syawal 2010
Subuh Syawal pertama,
Call ibu mohon maaf dan ampun.Walaupun tak dapat bersalaman dapatlah jugak melafazkannya di mulut.Ibu memang sedia maklum rutin tahunan aku setiap kali Syawal menjelma maka dibekalkannya suatu juadah wajib.Di bilik penginapan,aku mula membuka bungkusan istimewa itu.
Juadah dalam bungkusan-bungkusan plastik kecil yang dipunjut rapi.Juadah yang aku namakan,juadah ‘hitam putih kehidupan’ atau ‘pahit manis kehidupan’-bungkusannya terdiri daripada secubit gula pasir dan secubit serbuk kopi
Juadah kedua dinamakan juadah ‘asam garam kehidupan’-bungkusannya secubit asam jawa dan secubit garam
Juadah terakhir,juadah ‘semangat kehidupan’-secubit beras,sekeping syiling satu sen[orang-orang lama bilang duit api] ,segelas air masak
Aku renung satu persatu juadah tersebut[sebenarnya aku sedang 'berbual-bual' mesra] sambil menjamah/memakan sehingga habis.Masukkan duit api dalam air,minum sehingga habis.Selesai sudah jamuan hari raya cara aku ! Tanda aku meraikannya !
Aku tersenyum puas sambil merokok.Dari sebatang ke sebatang hingga aku terlena.Terbangun dari tidur bila ada panggilan masuk.Harus bersiap segera,untuk ke satu lokasi berjumpa dengan seorang uncle Cina yang aku anggap macam apak[abah] aku.
Di lokasi.Salam,cium tangan dan berpeluk.Agak lama pelukan itu.” Ajo,lain taun belum tentu boleh jumpa” luah uncle tersebut.Aku sengih.Aku sedar uncle semakin uzur seiring dengan usianya.Bertukar-tukar cerita,diselangi dengan gelak ketawa sambil diperhatikan oleh dua orang pengiringnya.
Selesai sudah majlis perjumpaan tahunan,aku tunggu sehingga kereta uncle itu hilang dari pandangan di atas jalan raya yang agak sepi dari kesibukan lalu lintas.Raba poket belakang cari rokok,baru aku sedar,tahun ini uncle tersebut berjaya meletakkan sampul angpow tanpa aku sedar.Rezeki yang seboleh mungkin aku tak mahu ambil dari uncle itu.
Tahan teksi balik bilik penginapan.Tidur
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



selamat raya bro
selamat hari malaysia juga
…aku masih tak faham, kenapa bro tak dapat beraya di kampung
tehr´s last blog ..Hari Malaysia – Kita Pernah Dijajah
raya semakin ‘basi’[dah masuk hari ke 6],tehr….kehkehkeh
kita sebenarnya terlambat menyambut hari malaysia ni sebab malaysia dah ada dalam peta dunia sejak awal tahun 1800….kahkahkah
ermmm…sebenar aku malas nak hadap muka adik-beradik aku yang lain tu
selamat hari raya dan selamat hari malaysia
terima kasih,sop
….dan selamat hari raya untuk kamu jugak.
abg joe, setiap orang ada ceritanya kan pada hari raya, semoga bro dpt jumpa insan istimewa dalam hidup bro then bolehlah beraya rumah mentua

mijie´s last blog ..Cerita selepas hari raya
kehkehkeh…..sebenar gua dah tak fikir pasal insan istimewa ni,mijie
….yang gua fikir macam nak jadi insan kalau tidak memang malanglah nasib gua kena lepak bawah batu nesan nanti
rezeki memang murah, makan, rokok dan ang pow….
banyak misteri dalam diri kelasi ini kan…
cikgunormah@klcitizen´s last blog ..Alhamdulillah
RahmatNya memang terlalu luas,KLC
misteri?hahaha…tak lah,itu apa yang saya lalui dalam hidup ini
uncle cina? ade sangkut paut dengan kisah sang gila api yang dapat lot idaman para cobbler muar dulu ke, Bro Johari? atau ayah kepada insan itu?
Dila.13´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri
tiada sangkut paut dengan apa yang dijangkakan tu,dila
itu uncle saya kenal semasa saya dalam dunia ‘pen dan kertas’-suatu dunia yang saya tak kan ceritakan dalam blog ni….kahkahkah
hoh.. rupanya…

