api punya hal
Lepas mengisi perut untuk makan malam.Aku,Rio,Giman melepak di depan kedai.Sementara Benuk dan Akok menonton TP[tv] di bilik penginapan.Aku mengambil tempat,duduk di atas kerusi empuk – menghadap ke laut.Rio dan Giman lebih selasa bersila di atas tikar pandan bersaiz kecil sambil bersandar di dinding pintu kedai.
Masing-masing sibuk menghembus asap rokok sambil melayan fikiran.Mungkin fikiran masing-masing melayang jauh.Dibelai bayu laut sambil melayan fikiran memang suatu yang best ! Aku pula leka mengimbau perjalanan kehidupan aku sepanjang 5 tahun kebelakangan ini.
Sebelum makan tadi iaitu selepas membersihkan diri di bilik penginapan,aku sempat ke wartel[warong telepon].Telepon ibu di kampung,bertanya khabar.Ibu khabarkan Sitam[kucing jantan kesayangan aku] sekarang ni ada perangai pelik.Sitam telah ‘menculik’ dua ekor anak kucing yang sudah pandai berjalan.Warnanya sama dengan Sitam – hitam legam berkilat ! Terpaksalah ibu menjaga dua ekor anak kucing itu dari mati kelaparan
Ketika aku sedang cuba mengingatkan asal-usul Sitam,tiba-tiba Rio bersuara “Joe,soalan petang tadi bagaimana jawapannya ? ” .Aku terus memusingkan kerusi empuk aku menghadap Rio dan Giman.” Apa kata,kita tanyakan jawapan tu pada Giman ” aku memberi cadangan.Giman sudah tersengih-sengih.
” Gini aje lah,kalau tau air baliknya ke mana,tanah baliknya ke mana,angin baliknya ke mana,pastilah tau api itu baliknya ke mana ” jawab Giman masih berselindung untuk memberi jawapan yang jelas.
Kemudian Rio mendesak aku memberi jawapan.” Kan bagus kalau yang tua beri tunjuk ajar ke pada yang muda ” aku cuba berdalih dari terus menjawab.Rio dan Giman tersenyum mendengar ‘pancingan’ dari aku.
Akhirnya aku mengalah. “Macam ni lah,aku jawab dengan memberi contoh.Sebab kamu berdua pun enggan memberi jawapan yang jelas ”
Aku menyalakan api lighter.Kemudian aku tiup.Nyalakan kemudian tiup.Nyalakan kemudian tiup.” Kalau tau ke mana api itu menghilang,tahulah jawapannya ” kata aku sambil bangun dari kerusi menuju masuk ke kedai.Mata dah mengantuk – perlu tidur. Malam mencari mimpi,siang mencari erti !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 

malam mencari mimpi, siang mencari erti…itu lagu tu joe, hehe aku nak jawapan api datang dari mana tu
mijie´s last blog ..Cik Shida dari parit
itu gua maksudkan semasa kita tidur,mijie
[lagu tu]
alamak! gua punya member ni kerja bomba mesti tau jawapannya !
*cuba tanya rakan sekerja yang veteran sikit,mijie…..yang bertugas memadam kebakaran
*
orait nanti sy cuba tanya2 kan soalan begini
mijie´s last blog ..Proton inspira idaman kalbu
nanti dah tau jawapannya kau kongsila kat sini ye

dnoBiz´s last blog ..Harta- Wang- Kaya- Mewah dan Mati
aku pun nak dengar jugak pendapat ahli bomba yang sering terlibat dalam usaha memadam kebakaran
kalau orang lama mesti tau tu,mijie
…..tambahan pula sering berdepan dengan api.
hehehe….jawapan dia apa Abg joe? Sungguh daku tak phm makna ckp tersirat2..hohoho
cuba tengok dalam komen ejon[entry sebelum ni]…..kat situ ada cluenya
dalam entry ni pun saya dah bagi clue begitu terang dan nyata
cerita bro singalapi nie macam sastra la pulak fuhh jenuh aku dok perah otak nak paham cerita nie..huhuhuu
kahkahkah…..ini namanya “sastra diri”,kena ambil tau walau tak minat dengan sastra,abu
sastera karya tersendiri… yehaa
zik´s last blog ..Tiga tetamu misteri part 1
kahkahkah…..tersendiri tak pe,zik
…..jangan syok sendiri.
Cerita ni tak sesuai untuk sesapa yang ada migrain hahaha
dnoBiz´s last blog ..Harta- Wang- Kaya- Mewah dan Mati
nanti aku ingat buat satu simbol khas di setiap entry aku lah,dB ……kahkahkah
ade sebut nama aqu eh..
lalalala..^^
APi´s last blog ..Aku Hipokrit
hahaha…..tersedak tak ko tadi ?
salam..
eh..mcmn kucing leh colek anak kucing..
die giigt wak balik ke?
confuse..
LadyBird´s last blog ..Unsur- Campuran- Sebatian – Berbeza
salam dijawab,
sitam tu menggonggong anak kucing tersebut semasa bawak balik,LB
Apa kena mengena kekasih awal dan akhir dalam ini gambar?
adamfaiz´s last blog ..Jom Tonton The Social Network
gambar ke gambaran ?
sebenarnya aku maksudkan pada perihal tidur,tak de kaitan dengan cerita api tu,adam
angin kuat sangat malam tuh???
zik´s last blog ..Tiga tetamu misteri part 1
sepoi-sepoi bahasa,zik
……nyaman!
aku dah semakin pening
api ada di mana2
perlukan sebab dan keadaan untuk ianya muncul
tehr´s last blog ..Pertukaran Biasa Seorang Guru
kahkahkah……semalam dah jawab dengan full address hari ni pening pulak !
petua orang tua tua … api ngan angin tak sesuai bersama.. takut nanti jadi bola bola api

dnoBiz´s last blog ..Harta- Wang- Kaya- Mewah dan Mati
boleh jadi ngam,boleh jadi sebaliknya…..kena pandai imbang
wah berpusing2..terbelit2 ni..hihi—sitam tu pnculik ka? hihi sian ibu knak kucing tu..
suzierahman´s last blog ..Special 4 Nuffnang & Nuffnanggers
ibu kucing tu sebenarnya sudah dipisahkan[dibuang oleh tuannya]
maka sitam dengan penuh rasa tanggungjawab mengambilalih tugas membela anak-anak kucing tersebut
…..sebenarnya sitam suka lambung-lambung anak kucing tu !
angin, api ,air dan tanah…
semuanya ada dalam diri kita. yg mana bersesuai bolehlah kita jadikan ‘teman’. yg tak bersesuai dijadikan sempadan benteng pertahanan
itulah pesan rakan baik aku pada aku.
kesemua 4 unsur tu penting dalam diri kita,LA
kalau orang dulu,mereka berpandukan pada 4 unsur ni dalam kehidupan seharian,yang mereka sebut sebagai pelangkah
pelangkah ini juga sebagai proses awal[asas] dalam mengenal diri.
Mendalam erti nya tu..
wan muhamad´s last blog ..mana satu aku nak pilih
andai memahaminya,aku tersenyum puas,WM
sitam perlukan teman, mungkin bila terjumpa dua ekor anak kucing yang sama warna dan ditinggalkan maka ini adalah peluang baginya. kalau dibiarkan pun mungkin akan mati kelaparan.
ardzham´s last blog ..Hari Pertama Bekerja Di Snow Wash
memang betul,sitam kesepian sebab dia kucing tunggal dalam rumah
….tu pasal dia suka lambung-lambung anak kucing tu !
mungkin jugak bau anak kucing tu,ada bau dia….tu pasal dia gonggong bawak balik……kahkahkah
Sitam tu pompuan ke? Sampai teringin timang anak…
samdaddycool´s last blog ..Muhasabah Trading berada di Karnival Usahawan bandar Kluang
kahkahkah……jantan,sam !
…..kucing jantan pun ada sikap kebapaan tau !
Adakah dia jantan lembut??
salah sama sekali jangkaan lu tu,sam !
…..sitam adalah seekor kucing jantan yang digeruni di kawasan kejiranan di sini,sedari usia muda dia telah bertarung dengan kucing-kucing yang jauh lebih tua – dan kemenangan selalu berpihak padanya !
dia juga pemburu yang cekap,entah berapa banyak cicak telah terkorban !
di zaman kegemilangannya,dia sekadar mengembangkan bulunya,kucing-kucing jantan yang lain lari bertempiaran
sebenarnya selepas dia bawak balik anak kucing tu,tak lama selepas itu dia pun meninggal
…..gua tak sempat jumpa dia
Mungkin tu tanda penghujung usia, dia berkelakuan aneh..
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
binatang pun ada naluri untuk merasakan bahawa hari kematiannya semakin hampir,sam
dari mana api..dan ke mana api bila d tiup..terpadam dan takda..asalnya takda
CAHAYA untuk jawapannya,LD
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes