rezeki seorang tukang kasut
memegang kata-kata seorang sifu,seorang blogger harus bertanggungjawab ke atas blognya….salah satunya kenalah rajin update blognya…..perghhh….aku kadang-kadang nak fikir tajuk entry pun dah pecah kepala apatah nak selalu update blog !…hari ni begitulah tajuk entry aku,walaupun nampak macam budak darjah 3 punya idea……..tapi percayalah ia mempunyai nilai-nilai SEO dan SERP yang tinggi !(hahaha….sebenarnya aku bantai je )
sebaik sahaja aku mengenali dunia blogging,aku bercita-cita untuk menghasilkan sebuah mesin duit berdasarkan pengalaman aku sebagai tukang kasut…..jangan gelakkan aku !….aku ada alasan kukuh untuk ini ! korang tau tak,di negara barat sana….seseorang yang ingin menjadi tukang kasut harus ada sijil kelayakan tau ! dan biaya untuk mendapatkan sijil tu bukan murah !
jadi apakah mesin duit tersebut ? begini….. aku boleh buat e-book yang bermutu tinggi….yang mana dialihbahasa sebanyak 30 bahasa utama di dunia…..dan yang pasti untuk bahasa uganda aku tak kan lupa !(market uganda memang bagus beb,aku dah kaji)……ok selain ebook “bagaimana membaiki kasut sambil memperolehi pendapatan lumayan” aku terbitkan jugak penerangan berbentuk video !
perghhh….aku dah terasa aura duit masuk dalam akaun bank/paypal aku sekarang ni !….memang mantaplah entry ni….lain macam semasa aku menaip ni…..berdebar-debar pulak rasanya !
bila sambutan terhadap e-book dan video tu dapat sambutan yang menggila dari para pelanggan…..aku mula memperkenalkan satu seminar lengkap….yelah e-book dan video tu untuk perkara asas(pengenalan)…..nak mantapkan skill baiki kasut kenalah hadiri seminar aku ni….baru teori dan pratikal jalan seiring….
seminar tu aku adakan selama 3 hari 2 malam…..dan untuk pengetahuan bakal-bakal peserta,seminar ni berlangsung secara sempoi…aku yang berceramah akan membenarkan para peserta merokok sebab aku sendiri tak tahan kalau tak merokok ! hari terakhir seminar adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh para peserta sebab……mereka akan mempratikkan sendiri ilmu yang mereka dapat sepanjang seminar …..yupp …mereka akan merasai sendiri menjadi tukang kasut di kaki lima secara bergilir-gilir !
akhir sekali macam biasa….penyampaian sijil-sijil la…..amek gambar sesama mereka….lepas tu ngeteh bersama-sama peserta…..
tiba-tiba satu suara bergema dalam diri aku : “allow joe…..yang ko berangan macam ni….nak buat ebook la….pakej video la…..seminar la…domain drcobbler tu pun tak terusik, lagi mau berangan nak buat segala macam ”
suara itu membebel lagi : ” ko tu dah terlalu lama terperuk dalam bilik ni….balik-balik ko bercakap dengan kusi,meja,gobok,kucing …..ada baiknya ko pegi ke luar jumpa manusia….ngeteh dengan member-member”
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 



Haha.. bercakap dgn gobok & gebar.. tp ape salahnye ade e-book kemahiran bertukang kasut. kalau nak alih ke bahasa inggeris, insyaAllah saya boleh tolong

Dila.13´s last blog ..WotD: Lexophile
dalam perancangan ke arah itu
sedang memilih waktu yang sesuai….ni kena lepak kat pulau baru idea senang datang
insyaallah akan menggunakan khidmat kamu
Lepak Tanjung (dekat replika durian) cukup la bro.. banyak idea masuk mencurah-curah bila dah cuci mata kat situ..

samdaddycool´s last blog ..Fresco Muar terbakar
bila dah cuci mata,’ke laut’ lah idea nak buat e-book tu,sam
ke laut.. ;D
sikit je bro… takpe..

