rumah terbuka

admin | mau blogging | September, 20 2010 | 44 Comments

slip bankin untuk dila13 :)

Syawal dah nak ‘basi’,aku baru nak buat rumah terbuka tapi rumah terbuka atau open house ni dibuat mengikutĀ  cara aku – konsep aku…..kehkehkeh.Jemputannya pun tak berapa ramai setakat seorang je.Tapi punyalah berjanggut nak tunggu ketibaan tetamu ini.Dari sebelum Zohor aku tunggu sampai nak masuk Asar,baru Samdaddycool ni muncul dengan selamba.

Sampai je Sam,aku tak de nak pelawa dia masuk dalam rumah sebaliknya aku yang masuk dalam keretanya.Menuju ke bandar Muar.Sebelum tu aku singgah di bank untuk menunaikan janji aku pada pengomen yang berjaya mengumpul komen terbanyak-Dila13.

Selepas tu singgah di tapak medan selera.Sebuah medan selera yang agak popular seketika dulu.Sekarang zaman popularnya sudah berlalu.Pekena nasi ayam goreng berlada di kedai Bakar-suatu nama yang cukup gah untuk menuĀ  nasi ayam.Namun pada pendapat aku,rasa nasi ayam goreng berlada ini tidak seperti ketika zaman aku membaiki kasut dulu,jauh benar rasanya.

Ketika bersembang-sembang,aku sempat menunjukkan pada Sam lokasi tempat aku membaiki kasut seketika dulu dari jauh.Tak banyak yang dapat diperbualkan kerana masing-masing ada urusan tersendiri.Sam perlu tidur setelah beberapa hari kekurangan tidur.Aku pula ada rutin harian sebelah petang,siram pokok bunga,bersihkan halaman rumah dan bagi kucing-kucing angkat aku makan.

Dek kerana tergesa-gesa,ucapan permohonan maaf pada Sam pun aku boleh terlupa ! Janji aku pada Sam ditunaikan dalam perjalanan pulang,yang penting janji aku pada pengomen top3 sudah tertunai.Kini aku menunggu jawapan daripada keempat-empat nama yang aku sebutkan sebelum ini sambil memikir-mikir bentuk penghargaan untuk yang tersenarai dalam ss untuk entry suatu penghargaan.

Itulah konsep rumah terbuka oleh sangilapi.Sempoi kan?…..kehkehkeh.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

44 Comments

  • At 2010.09.20 21:50, ejoncb said:

    huhuhu..best jadi dila..aik?? rumah terbuka itu macam ka? haha..

    • At 2010.09.21 07:35, admin said:

      sedikit penghargaan kepada dila yang dinobatkan sebagai pengomen terbanyak,ejon :)

      ya begitulah konsep rumah terbuka sangilapi :) ….mudah untuk makan dan minum.

    • At 2010.09.20 21:59, wan said:

      Haha..bile nak sambung citer kelasi bro?

      • At 2010.09.21 07:37, admin said:

        hahaha….aku kena baca dulu entry-entry sebelum ini terlebih dahulu sebelum meneruskan entry berikutnya :)

        • At 2010.09.22 14:39, norazuan said:

          cantik dah sambung..

          • At 2010.09.22 18:45, admin said:

            masih dalam mood ‘panas enjin’ dulu,wan :) ….dah lain pulak nama ko ni

      • At 2010.09.20 22:46, gnesop.com said:

        tahniah dila. duit raya
        gnesop.com´s last blog ..Sop kurang sihat – demam raya kot My ComLuv Profile

        • At 2010.09.21 07:38, admin said:

          sebagai penghargaan yang ditujukan pada top3 pengomen blog ini,sop :)

        • At 2010.09.20 22:51, madlut said:

          pergh…hehe, cara tak penting, yang penting niat kan bro?? murah lagi rezeki bro pasni kerana bro bersifat pemurah

