suatu renungan

admin | mau blogging | August, 14 2010 | 32 Comments

Ni bukan cerita seram ! Tapi dinukilkan di sini untuk direnung bersama sempena Ramadhan.Kisah ini berlaku pada hari pertama berpuasa.Seingat aku inilah kali pertama aku menyaksikan dengan mata aku sendiri.Tarik nafas dan teruskan pembacaan korang.

Subuh Ramadhan pertama,sebelum tidur aku macam biasa akan memberi makan pada kucing aku.Cuma tinggal seekor je.Aku panggil dia harimau kumbang[HK],ibu pulak panggil dia Kumbang.Sesudah menggaulkan nasi dan ikan goreng beserta dengan sekor ikan mentah yang dipotong-potong,aku menuju ke tempat biasa HK ni selalu melepak.

HK suka melepak atas belebas dalam bilik air,dah nama HK memang suka melepak kat tempat yang tinggi-tinggi.Selalu kalau nampak aku bawak pinggan makan kepunyaan dia,tanpa dipanggil dia akan terjun ke bawah.Subuh tu bukan main liat lagi dia nak turun.Bila dah terjun,dia terus menuju ke ‘katilnya’ tanpa menghidu makanan tersebut.Aku fikir dia masih mengantuk tak de mood nak makan.Aku pun siap-siap nak tidur pulak.

Tengah sedap-sedap tidur,ibu kejutkan aku.Aku bingkas bangun bila ibu cakap Kumbang macam sakit.Aku menuju ke bilik air,memang Kumbang tengah melepek je.Selalunya bukan begini sikapnya.Cergas dan aktif.Hairan jugak aku.Nasi dalam pinggan tak berusik – semut dah mula penuh di pinggan.Potongan ikan pun tak dijamah.

Sambil-sambil melayari internet puas jugak aku memikirkan kenapa HK ni.Setiap jam 5 petang aku akan membersihkan halaman rumah dan memberi makan pada kucing-kucing angkat aku[kucing jiran].Selalunya HK akan sibuk mengekori aku bila aku mengemas halaman rumah.Petang tu dia masih melepek jugak.

Akhirnya aku temui jawapan bila maghrib hampir menjelang.Bagai kanak-kanak yang berpuasa,waktu hampir berbuka adalah waktu yang menggembirakan.HK mula cergas dan aktif.Makanan baru yang dihidangkan tanpa banyak soal dilahapnya dengan penuh selera.Aku dan ibu tersenyum melihat gelagat HK yang baru belajar berpuasa……kahkkahkah

Masuk hari ni,dah 4 hari HK melatih dirinya menghayati keberkatan Ramadhan.Siang memang melepek ! Ahh ! Kucing pun tahu sepanjang bulan Ramadhan tak boleh makan dan minum pada sebelah siangnya :)

*HK adalah seekor kucing betina berwarna hitam,mula datang ke rumah ini beberapa bulan lalu. HK muncul ketika aku rindukan kucing-kucing jantan aku yang berwarna hitam yang sudah aruah *

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

32 Comments

  • At 2010.08.14 22:29, adamfaiz said:

    jadi jugak entry dari kucing ni
    adamfaiz´s last blog ..4 Perkara Mudah- Besar Ganjarannya Di Bulan Ramadhan My ComLuv Profile

    • At 2010.08.15 00:10, admin said:

      nak tulis dari hari kedua ramadhan,adam :)

    • At 2010.08.14 23:00, Samdaddycool said:

      Mati-mati aku ingat ada unsur-unsur mistik.. ciss.. telahan aku meleset seratus persen..
      Samdaddycool´s last blog ..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka My ComLuv Profile

      • At 2010.08.15 00:10, admin said:

        sudah diterangkan di awal entry,sam :)

      • At 2010.08.14 23:25, mijie said:

        siot jer, aku ingatkan kes apa ni, rupanya si harimau kumbang tu nak puasa
        mijie´s last blog ..Pertandingan SEO Hidup Seorang Blogger My ComLuv Profile

        • At 2010.08.15 00:11, admin said:

          hahaha….antara ciptaanNya yang sedar akan keberkatan Ramadhan :)

        • At 2010.08.15 01:13, zik said:

          harimau kumbang tuh..huhu

          • At 2010.08.15 02:45, admin said:

            nama yang diberi atas sebab perangai dia yang suka lepak kat tempat tinggi-tinggi,zik :)

          • At 2010.08.15 01:31, tehr said:

            betul la tu
            binatang pun ada yang puasa
            tehr´s last blog ..Bayi Ayam Cedera Main Mercun My ComLuv Profile

            • At 2010.08.15 02:46, admin said:

              segala yang disaksikan sebenarnya boleh dijadikan pengajaran,tehr :)

            • At 2010.08.15 02:59, CgMas said:

              Ada binatang lain yg kena puasa dalam blog CgMas.. 2 ekor; kaki 4, tapi bukan kucing .. cuba teka?
              CgMas´s last blog ..Everyone is fasting My ComLuv Profile

              • At 2010.08.15 04:34, admin said:

                tau akan jawapannya sebab dah jengok blog Cg…kehkehkeh

              • At 2010.08.15 03:15, etomyam said:

                wah, tajam betul renungan mata tu, rupanya member pun menghayatai puasa hehe :D
                etomyam´s last blog ..Mitos Masyarakat Melayu Mengenai Malam Lailatul Qadr My ComLuv Profile

                • At 2010.08.15 04:35, admin said:

                  bukan gambar sebenar HK,bro :) ….pertama kali bela kucing yang macam ni,ingin turut berpuasa !

                • At 2010.08.15 04:16, Anak Akhirat said:

                  Salam~

                  Subhanallah. Haiwan pun pandai nak menghayati dan ‘beramal’ di bulan puasa. Kagum neh~

                  Rasa comel plak. Haha. Ingatkan sakit ke hape. Rupanya tengah menahan lapar. :D

                  p/s : salam singgah.

                  • At 2010.08.15 04:37, admin said:

                    itulah kebesaranNya :)

                    mula-mula pun ingat HK ni sakit rupa-rupanya menahan lapar dan dahaga :)

                    *terima kasih kerana sudi singgah di sini *

                  • At 2010.08.15 06:06, CD said:

                    masa makan HK angkat tangan baca doa x? hehe

                    belebas tu apa bang joe?

                    • At 2010.08.15 15:08, admin said:

                      HK baca dalam hati je…aku rasalah :)

                      belebas? kayu beluti pada bahagian atas….senang ko tanya pakcik google tu,CD….siap ada gambar lagi…hahaha

                    • At 2010.08.15 06:52, boy_bersahaje said:

                      memang terbaik lah bro tajuk entri ni. ingat betul2 kene renung hahahaha. macam mana la bijak sangat si Hk tu. boleh plak puasa. hahahaha

                      • At 2010.08.15 15:11, admin said:

                        hahaha…sudah diterangkan di awal entry,boy…tapi ia memang perlu dijadikan renungan bersama.

                        bila hidayah mula bercambah dalam jiwa maka itulah hasilnya :)

                      • At 2010.08.15 12:20, Dila.13 said:

                        MasyaAllah.. Tu petunjuk yang Allah Maha Berkuasa.. kalau manusia yang berakal dan berpegangan agama pun tak puasa, maknanya standard mereka lagi rendah daripada binatang la kot.. nasib baik belum tunjuk bersolat lagi!
                        Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.15 15:18, admin said:

                          tiada mustahil bagiNya,dila :) ….Qabil dan Habil pun belajar dari sikap/perbuatan binatang dalam kehidupan sehariannya dulu.

                          setiap binatang sebenarnya sentiasa berzikir memujiNya berbanding manusia yang hanya mengingat akan DIA bila tiba waktu solat[bagi yang tak faham pengertian solat yang sebenar]

                          • At 2010.08.16 09:39, Dila.13 said:

                            Kucing Hazel kejutkan mak dia waktu solat subuh.. jilat-jilat pipi dan tapak tangan untuk bangunkan. lepas mak dia dah bangun, kucing tu tidur balik.. huhuhu.. kisah benar, bukan bohong :)
                            Dila.13´s last blog ..Buang Bayi Jadi Kes Bunuh Bayi My ComLuv Profile

                            • At 2010.08.16 20:38, admin said:

                              hehe….kucing tu tido balik :)

                              jenis kejutkan tuan untuk solat subuh,memang saya selalu jumpa bila bela kucing ni antara sebab perlakuannya begitu…..perut dia dah lapar,dila :)

                              atau suruh bukak pintu supaya dia boleh ke tanah untuk melepaskan hajat dia.

                              • At 2010.08.18 22:10, Dila.13 said:

                                aha.. Mici tu unik sikit.. tak pernah melepas hajat atas tanah. buang air pun dalam mangkuk tandas. bab makanan paling dia cerewet. hanya makan biskut kucing, kuih raya, aiskrim dan kek! 10 tahun dan masih sihat. keluar bilik pun tak. hehe..
                                Dila.13´s last blog ..Perihal Blogger Yang Terdesak My ComLuv Profile

                                • At 2010.08.18 23:14, admin said:

                                  ni kucing jenis-jenis bangsawan ke,dila? :)

                                  umur kucing saya,paling lama 7 tahun itupun pasal sampai umur 2 tahun,dia masih menyusu dengan ibunya :) …memang debab![jantan]

                      • At 2010.08.15 13:34, madlut said:

                        err..betul ke cmtue bro? subhanallah..sy tak pernah lagi terjumpa peristiwa cmtue..ikan2 yang saya bela semua pelahap je bila sy bg makan..haha

                        • At 2010.08.15 15:22, admin said:

                          ikan ko tu sedang berpuasa jugak,madlut…puasa hakikat :)

                          dulu kan ada kisah seorang bayi [akhirnya menjadi penghulu wali] semasa siang Ramadhan,beliau tidak akan menyusu :)

                        • At 2010.08.17 01:32, bujang3 said:

                          bagus punya kucing, betul menghayati erti Ramadhan !!!
                          bujang3´s last blog ..Nostalgia Di Bulan Ramadhan !!! My ComLuv Profile

                          • At 2010.08.17 01:48, admin said:

                            ini pengalaman pertama aku bela kucing yang mahu bersama-sama menghayati ramadhan sekurang-kurangnya HK ni menghormati waktu siang Ramadhan tanpa makan dan minum[aku amat pasti akan hal ini] :)

                          • At 2010.08.17 10:46, khairolghani said:

                            bagusnya..Alhamdulillah,Allah nak tunjuk kat ko yg mahkluk selain manusia juga berpuasa

                            • At 2010.08.17 16:59, admin said:

                              ya begitulah,kay….tiada yang mustahil bagiNya :)

                            (Required)
                            (Required, will not be published)

                            CommentLuv Enabled
                            © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                            Design by: Yoshz Themes