niche blog

admin | mau blogging | March, 10 2010 | 19 Comments

bermula 7/12/2009 aku mula menggodek-godek  word press konon-konon nak buat blog atau lebih tepat nak setup satu niche blog…..hahaha…..memang macam tikus nak gigit besi….cuba sana tak boleh,cuba sini tak boleh…..yelah aku ni mana ada asas dalam IT ni….dari dulu beli pc atau laptop sekadar utk menonton cd movie….paling canggih pun hantar email itu pun kalau kebetulan rumah yang duduk tu ada sambungan internet dari telekom…..itu pun dial up bukan jalur lebar.

tak macam sekarang,banyak  pilihan untuk  menggunakan internet ni…..kalau dulu, nak mohon talian telefon kediaman pun kena masuk dalam senarai menunggu terlebih dahulu….berjanggut menunggu !!! suatu ketika aku pun berhasrat meninggalkan  ‘dunia pen dan kertas’  aku….antara dunia cari rezeki aku(sekadar bersara sementara waktu)

akhirnya aku diperkenalkan kepada smart blogging oleh zamir,dipendekkan cerita aku pun menghadirkan diri untuk seminar itu pada 18/10/2009…..tamat je kursus,yang pertama aku kena buat…..membaca pasal SEO,SERP,PR dan segala benda yang berkaitan …..kalau tak silap aku dalam seminar itu cuma aku sorang je tak de blog…..hahaha…..yang ada ketika itu cuma sebuah domain …kahkahkah

bila dah faham sikit-sikit,aku pun godek-godek word press tu….semangat nak buat niche blog….3 hari 3 malam aku cuba setup blog namun gagal…..mujurlah yam sudi membantu…..akhirnya terbinalah sebuah niche blog….tak silap aku mula berblogging untuk niche blog ni pada 10/12/2009……sehingga hari ini cuma 2 atau 3 hari je aku gagal untuk update blog.……malu weyy kalau ada 1 blog je tapi tak boleh nak update hari-hari….hahaha

seperti mana pesan sifu ijad….dalam masa 3 bulan adalah tempoh bertenang …..dalam tempoh ini kena buat kerja sikit agar dengan harapan google akan menghadiahkan PR pada blog kita…..hakikatnya  aku memang jauh ketinggalan berbanding teman-teman seminar yang lain…..sebab ada yang dah mula menjana pendapatan melalui niche blog masing-masing……tapi apa ada hal….masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.

dalam tempoh bertenang ni,aku sasarkan untuk dapatkan no.pin dari adsense dan kalau boleh biarlah dapat PR(setidak-tidaknya PR 1)  niche blog ni nanti(mudah-mudahan) …..jadi hari ni salah satu sasaran aku tercapai sudah….hari ni akaun adsense aku sudah mencapai 10usd !!!  kalau ikut jumlah entry(sehari satu entry) aku cuma tinggal 3 entry sahaja untuk melengkapkan tempoh bertenang ni(90 hari)

dari pengalaman aku ni…..kepada sesiapa yang berhajat mengikuti seminar smart blogging dan kurang berkeyakinan untuk setup blog aku cadangkan agar anda ikuti dulu seminar ini,yang akan berlangsung pada 3 dan 4 april ini……apa yang anda tatap sekarang adalah hasil dari seminar berkenaan…..yang mana tenaga pengajarnya terdiri dari saudara shaffik dan nuaeman.

dengan ini aku merakamkan ribuan terima kasih pada para pembimbing aku dalam dunia blogging….sifu ijad,saudara shaffik dan nuaeman serta teman-teman seperjuangan…..bro yam,bro boy,bro zamir(sekadar menyebut beberapa nama) dan tak lupa pada teman-teman yang sudi menjawab persoalan aku dalam forum tertutup  di antaranya seperti bro pcuserz,msarbin,reezluv dan ramai lagi(jangan berkecil hati pada nama-nama yang tidak disebutkan di sini).

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

19 Comments

  • At 2010.03.10 23:54, khairolghani said:

    pergh..kencang..adsense aku baru naik $0.35..nak kena belajar pasal adsense ni..buat masa ni fokus kat niche blog dulu..tahniah n keep it up..
    khairolghani´s last blog ..Alhamdulillah syukur nikmat,Malaysia maju rakyat selamat My ComLuv Profile

    • At 2010.03.11 04:20, admin said:

      hampir 3 bulan baru boleh no pin,K….merangkak tu ….bukan kencang(tapi aku syukur)….insyaallah lps ni nak tambah lagi satu niche blog :) lepas 3 bulan baru tambah…kihkihkih

    • At 2010.03.12 02:17, zymert said:

      kencang gak tu bro…sikit sikit lama lama jadi bukit la tu bro…..blh tambah ninche blog maknanya da perubahan kearah financial freedom tu bro………:)pertambahan aset tu bro…
      zymert´s last blog ..Pernahkah Anda Tahu Tentang SlideShare My ComLuv Profile

      • At 2010.03.12 02:39, admin said:

        fokus satu-satu dulu,mir….yang tambah niche tu berangan-angan je dulu…blog travel dah ok baru tambah niche lain :)

      • At 2010.03.12 16:46, Shaffik said:

        Tahniah bro. Skang sudah menampakkan sedikit hasilnya…keep it up..
        Shaffik´s last blog ..Susahnya Dapat Kerja. My ComLuv Profile

        • At 2010.03.12 17:00, admin said:

          lega lah sikit sebab antara sasaran awal sudah dapat…..tunggu update PR pulak…mudah-mudahan ada rezeki PR naik setakuk dua :)

        • At 2010.03.17 10:35, aishah said:

          banyak rupanya benda bleh buat ngn blog ni. i’ve been blogging for almost 3 years now tapi baru berjinak2 ngn adsense dan nuffnang. :(
          aishah´s last blog ..Saya, persoalan dan pernyataan My ComLuv Profile

          • At 2010.03.17 16:48, admin said:

            yupp…memang banyak peluang yang boleh dicuba dalam berblogging ni….nak tau lebih lanjut? joinlah seminar smart blogging yang bakal diadakan dalam masa terdekat ni :)

          • At 2010.03.17 19:40, Hadjie said:

            Untungnya belajar berguru. Lebih jelas dan lebih yakin. Blog buat kita sentiasa belajar. Pasal adsence dan PR saya sendiri tak tahu apa sebab sebelum ni main hentam sahaja.
            Hadjie´s last blog ..Mengisi Kole Hati Dengan Kehangatan Iman My ComLuv Profile

            • At 2010.03.18 00:37, admin said:

              berguru itu perlu di samping mempratikkan apa yang diajar….sesiapa pun bermula dengan tak tau tapi kena ambil tau supaya baru tau :)

            • At 2010.03.20 01:04, boss said:

              biasa la tu.. semua mula dari bawah.. bukannya beranak2 terus dah tahu.. yang penting minat mesti mau ada.. takde minat paksa2 pun tak jalan..

              semoga berjaya bro dalam dunia blogging..
              boss´s last blog ..Ka Ching! USD$200 sudah masuk dalam PayPal My ComLuv Profile

              • At 2010.03.20 03:36, admin said:

                boss,apapun aku ucapkan tahniah di atas perkembangan ko sekarang :) dan terima kasih singgah blog merapu aku ni….kahkahkah

              • At 2010.03.31 18:40, Tetamu si pencari rezeki said:

                Belajar berguru lebih efektif berbanding belajar sendiri. Bila berguru, kita diajar mengaplikasikan teknik yang betul…tidak seperti belajar sendiri yang disifatkan “ikut redah” aja. Namun, tidak dinafikan “ikut redah” juga mengajar kita melalui sendiri pengalaman lalu membandingbeza mana di antara teknik-teknik ciptaan sendiri yang lebih berkesan. Bayangkan bagaimana 2 orang hamba Allah yang masing2 diberi dayung untuk berkayak. Seorang memang mahir kerana mempelajari teknik2 asas berkayak manakala seorang lagi tiada asas langsung. Agak2 siapa yang menang kalau bertanding? Kalau yang tiada asas tadi ditakdirkan menang, itu kira tuah…samalah nasibnya dengan kita yang kebetulan dapat mempraktikkan sesuatu tanpa berguru. Namun harus diingat, tuah tak hadir selalu. Renung-renungkan pantun ini, “Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki…Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi”
                Tetamu si pencari rezeki´s last blog ..Karya Catan: Pameran Lantera Seni 2010 My ComLuv Profile

                • At 2010.03.31 19:43, admin said:

                  guru sekadar pembimbing….langkah seterusnya terserah pada yang dibimbing(pelajar)….bagaimana mau mengolah bimbingan yang diterima…..samada sekadar menunggu peluang datang kepadanya atau merebut peluang yang ada di depan mata tapi yang terbaik sentiasa mencipta peluang buat dirinya……dah lama tak dengar pantun tu :)

                • At 2010.05.25 14:25, samdaddycool said:

                  saja singgah kat entry yang belum pernah baca.. Gua tak tipu bro, serius lu nyer blog gua syok nak layan..
                  samdaddycool´s last blog ..Bed Time Bath Tips from JOHNSON’S® My ComLuv Profile

                  • At 2010.05.25 16:28, admin said:

                    hahaha….kalau ada masa dan berminat,bacalah sam…..dan terima kasih kerana sudi membacanya :)

                  • At 2010.12.12 22:21, Ali ridha said:

                    satu kerugian.
                    jika ada komputer/
                    laptop.tapi tak guna
                    untuk
                    Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

                    • At 2010.12.12 22:22, Ali ridha said:

                      sungguh ruji.beli
                      pada harga beribu.
                      hanya main permainan komputer sahaja.
                      Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

                      • At 2010.12.12 22:22, Ali ridha said:

                        manfaat kan komputer yang ada.
                        Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua My ComLuv Profile

                        (Required)
                        (Required, will not be published)

                        CommentLuv Enabled
                        © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                        Design by: Yoshz Themes