rezekimurah berwajah baru
itulah tajuk entry kali ini……entry diilhamkan dari komen sifu ijad,begini komen tersebut ditulis :-
komen pertamanya,
At 2010.04.20 08:01, rohaizad said:
Perghhh… makin best corak pengolahan ayat di blog ini… dah tiba masanya pemilik blog ini menaiktaraf semuanya.. termasuk design dan corak blog marketing…
Kejar traffik!!!
Menulis dari pengalaman adalah yang terbaik sekali untuk dijadikan bahan bacaan.
p/s: boleh pergi jauh ni…
komen keduanya,
At 2010.04.20 12:26, rohaizad said:
Hahaha… kalau jauh yang itu, aku pun akan pergi gak…
p/s: cuba tukar theme yang menggunakan warna putih untuk background di bahagian artikel.
selepas dari itu aku mula memikirkannya walaupun kepala aku tengah sibuk memikirkan hal-hal lain yang lagi penting…….namun pemikiran tentang wajah baru blog ni tetap datang berkunjung…..terutamanya ketika aku sedang termenung atau ‘termenung’……cuma yang melambatkan aku bertindak adalah kerana aku sayangkan wajah blog yang sekarang ni.
maklumlah yang pertama katakan……seperti perumpaan orang bercinta :-
cinta yang pertama itu cukup sejati…
cinta yang kedua itu berbelah bagi….
cinta yang ketiga itu dah tak bererti…
jadi aku sedang berbelah bagi untuk menukar wajah blog ini ……ermmm masih belum ada kata putus lagi…..sambil-sambil mengurangkan tekanan dalam diri…aku merayap-rayap dari satu blog ke blog yang lain…..aku pun singgah dan tinggalkan komen kat blog member seminar aku……tiba-tiba baru aku teringat aku ada harta pusaka kat member aku ni…….itupun setelah dia membalas komen aku macam ni :-
Mizi aka Miziology
20 April 2010 Masa 12:52 PM
tu la..tgk belum ada lagi content dlm web tu hehe
theme tu leh gak digunakan pd rezekimurah bro..
ya tak ya jugak……theme tu kan bersesuaian dengan apa yang sifu ijad cakap ! sebenar theme tu adalah untuk satu niche blog yang terbengkalai prosesnya…….sebelum ini ijad ada memberi cadangan agar domain itu dijadikan sebagai personal blog memandangkan sudah berPR 1 walaupun tiada sebarang entry di dalamnya…….namun aku memilih domain rezekimurah sebagai personal blog dan bila PR update baru baru ini….PRnya jatuh ke PR 0 dari PR 1 .
nak tengok theme yang bakal menggantikan ‘cinta petama’ aku ni…..http://yoshz.com/theme/?wptheme=Johari…..apa pandangan korang ? wajarkah blog ini bertukar wajah ? sila tinggalkan komen yang bernas…..setiap komen yang bernas bakal melayakkan korang mendapatkan sepinggan nasi ayam penyet secara percuma !
+tapi mana tau kan,setelah blog ni bertukar wajah ada blogger jutawan dari uganda yang nak letak iklan di sini dengan bayaran 3000usd sebulan…..ishh…rezeki ni bukan boleh dijangka-jangka ! +
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


Wah wah wah… semakin menyengat la lepas ni kat rezekimurah!! saya setuju sangat2 komen bro ijad. penat la nak baca tulisan kecik2 yang tak berapa nak terang atas background gelap nih.. lgpun kan target nak dapatkan jutawan uganda pacak iklan di sini. kenalah nampak ke’uganda’an blog ni jugak! hehehe..
btw, adakah first post komen melayakkan saya menang ayam penyet itu? dan bolehkah ayam penyet itu diposkan ke kolumpo??

