akhirnya

admin | sembang-sembang | July, 06 2010 | 30 Comments

Ya,akhirnya apa yang aku idam-idamkan selama ini tercapai jua.Syukur! Uncle Boncai – seorang tukang kasut yang paling lama dalam Muar akhirnya ‘tersungkur’ dalam persaingan.Tapaknya itu memang cukup istimewa ! Dalam Muar dialah satu-satu tukang kasut yang boleh berniaga tanpa ada pesaing yang duduk berdekatannya.

Jika ada tukang kasut cuba memulakan perniagaan berdekatan dengan dia pasti ada pihak tertentu yang menghalau si pesaing itu.Kini uncle itu sendiri mengaku pada aku bahawa dia sudah tidak mampu bersaing lagi walaupun sudah cuba bertahan beberapa bulan sebelum ini.

Mungkin pada orang lain,apalah sangat akan tapak niaga uncle itu namun pada aku[seorang tukang kasut],tapak ini mempunyai nilainya yang tersendiri dalam dunia tukang kasut.Sebenarnya sebelum ini ada pihak menawarkan harga yang cukup lumayan pada uncle untuk tapaknya itu tetapi uncle enggan melepaskannya[menjualnya].

Ibarat suatu penghormatan pada aku bila Uncle Boncai ingin menjualnya pada aku.Dan kata-kata Uncle Boncai sampai sekarang masih aku ingat ” gua meniaga sudah lama,gua tak hairan berapa ramai tukang kasut mahu meniaga tapi lu satu orang bukak je…gua punya meniaga terus jatuh ! ”

*gambar di atas adalah sampul surat berisi resit pembelian alatganti kasut yang dikirim menggunakan lori – itulah alamat tapak uncle berniaga.Kalau sebut belakang OCBC siapa yang tak kenal dengan Uncle Boncai *

Kini Uncle Boncai hanya tinggal sejarah,sekarang giliran Drcobbler mengambil alih tapak tersebut.Ramai penduduk veteran Muar sukar mempercayai berita ini terutama kenalan uncle dan pelanggan-pelanggan tetap uncle.Lebih menambah rasa kurang percaya mereka,yang berjaya ‘menumbangkan’ Uncle Boncai cuma seorang remaja botak yang penampilannya seperti orang gila…kahkahkah ! Bukankah aku Sang Gila Api ?

Namun ada onak dan ranjau sebelum aku boleh memiliki akan tapak tersebut ! Gohsek datang mengugut ! Kahkahkah !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

30 Comments

  • At 2010.07.07 00:00, adamfaiz said:

    Belakang OCBC eh..? Sekarang kedai kat mane Joe?
    adamfaiz´s last blog ..Pasang Reply To Comment Di Blogspot My ComLuv Profile

    • At 2010.07.07 00:12, admin said:

      ni OCBC yang lama daaa,adam :) [nanti keliru pulak]

      kedai? kat bukit beruntung,rawang,selangor :)

  • At 2010.07.07 08:24, Bina said:

    asyik ingat tuan masih di muar je. huhuhu
    Bina´s last blog ..Bila dah tiada hati -amp perasaan dan malu dibuang My ComLuv Profile

    • At 2010.07.07 12:28, admin said:

      yang diceritakan dalam blog ini adalah kisah lampau,bina :)

    • At 2010.07.07 09:05, mijie said:

      fuh memang betul gila la sang gila api ni..
      mijie´s last blog ..Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian My ComLuv Profile

      • At 2010.07.07 12:29, admin said:

        bagaimana gelaran begitulah orangnya,mijie :)

    • At 2010.07.07 13:02, Dila.13 said:

      Bro Johari.. eja lah betul2 Goshek tu. kata dulu bukan susunan ejaan sebenarkan?? entry kali ni dgn sebelum ni memang ada unsur2 God Father nih.. gile kentang lah :)

      p.s: CommentLuv rezekimurah tak detect saya punya latest post ler :(
      Dila.13´s last blog ..Atasi Tabiat Berlengah-Lengah Untuk Freelance Writer My ComLuv Profile

      • At 2010.07.07 13:57, admin said:

        hahaha….nanti dorang dapat iklan percuma pulak dalam blog ni,dila :) …sebutannya cuma hampir-hampir je.

        begitulah kehidupan sang gila api/drcobbler sewaktu dulu sentiasa dihimpit golongan mat gian dan ‘berbaju’ :)

        unsur-unsur sedemikian memang berlaku berlaku dalam masyarakat kita dari dulu hingga sekarang…gah nya mereka ini kerana faktor wang dan bilangan mereka cukup ramai :(

        sedikit yang menyelamatkan keadaan,saya berada di tanah Johor :) …ada sesuatu yang mereka kena sedar dan tunduk!