Dila.13´s last blog ..Tawaran Sah Hingga Penghujung Syawal!
begitulah ceritanya,dila
entry yg penuh macho..hehe
suka baca entry bro
dark_half´s last blog ..Ini Bukan Contest!
entry macho? biasa je,DH
….kalau suka rajin-rajinlah ke mari membaca entry merapu aku dan terima kasih kerana sudi menjadi pengunjung baru blog ini
asam garam kehidupan’ada gak nama ek..hahahaha
Pencacai Alim´s last blog ..6 Jahanam pon kelas apa
sebab bahannya terdiri daripada asam jawa dan dan garam,PA
sambutan raya yang agak sempoi…….
selamat hari raya keenam bro!!!!
sempoi dan menjadi rutin tahunan,CP
selamat hari raya ke 7 untuk kamu jugak
secubit asam jawa, dimakan dengan garam…setahu saya, hidangan nie dimakan dalam upacara tertentu je…tak gitu? hehe…
hehehe…..upacara apa lah yang bermain di fikiran ko tu,madlut
bace entry sambil dok pikior,,
aku baca komen ko ni sambil berfikir jugak,CD….kahkahkah
wah! nuff dh 100!! tahniah! eh! lagi 1 klu x keberatan la owner blog ni laki ke pmpuan???
nick irfan´s last blog ..NICK DAN HANTU-HANTU 1 MALAM DI HOSPITAL siri 10episod 92
itu sekadar bonus bila berblogging,NI
…..owner blog-lelaki
pakcik tu memang hebat..hehe..selamat hari raya bro..
kay´s last blog ..Pengalaman menjadi seorang ayah
sebenarnya aku sendiri kagum dengan beliau,kay
selamat hari raya kay
hari pertama mesti makan ketupat… kalau tak makan..huhu…
zik´s last blog ..Reunion SMKPB 5A- 2002 edisi Selatan 2010 part 1
kehkehkeh….dah biasa buat aku,zik
Abg Joe x balik kg ke raya tahun ni???

Sedihnya…
aktechpage.com´s last blog ..Selamat Hari Malaysia 2010
bukan setakat tahun ni sahaja,sudah berpuluh tahun,aku akan menghilangkan diri semasa hari raya,mal
Bakpo menghilangkan diri??
X pehe ni??
aktechpage.com´s last blog ..Selamat Hari Malaysia 2010
kehkehkeh….aku malas nak tengok muka abang dan kakak yang lain tu,mal
….senang cakap aku memang tak ngam dengan mereka semua dan aku tak reti nak berpura-pura manis muka semata-mata sempena hari raya….kahkahkah
hebat uncle tu. bole masukkan angpaw tanpa sedar.
selalunya org curi angpaw tanpa sedar
teringat aku kat cite Ocean Trilogy (ada part2 pasal mencuri tanpa sedar)
sebenarnya uncle tu bukan calang-calang orang,LA
….walaupun sudah uzur kalau setakat one by one belum tentu lawannya boleh tumbangkan uncle tu dengan mudah.
selamat hari raya semoga ceria bersama family tercinta
sunglasses´s last blog ..Used ray ban
begitu jugak untuk kamu,SG
err…tang mknan tuh????? tak phm..huhu
sebagai tanda meraikan,ejon
….tanpa bahan-bahan asas tersebut macam manalah kehidupan kita kan?[dari segi masakan/makanan]
suatu konsep mesra alam sebenarnya,ejon
lain benar cara kau beraya jo….
ardzham´s last blog ..Catatan Aidil Fitri
raya cara sangilapi,bang
…kehkehkeh
Memang misteri…
Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
bukan misteri tapi memang begitu cara gua,sam