Dila.13´s last blog ..Guna Search Engine Dengan Berkesan
komen pertama nampaknya suruh tukar !
blogger uganda tu sebenarnya lebih berminat dengan warna cerah
apa barang main pos-pos…..email je(gambar le)
nanti turun jb saya belanja dan saya bayar
p.s: baru perasan yang font size kat komen box ni lebih kecik dari font main article! kena saya punggah magnifying glass untuk baca semula kot2 ade typo

Dila.13´s last blog ..Guna Search Engine Dengan Berkesan
jadi selama ni sangkaan saya yang saya rabun mungkin ada silapnya(nak sedapkan hati je).
terima kasih kerana bersusah payah selama ini untuk membaca tulisan-tulisan yang comel dalam blog ini
Font kat blog saya pun kecik juga.. huhu
nuaeman´s last blog ..Maksiat Viral daripada Blog
jadi macam mana nak mengatasi masalah ini wahai guruku?
erm bagi zik.. rasanya dah ok kot.. cuma kalau nak tukar apa salahnya.. untuk senang nak baca content.. isi memang dah mantap nie…
zik´s last blog ..Alternatif hentian puduraya!
ada unsur-unsur galakan supaya menukar theme dari zik ….terima kasih di atas cadangan itu
hehe.. cadangan je..
zik´s last blog ..Minggu final exam!
nak jugak tau cadangan dari para pengunjung
Aku rasa tak lama lagi Jutawan Uganda tu akan datang setelah diseru berkali-kali..
samdaddycool´s last blog ..Rahsia Farmville…
dia memang dah datang,sam…..dalam mimpi
+sam,terima kasih sudi ke sini dan menjadi pengomen +
Kat sini komen pon boleh dapat tempias..

samdaddycool´s last blog ..Tudung Terkini : Tudung Labuh Lycra (saiz L)
allow sam….apa barang dengan orang kampung nak berkira
sam,gua bukan tak mau komen kat blog lu tu…..lu pun tau gua ni bukan celik sangat pasal blogging ni
gua memang teringin nak berkomen kat situ tapi banyak sangat ‘roadblock’nya
Orang kampung?? Apa lagi.. jom gi ngeteh!
p/s- Muo kat ne bro? Gua kat Pt. Bunga je..
samdaddycool´s last blog ..Rahsia Farmville…
yupp…gua orang jati muar
dan gua pun orang parit…parit besar,jalan abdul rahman(jalan nak ke batu pahat)…nanti bila semua dah reda dan ok,insyaallah sampailah jemputan ngopi tu
nanti gua roger lu,sam
ekeleee.. dekat je.. sepelaung bak kata orang-orang jaman dulu.. nanti tunggu keadaan reda kita gi minum dulu!
samdaddycool´s last blog ..Fresco Muar terbakar
orait sam bila dah reda
Itulah bro Jo.. mungkin dah sampai masa tukar theme.. taklaa nampak mendung sangat..

nuaeman´s last blog ..Maksiat Viral daripada Blog
cikgu mat pun menggalakkan pertukaran wajah blog ni
Itulaah bro JO.. dah sampai masa untuk tukar theme baru.. tidaklah nampak terlalu mendung di blog ini.. moga dengan pertukaran theme akan menambahkan keceriaan dan menambahkan lagi rezeki.. insyaAllah..
teringat akan petua dari seseorang yang mahir dengan color therapy,warna merah hati(magenta) adalah warna yang paling sesuai menarik rezeki
hehe bro, theme bru bro ni sesuai mengikut niche yg bro bgtau dulu..so utk rezekimurah ni, aku suggest kita tukar sikit homepage nya.. utk mklumat lanjut email je bro hehe
miziology´s last blog ..Life after Becoming a Freelancer Dad
ooo…itu macam….aku setuju je pandangan tu,mizi(ko lebih mengerti dalam hal sebegini)
wah, bestnye ade ramai konsultan! huhuhu…
Dila.13´s last blog ..SEO and Blog Advertising
masa ni lah gunanya kawan dan kenalan….bertukar pendapat dan pandangan
blog bukanlah hakmilik kekalls,
salamm,
tunbegia´s last blog ..jalan leboh ampang
sorry…sebelum ni komen tersesat dalam spam.
yupp…begitulah sifat baharu,ia tidak kekal
Assalamualaikum,
barulah ‘terang mata’ memandang.Cantik dan simple juga themenya
hahaha….maaf kalau selama ini agak menyukarkan puan menatap blog ini
puan,saya ada ajukan soalan di link-link yang puan berikan tempohari
ohoho… patut la siang2 tadi ade prob nak singgah rezekimurah.. rupenye dah tukar theme! tahniah! semoga theme merah hati ni betul2 bawak ‘ong’ kat you