      • At 2010.07.07 13:27, cookdong said:

        remajakah??haha

        • At 2010.07.07 13:40, admin said:

          hahaha…1990 memang le aku di awal usia remaja,cd :)

          *ko bila habis study?*

        • At 2010.07.07 13:28, cookdong said:

          remajakah??haha..pekabo bang joe?

          • At 2010.07.07 13:43, admin said:

            ketika itu di awal usia remaja sekarang ni di akhir usia remaja pulak,cd…kahkahkah

            *aku macam ni lah…ko pulak macam mana ?*

            • At 2010.07.07 13:51, cookdong said:

              double post..hit 2x sebab xkuar komen tadi..

              saya study ikut suka bila nak abeh..hahaha..ntahla..
              kurang blogging sbb exam haritu..ni dah cuti musim panas..

              • At 2010.07.07 14:50, admin said:

                blog ni memang ada sikit masalah agaknya :)

                perghh…best jugak macam tu boleh bersantai dalam study.
                dulukan yang mana perlu.

          • At 2010.07.07 15:06, etomyam said:

            empayar kasut Dr.cobbler makin berkembang dengan jayanya :D
            etomyam´s last blog ..Menggodek 404 Error Not Found My ComLuv Profile

            • At 2010.07.07 15:15, admin said:

              setelah diangankan,diusahakan akhirnya berhasil,bro :)

            • At 2010.07.07 17:11, Samdaddycool said:

              perghhhh.. dapat tewaskan otai paling power tu… gila aahh
              Samdaddycool´s last blog ..Pelan Etiqa – Prima My ComLuv Profile

              • At 2010.07.07 21:21, admin said:

                besar jangan disangka bapak,kecik jangan disangka anak,sam…kahkahkah

              • At 2010.07.07 23:14, farhana said:

                best man wins!hehe.sesungguhnya rezeki Allah tu luas..
                farhana´s last blog ..Saya Makan- Dia Kenyang My ComLuv Profile

                • At 2010.07.07 23:59, admin said:

                  setuju dengan kata-kata kamu itu :)

                  terima kasih kerana sudi singgah di sini .

                • At 2010.07.08 00:17, madlut said:

                  hehe…satu yang aku perasan..nama orang2 dalam citer bro nie…unik2..nai, da, hud, jo, bonchai, goshek..hehe

                  • At 2010.07.08 01:29, admin said:

                    Nai-nama sebenar dia[TTN].
                    Da-nama sebenar,dua huruf pertama dalam nama dia.
                    Hud-hanya orang rapat je panggil nama ni.
                    Jo-dah tentu nama aku[yang sebetul ejaannya Joe]
                    Boncai-nama yang dipanggil[nama sebenar aku pun tak tau]

                    Gohsek-sekadar hampir-hampir bunyinya[nak letak nama betul,kenalah bayar kos pengiklanan dengan aku] :)

                  • At 2010.07.08 02:14, zik said:

                    wah meneruskan empayarnya…. never giveup!!

                    • At 2010.07.08 12:53, admin said:

                      itulah impian aku untuk meletakkan drcobbler pada satu tanda arasnya yang tersendiri,zik :)

                    • At 2010.07.26 16:12, khairolghani said:

                      mantap..dapat lokasi baik punya..makin kencang la bisnes
                      khairolghani´s last blog ..Majlis Solat Hajat My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.26 19:56, admin said:

                        rezeki,kay…setelah puas menempuh dugaan dalam perniagaan :)

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv Enabled
                      © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                      Design by: Yoshz Themes