raya cara aku
Komen oleh Ladfe Amir,maka terhasillah entry ini.Pagi Khamis seawal 4 pagi,aku termenung depan gobok baju[almari pakaian].Baju mana hendak aku sumbatkan dalam beg pakaian-beg yang aku buat sendiri semasa aku bekerja di lot 14 dulu.Baju yang perlu aku bawa untuk dipakai sepanjang 7 hari nanti.
Kemudian aku tersengih sendirian.Macamlah depan aku ni ada segudang pakaian sampai pening untuk dipilih.Apa yang pasti dalam gobok tu cuma ada beberapa helai baju[t shirt] yang tak sampai pun 6 helai…..kahkahkah.Dengan pantas aku sumbatkan kesemuanya dalam beg.Kemaskan lap top.Sumbatkan dalam beg.
Pukul 7.30 pagi Arab[member aku] datang jemput aku untuk dihantar ke perhentian bas.Gedebak-gedebuk pukul 8.30 pagi aku pun bertolak ke Johor Bahru.Orang lain musim raya, balik kampung aku pulak belah dari kampung…..kahkahkah.
Sampai Terminal Larkin,gunting rambut.Potongan rambut,macam biasa – hampir-hampir botak.Hajat di hati nak shopping sikit.Nak cari t-shirt pagoda sehelai-dua.Sambil-sambil tu,mata ni melilau cari selipar jepun.Namun hampa,kedua-dua barangan yang dicari tiada dijual di situ.
Amek bas pergi bandar Johor.Check-in bilik penginapan.Baring-baring sekejap.On laptop,up date blog.Hampir selesai update blog,mata aku terpandang bungkusan yang ibu siapkan tadi.Bungkusan apa? Esok je aku ceritakan.Jadi entry ini mungkin dapat menjawap komen yang diberikan oleh Aimannajmy [seperti di bawah]
Ini memang rutin tahunan aku,jadi memang tiada istilah rumah terbuka untuk diri aku
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 




aku faham perasaan ko abg joe, takper semoga hari raya ni ko berbahagia dan selamat hari raya abg joe
mijie´s last blog ..Aidilfitri menjelang tiba-Selamat Hari Raya
hehehe….dah biasa buat gua,mijie
gua pun begitu jugak,selamat hari raya untuk lu sekeluarga
selamat hari raya bro..maaf zahir batin
aku ingin mengucapkan perkara yang sama jugak,madlut
keliru…
bro belah dari kampung… nak tuju ke mana?
selamat hari raya walau di mana berada
tehr´s last blog ..Semalam- Hari Ini dan Besok
keliru? itu rutin tahunan aku setiap kali raya,tehr
dan selamat hari raya untuk kamu sekeluarga:)
xbestnye raye bile kwn2 yg datang dah berkeluarga.. beranak pinak.. cakap pun sal anak jerk.. kite yg masih belum ade anak ni dgr je la.. x reti nak masuk.. huhuhu
LadyBird´s last blog ..Panduan Hidup Berpasangan
janganlah kerana isu tersebut,suasana hari raya terbantut pulak,LB
insyaallah ada lah nanti rezeki tu
err…. nape eh? penuh tanda tanya la abg joe nih…hehe
apa pun, selamat hari raya!!
sebab tu rutin tahunan saya,ejon
hmmm.. kena tunggu lama sket baru bole ajak ngeteh ni.
Selamat Hari ray bro, maaf zahir batin
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
lepas seminggu kot,gua balik muo,sam
gua pun macam tu jugak
tak feel ngeteh petang-petang … kena layan kat mamak tu juga baru tenang..

Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
dah lu yang setuju nak jumpa sebelah petang,sam
….entahlah gua ingat kena cari pot lain pulak-dah jemu lepak mamak tu.
Salam.
Saya pun teringin nak lagutu , tapi nak buat pe ye? ho ho . .
musi´s last blog ..Minal A’Idin wal-Fa’izin
salam dijawab,
hahaha….kenapa teringin nak buat macam tu,musi?
kalau aku sebab dah memang jadi rutin tahunan.
betul2 best pergi bercuti time raya. tak perlu fikir hiruk piruk rumah atok yang sarat barat dengan penghuni pelbagai usia. ‘lot’ tempat tidur dibuka sampai penuh setiap inci ruang tamu dan ruang makan. nasib baik tak ada yang perlu tidur berdiri atau tidur sambil memasak untuk jimat ruang. kiraan terakhir masa malam raya kedua (bila semua ahli keluarga dah selamat sampai rumah atok di pontian), hampir cecah 40 orang! alangkah bestnya kalau dapat menginap kat hotel waktu tu

Dila.13´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri
sebab tu belah dari kampung menjadi rutin tahunan saya setiap kali raya,dila
…kepadatan penduduk bertambah secara mendadak!kalau mesra tu lainlah jugak.
saya sendiri,ada 10 orang adik beradik[2 orang abang dah mati],belum campur anak sedara bersama pasangan mereka,belum campur cucu sedara saya lagi…..yang pasti 4 hari raya pertama memang rumah mak ni penuh sepenuhnya.
tapi saya sendiri tak pasti jumlahnya yang sebenar….kahkahkahh
namun saya perlu segera pulang sebaik jumlah penghuni rumah kembali seperti biasa sebab bimbang kucing kesayangan saya merajuk-ini pun tengah merajuk
kadang kala seronok gak bila sanak saudara ramai. maklum la, jarang2 jumpa disebabkan kesibukan tugas.
tapi betul la. tak boleh lama2..rasa semak pulak
kalau mesra tu ok lah,LA
….kalau sebaliknya adalah lebih baik,angkat kaki-macam aku buat setiap tahun….kahkahkah