          • At 2010.09.21 07:46, admin said:

            betul tu,niat untuk meraikan tetamu tu yang penting,madlut :) …..mudah-mudahan begitulah hendaknya,aku pun bukan nak makan sorang-sorang….kehkehkeh

          • At 2010.09.20 23:18, Dila.13 said:

            haha.. memang sempoi teramat. rumah terbuka tu sekadar kuakkan pintu untuk tuan rumah loloskan diri aje rupanya. hehehe :) terima kasih yang tak terhingga sekali lagi ye, Bro Johari :)
            Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang! My ComLuv Profile

            • At 2010.09.21 07:48, admin said:

              begitulah konsep yang saya amalkan sedari dulu,dila :)

              sama-sama dila :)

            • At 2010.09.20 23:26, adamfaiz said:

              Memang sempoi Joe ko nye rumah terbuka…aku nak ke rumah betul ko je tak sampai lagi nih… hehehe

              • At 2010.09.21 07:51, admin said:

                kehkehkeh…..memudahkan tetamu memilih makanan dan minuman mengikut selera mereka,adam :)

                insyaallah di lain masa,tercapailah hajat tu

                *email aku tu bila nak jawab,adam? :) *

              • At 2010.09.21 00:24, mijie said:

                bila kita memberi pasti kita akan dpt balik

                p/s: rumah terbuka untuk aku bila abg joe?
                mijie´s last blog ..Dapat pendrive kingston 4gb dan kad hari raya My ComLuv Profile

                • At 2010.09.21 07:56, admin said:

                  macam kita minum air,mijie :) ….nak minum air berikutnya kenalah kencing dulu baru selesa untuk minum yang seterusnya.

                  dan itulah sebab ada keperluan berzakat :)

                  *nanti bila gua ke KL-masa belum dapat ditentukan lagi sebab gua tengah tunggu lampu hijau dari member gua*

              • At 2010.09.21 00:49, zik said:

                rumah terbuka… jemput2 minum.. bukaklah kuihnya tuh… hehe
                zik´s last blog ..Rakyat Malaysia belanja RM342 bilion untuk Kosmestik tahun ini My ComLuv Profile

                • At 2010.09.21 07:57, admin said:

                  tapi konsep rumah terbuka aku memang tak de kuih raya,zik :)

                • At 2010.09.21 01:25, x-po said:

                  wow, hadiah rm250? byk tu..hehe
                  x-po´s last blog ..SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGUNCI MOTOR My ComLuv Profile

                  • At 2010.09.21 08:02, admin said:

                    tanda penghargaan aku terhadap pengomen blog ini,x-po :)

                  • At 2010.09.21 03:30, tehr said:

                    dah berapa hari aku tak buka email
                    hahahah – jap lagi buka

                    rumah terbuka yang memang sangat terbuka tu bro
                    maklum je medan selera
                    hehehe
                    tehr´s last blog ..Tips Dan Panduan Tingkatkan Traffic Blog My ComLuv Profile

                    • At 2010.09.21 08:04, admin said:

                      aku memang tunggu jawapan dari ko,tehr :) …..kalau bersetuju dan ada sebarang persoalan sila email aku dengan segera.

                      bersesuai dengan konsep terbuka tu :)

                    • At 2010.09.21 10:03, khairolghani said:

                      sempoi habis..hehe..
                      khairolghani´s last blog ..Rezeki tak disangka-sangka -2 My ComLuv Profile

                      • At 2010.09.21 15:29, admin said:

                        mudah dan ringkas,kay :)

                      • At 2010.09.21 11:07, nobitasensei said:

                        sempoi gak rumah terbuka camni~
                        nobitasensei´s last blog ..Rumah Sewa No 26 My ComLuv Profile

                        • At 2010.09.21 15:31, admin said:

                          dari dulu macam ni lah bila aku buat rumah terbuka,NS :) ….lagipun tetamu dah muak dengan juadah-juadah raya tu.