Dila.13´s last blog ..Pengenalan Kepada Pemasaran Artikel
ni warna memang ada ‘ong’,bukan kata saya tapi kata bijak pandai dan saya akui ada kebenarannya
wahh cantiknya theme baru nie… memang sempoi…

zik´s last blog ..Kenapa manusia berperang??
kalau begitu kata bro,legalah aku mendengarkannya
ok cantek theme ko ni.. takde la kelam cam dulu…
boss´s last blog ..Rakaman Temubual Dunia IE Bersama Boss di FuhyooFM
rupanya ramai yang ‘terseksa’ dengan theme yang dulu ye
boss,ko perasan tak commentluv ni ada masalah ? apasal dia tak amek entry yang terbaru kan ?
comment luv ni die amik latest entry dari blog pengomen pada masa pengomen itu memberi komen (bapa byk komen daa) and save dlm blog kita.. so die bukan rss yg boleh update setiap entry terbaru yg ada.
miziology´s last blog ..Snippet Theme Baru MizhaClan
ooo….itu macam
….tapi apasal commentluv ni masih amek entry yang lama walhal aku ada entry yang terbaru ? balik-balik aku tengok “rezeki ibu” je yang keluar bila aku komen…..jap aku test komen kat blog ko,mizi
yeke? bro blog aku xguna plugin ni huhu test kat blog yg lain
miziology´s last blog ..Snippet Theme Baru MizhaClan
hahaha…tapi memang commentluv ni tengah meragam
contoh bila boss komen tadi,yang keluar adalah entry yang lama.
Saya setuju! dah beberapa kali tgk commentluv ni detect previous entry walhal ade dah entry baru dipos. tapi macam dah ok balik.. pening, pening..
Dila.13´s last blog ..SEO and Blog Advertising
dah ok ke ? tapi petang masih belum ok lagi
….rasanya masih biol lagi…hahaha
cantik la theme ni bro,background merah menandakan semangat yang membara dan berapi…
cantik? terima kasih mijie
sebenarnya warna merah hati….membara dan berapi? api memang gua punya unsur,mijie
ayooo saya pun komen sebelum ini sudah hilang ka?
relax la mijie….dan terima kasih bagi tau tentang masalah ini
…sekarang lu punya komen sudah keluar
….jadilah pengomen terlampau di sini ye
kemas theme ni..congratz
Oh!Perfumes´s last blog ..Pengetahuan tentang permulaan perfume
terima kasih,toke perfumes
semakin bertambah meriah blog ni.. harap rezeki tuannya juga bertambah
mat,itu pun selepas ijad selitkan link blog ni dalam entry dia…dapatlah sikit limpahan pengunjung,sambil-sambil tu merayap ke blog orang lain
tentang rezeki tu mudah-mudahan lah
pergh..tukar rupa dah..smart juga theme ni..
khairolghani´s last blog ..Lindungi harta intelek anda
dah sampai masa kena tukar
theme baru yg sempoi tp sedap mata memandang..
bertuah badan dapat komen membina dr bro ijad..
Nadri´s last blog ..Santai di Avilion Admiral Cove
theme sempoi? terima kasih,bro
kalau ijad ada kelapangan memang dia akan meronda ke personal blog anak muridnya sambil-sambil berkomen
dan terima kasih berkelapangan memberi komen di sini
*bila nak join ssb ?…..15 may ada satu pc*
tema blog ye.
aku ingat tuan
admin berwajah baru.
Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua
memang tema blog yang berubah wajah bukan tuan blog
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes