu tapi aku x tau apa yang sedang diperbuatkan…yang pasti teknik ni memang kena berguru ni…caya la bro teruskan menulis entry2 pengalaman yang menarik macam ni…
          zymert´s last blog ..Pernahkah Anda Tahu Tentang SlideShare My ComLuv Profile

          • At 2010.03.12 19:12, admin said:

            area rumah hang tu(kawasan hutan berbukit tu)….memang best untuk sesi “uruk” ,mir :)

            • At 2010.11.27 13:30, samdaddycool said:

              Sessi uruk?? Pertama kali mendengarnya. Mungkin bole dikupas lain kali..
              samdaddycool´s last blog ..Jawatan Kosong- Kuala Lumpur My ComLuv Profile

              • At 2010.11.27 14:55, admin said:

                ada sangkut paut dengan LOA,sam :)

          • At 2010.12.12 22:24, Ali ridha said:

            AK angkat kayu
            berat keliling pinggang.
            Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

            (Required)
            (Required, will not be published)

            CommentLuv Enabled
            © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
            Design by: Yoshz Themes