samdaddycool´s last blog ..How to know a dropship company is scam or not?
memang ‘ke laut’ lah,sam kalau dah tengok ‘keindahan alam’ ni
idea baru tuh … mengenai tukang kasut..jarang orang buat… memang takda setakat nie…
innovative thinking
zik´s last blog ..Tips elak mabuk laut.
zik,penulisan aku dalam blog ni cuma berkisar dari apa yang aku lalui….selain dari itu memang agak kekok untuk aku menulis
tukang kasut tu salah satu dunia aku,zik
Asalnya angan-angan & impian diterap menjadi cita-cita lalu disulami dengan usaha berganda insyaallah akan berjaya & menjadi kenyataan. Bila dah kaya jangan lupa diri. Manusia sering lupa diri bila diuji dengan kesenangan. Bila dah jatuh terduduk baru ingat kembali. Bukan senang nak senang!
Ardzham´s last blog ..Komisyen pancutkanisteri.com
bro,betul tu…kenyataan datang dari angan-angan
si tukang kasut ini pun pernah jatuh bangun sepanjang kehidupan yang ditempuh,DIA bagi kita apa pun,kenalah terima dengan berlapang dada sebab dijadikanNya berpasang-pasang …sakit-sihat,susah-senang,suka-duka
*bro,nuaeman ada buat tawaran untuk menjadi agen formula anak soleh,tak nak join ke?*
belom try belom tahu bro..cube try buat..hehe, mana taw e-book tu laku…haha, eh, takde letak feedburner eh bro? senang sket nk dapat update terbaru dr blog nie
sedang dalam pertimbangan,madlut….tapi setau aku pasaran di luar tu memang ada permintaan
hahaha….nanti aku usahakan dan ko pulak aku cadangkan pasanglah plugin commentluv tu
hehe.okeyh bro..akan ku pasang..hehe
aku pun akan pasang feedburner tu
betul tu bro, tak ramai bumiputera yang niaga repair kasut ni….
banyak yg saya jumpa ialah org dari seberang
mijie´s last blog ..install perisian google talk ke komputer anda
yupp,aku bersetuju dengan kenyataan tu….dan mereka(pendatang)yang menjadi tukang kasut ni sebenarnya hanya sekadar bidan terjun sahaja(tiada skill)….nanti akan aku coretkan bagaimana pandangan orang bila aku(warga negara malaysia) melakukan kerja ni.
nanti bila ada seminar tu nak join jugak..dapat hisap rokok dlm kelas..pergh..mana mau cari tu

etomyam´s last blog ..6 Bulan Tersadai Buah Dada Besar Sangat
sungguh mau join seminar tu…nak amek nama ni…masuk list
abis yang tukang ceramah ni kuat merokok…baru rock !
rasanya domain tukangkasut.com tu masih kosong lagi..
hehe…
bleh le buat domain buat ebook nanti
bagus la ada bercita2 besar camni..tu baru permulaan
oh ye ke ? terima kasih kerana bagi tau
sekadar dalam perancangan,bro….itu je lah kemahiran yang ada
salam..
ebook, video n seminar ni main2 or sungguh2?
macam menarik je
sememangnya itu suatu perancangan yang bersungguh-sungguh cuma ia dalam peringkat kaji selidik
(walaupun mungkin caranya berseloroh)
lebih menarik kalau yang mengomen ni bakal pembeli produk tersebut dan peserta seminar yang julung-julung kalinya diadakan
bro…bleh tlg suggest ebook yg brsepah…tp kualitinya bagus(byk ilmu) ttg panduan buat e-book kt aku…
AkuLaNS´s last blog ..Uji Tahap Kewangan Anda
bro,terima kasih kerana sudi singgah di sini
alamak…aku pun tak pernah beli ebook panduan hasilkan ebook ni…pada pendapat aku lah,ada baiknya kita tulis mengikut cara/gaya kita sendiri