angan-angan
Lepas tombol pintu aku pulas,membiarkan daun pintu terkuak sikit.Aku terus berbaring sambil melihat DD yang teragak-agak nak masuk ke kabin.DD masuk,terus duduk bersila di lantai,dengan wajah yang takut-takut dan menagih simpati,dia menyuarakan tujuannya mencari aku.
“Cerita serba ringkas,cukuplah” aku memotong cakap DD yang sedang mengatur bicara-sedikit tergagap.”Nanti kapal masuk Port Dickson,aku bagi kad,kau keluarkan jumlah yang mau dipinjam” aku memberi persetujuan membantu DD yang ingin mengirim wang ke kampung.Adiknya masuk U.
[Sebenarnya ketika ini syarikat sudah mengetatkan peraturan meminjam wang gaji.Apatah lagi kalau ingin meminjam dalam jumlah yang agak besar]
“Ermm….kau nak makan apa Jerung? Bolehlah aku masakkan” pelawa DD dengan lancar tanpa tergagap-gagap lagi.”Kau buatkan jemput-jemput ikan bilis,aku nak cicah dengan sambal tumis” jawap aku sambil menelan air liur.Aku sudah terbayang enaknya juadah tersebut.
Bila DD dah keluar dari kabin dengan penuh senyuman.Aku terus ambil buku simpanan bank cap harimau dan lagi satu, bank yang ala-ala islamik tu.Satu ketika dulu,aku pernah bermati-matian mengumpul sejumlah wang untuk urusan sebuah perkahwinan dan rancangan masa depan .Selepas itu aku bercadang menyewa sebuah kedai,di kaki lima kedai dah tentu aku bertukang kasut.Dalam kedai dah tentu ada seorang gadis begitu tekun menjahit pakaian.
Namun segalanya terbarai di tengah jalan.Bocor terburai segala impian.Betullah sebaik-baik perancang adalah DIA.Manusia ni sekadar boleh berangan-angan ! Kini aku mencipta angan-angan lain pula.Entah bagaimana pula kesudahannya nanti.
Berhenti kerja kelasi,amek lesen scuba diving kemudian merantau ke Indonesia !
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Menarik Bro, apa yang kita rancang tak semestinya yang terbaik untuk kita, jadi sentiasa minta yang terbaik
dnoBiz´s last blog ..Geram Tahap Gaban – Kes Buang Bayi-
kadang-kadang manusia tu degil sikapnya,dB
….sudah pastilah yang ditentukanNya itu terbaik buat kita.
hohohoho…tak kesampaian eh.. tapi, belajar diving pun best kan…laut tuh tenang jer bila tgk dari bwh..
yupp,hajat yang tidak kesampaian,ejon
sukar untuk menggambarkan kepuasan bila diving ni….dan saya amat merindui ketenangan tersebut
tgh frust, terjun laut ( diving) memang nikmat la… dok bwh tu kdg2 tak sedar, tank dh nk kosong..haha..
ketika fikiran serabut kalau dapat melepak di suatu tempat yang memberi ketenangan amatlah besar nikmatnya,ejon
kalau sampai terleka sebegitu amatlah bahaya,sila peka dengan bacaan meter untuk tahap “pure air” dalam tank! ….jangan abaikan keselamatan semasa di bawah sana
Ade rezeki kita kat tempat lain Joe..yang penting kita usaha…rezeki di sini bermaksud dari segi kewangan dan juga jodoh!

adamfaiz´s last blog ..Molly Norris Tukar Identiti Takut Dibunuh
betul tu,rezeki tu bermacam rupa dan bentuk,adam
….dan setiap orang sudah tentu ada rezekinya
Rilek2 lok.. InsyaAllah.. Rezeki murah.. hehe..
Aretikz´s last blog ..Bukan Girlfriend- Tapi Isteri
hehehe…..memang aku tenang-tenang je,A
….mudah-mudahan begitulah hendaknya.
terus je DD tak tergagap
hehehe
banyak perancangan aku yang dah gagal, tapi aku masih meneruskan hidup dan alhamdulillah, syukur
kadang2 kita boleh bahagia dalam kegagalan
pelik kan? pelik tapi benar
tehr´s last blog ..Masa Bercinta vs Bila Dah Kahwin
biasalah tu kalau dah buat salah,tehr
yupp,berani untuk gagal merupakan detik awal sesuatu kejayaan
bersyukur itu sesuatu yang amat penting dalam kehidupan ini.
kadang-kadang cukup sekadar melihat kebahagiaan orang lain walaupun kita sendiri dalam kegagalan tetapi kita rasa cukup bahagia
angan-angan pun boleh jadi positif gak…boleh digunakan untuk memberi semangat untuk kita mencapai angan2 tu tadi…. mana tau..dari angan2…jadi kenyataan !!!
kenyataan itu memang dari angan-angan sebenarnya,bujang
….cuma perlu tahu caranya untuk menukar menjadi kenyataan[dengan izinNya]
Kita hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan segala-galanya. Apapun, setiap rancangan Allah tidak ada yg buruk, semuanya tersembunyi hikmah untuk kita sebagai hamba-Nya. InsyaAllah
hanya DIA sebaik-baik perancang,LA
…yang susahnya manusia ni sukar membaca sesuatu yang tersirat dalaam setiap kejadian yang berlaku-macam ko cakap pasal hikmah tu.
senang cakap kalau ada rasa redha yang menebal dalam jiwa,semuanya jadi mudah dalam kehidupan ini.
adakah selepas ini cerita akan bertukar kepada cerita scuba diving pula? sudah habis ke cerita kelasi kapal tu? huhuu
mijie´s last blog ..Kereta Proton Saga Google
hahaha…cerita kelasi memang dah sampai ke penghujungnya,mijie
scuba diving fasa pertama tidak banyak ceritanya,mijie
….ketika ini gua tidak begitu aktif[selepas amek lesen kali pertama]
Dari angan-angan wujud impian
Halangan yang terbesar adalah diri kita sendiri.
Belum berusaha dah fikir kegagalan.Bukan ke rezeki Pencipta yang tentukan.
yupp,betul tu,man
….yang aku cerita ni perkara yang sudah berlalu
dan aku bersyukur perkara yang ko sebut ni,aku sedar ketika perasaan aku sedang merundum
rilek…… rilek……. usaha lagi. he he…..
hehehe….sememang aku relax je dalam mengharungi kehidupan ini tapi kadang-kadang aku berpura-pura relax,CP
Kalau di tanya DD mau makan apa.. mau gua order 5 menu.. kikikiki
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
apa pun masakan DD memang sedap,sam
angan2 mahu jadi kenyataan….
zik´s last blog ..Tips menghalau lalat
semua orang mahukan begitu,zik
…namun tak semua angan-angan itu bakal menjelma
angan-angan saya nak menjadi kenyataan. insyaAllah lepas tu boleh pasang beberapa lagi angan-angan baru pulak. satu je tak dapat, join SSB sebab member rapat kawin 10/10 tu

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
baguslah kalau macam tu,dila
…yang tak berapa best tu pasal SSB tak dapat join.
insyaAllah bila planning lain semua dah berjalan lancar, boleh la saya join. sekarang ni kena kejar benda yang di depan mata dulu. berkaitan dengan pasif income sebab lepas ni monthly income yang tetap dah takde. yeay! hehe

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
selesaikan satu persatu dulu,dila
…supaya tidak serabut.
selamat menempoh cabaran yang mendatang selepas ini
bila bermula perletakan jawatan tu?,dila.
insyaAllah paling awal hujung bulan ni. tapi kalau perlu buat replacement, mungkin masuk minggu pertama oktober baru bebas dari 9-5
doakan semua berjalan dengan mudah ye, Bro Johari..
Dila.13´s last blog ..Tips Untuk Anda Yang Tak Suka Menulis
moga segala impian tercapai,dila
cuma satu kalau nak merasa kesenangan jangan takut menempuh kesusahan
sejak dulu…ko memang seorang yang pemurah bro…
betul tue, sebaik baik perancang adalah DIA..tapi tu tak bermakna kita tak boleh merancang..betul bro?
aku ikut perangai aruah abah aku,madlut
[sebenar bukan itu jawapannya.....kahkahkah]
yang ini memang susah nak ulas,madlut…..sebab dari sudut mana mahu dibincangkan cuma aku berharap suatu masa nanti ko faham dengan mendalam tentang sepotong ayat ini “manusia itu tiada daya walau sebesar zarah”
sudut yang aku maksudkan
-sudut syariat
-sudut tarikat
-sudut hakikat
-sudut makrifat
-sudut rangkuman semua di atas
semuanya saling berkait tanpa boleh diabaikan walau satu pun-ibarat kereta kena ada 4 tayar baru boleh !
*termembebel di senja hari….kahkahkah*
Entry yang menyentuh hati.
Anyway… semoga semuanya dipermudahkan jalannnya untuk saudara
sekadar imbasan peristiwa lalu,SK
mudah-mudahan begitulah hendaknya.
kita hanya merancang..Allah yang menentukan segalanya..apapun yang terjadi,pasti ada hikmah..
khairolghani´s last blog ..siapa kamu wahai “tak perlu tahu”
hikmah itu sesuatu yang tersirat yang mana perlu direnungi sedalam mungkin,kay