                        • At 2010.09.21 12:57, NICK IRFAN said:

                          wah! menarik rumah terbuka ko ni…
                          NICK IRFAN´s last blog ..NICK DAN HANTU-HANTU 1 MALAM DI HOSPITAL siri 10episod 94 My ComLuv Profile

                          • At 2010.09.21 15:32, admin said:

                            kalau menarik bolahlah dicuba konsep ni,NI:)…itu pun kalau sesuai.

                          • At 2010.09.21 15:19, AzketOm said:

                            wah seronotnya jadi dila13. erm bila nak bukak contest lagi nih. hihihi erm sempoi btul rumah terbuka sangilapi. tak yah basug cawan, pinggan, piring dan mangkok.
                            AzketOm´s last blog ..EKSPEDISI RAYA My ComLuv Profile

                            • At 2010.09.21 15:37, admin said:

                              ini bukan pertandingan,AO :) …sekadar suatu penghargaan.

                              dan tiada tempoh waktu yang tertentu,ikut suka sangilapi untuk menghargai pengunjung blognya-mungkin akan datang akan ada penghargaan untuk pengunjung baru macam AO,mana tahu AO terpilih nanti :)

                              ya,itu dah pasti,yang pasti cuma suruh kira dan dah boleh angkat kaki :)

                            • At 2010.09.21 19:36, Samdaddycool said:

                              Gua cuma nak kata.. wah seronotnya!

                              mekacih.. mekacih….

                              p/s- berjanggut?? kkiki.. sori ler.. kete semput, jalan jam, mata plak ngantuk je aritu.. hik..hikk
                              Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya &amp seribu kemaafan ku pohon My ComLuv Profile

                              • At 2010.09.22 01:09, admin said:

                                seperti yang dijanjikan,sam :) ….sama-sama

                                *perghh…memang berjanggut,sam :) *

                                • At 2010.09.23 09:00, Samdaddycool said:

                                  Harap-harap lepas servis kete tu, dah takde masalah.. sepantas kilat gua sampai.. hehehe
                                  Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya &amp seribu kemaafan ku pohon My ComLuv Profile

                                  • At 2010.09.23 09:18, admin said:

                                    sayangilah kereta yang telah banyak berjasa tu,sam :)

                                    kita dengan kereta ni ada suatu pertalian halus yang cukup bermakna,sam :)

                                    • At 2010.09.24 20:58, Samdaddycool said:

                                      Srtuju, macam orang kata nak jual kete.. terus merajuk kete tu, macam-macam hal jadi..
                                      p/s- memang banyak berjasa kete tu
                                      Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat! My ComLuv Profile

                                      • At 2010.09.24 23:03, admin said:

                                        mau tak merajuk sudah berbakti bertahun-tahun,senang-senang je nak dilupakan jasanya :)

                                        *maka bela dan belai lah kereta tersebut :) *

                            • [...] cadangan yang diberikan. Joe telah memberi penghargaan untuk tukang komen di blognya dengan “rumah terbuka” versi baru! Walau tak pernah bersua muka nyata persahabatan di alam maya ini terjalin dengan [...]

                              • At 2010.09.22 01:10, admin said:

                                :)

                              • At 2010.09.23 08:35, ardzham said:

                                rumah terbuka jo ke kereta terbuka sam, huhuhu keliru betul! hahaha
                                ardzham´s last blog ..Dagon Design Sitemap Generator My ComLuv Profile

                                • At 2010.09.23 09:01, Samdaddycool said:

                                  Kita buat umah terbuka kat mamak je lepas ni (semenrtara raya masih ada)
                                  Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya &amp seribu kemaafan ku pohon My ComLuv Profile

                                  • At 2010.09.23 09:20, admin said:

                                    macamlah habis raya,kedai mamak tu lu tak mau singgah,sam :)

                                  • At 2010.09.23 09:19, admin said:

                                    kedua-duanya sekali,bang :) ….ringkas dan mudah

                                  (Required)
                                  (Required, will not be published)

                                  CommentLuv Enabled
                                  © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                  Design by: Yoshz Themes