mood malas
Aku rasa hari ni adalah hari terakhir percutian bagi mereka yang bercuti panjang.Esok masing-masing akan memulakan rutin harian seperti biasa.Aku masih lagi dalam mood kemalasan.Diharapkan mood malas itu akan berakhir hari ini,esok mudah-mudahan akan muncul mood rajin.
Ketika aku sedang bermalas-malas,sempatlah jugak aku belek-belek akaun nuffnang aku.Ermmm….trafik memang menjunam beberapa hari sebelum raya.Semasa hari raya apatah lagi! Senang cerita sepanjang seminggu raya memang trafik blog aku begitu menyedihkan.
Selepas seminggu raya,trafik macam naik bukit turun bukit – begitu jugaklah mood untuk berblogging.Bila trafik jadi macam ni maka secara tak langsung pendapatan nuffnang[BE] pun turut merosot.Dalam pada itu 2 BE sudah jadi ME,yang mana kedua-dua hasil dari BE kurang memberangsangkan[dalam bulatan merah].Diharap 1 BE yang baru melekat ni boleh kaut lebih sikit nanti di samping BE yang sedia ada ni terus meningkat hasilnya.
Bila 2 BE dari Digi tu bertukar menjadi ME maka nuffnang bermurah hati memberikan BE yang baru.TERIMA KASIH NUFFNANG.
STB GPSS adalah BE yang terbaru aku dapat.Moga BE yang ada sekarang ni boleh membantu aku mencapai sasaran berikutnya iatu jumlah rm150 dengan lebih cepat.
Sebenarnya sasaran aku untuk menghasilkan rm100 pertama melalui nuffnang sudah tercapai.Selepas ini aku mensasarkan tambahan rm50 untuk jangka masa sebulan iaitu bermula pada bulan Oktober nanti.
Di sini aku ingin berkongsi satu tips yang agak lawak bunyinya namun sangat berkesan.Kenapa aku kerap buat ss pendapatan nuffnang ini? Pada pendapat peribadi aku semakin kerap aku melihat ss pendapatan nuffnang ni semakin cepat sasaran aku tercapai.
Macam sekarang,aku bukan melihat pada jumlah rm115.93 tu tetapi aku melihat jumlah yang aku idamkan dalam jangkamasa pendek iaitu rm 150
.Bila aku membayangkan rm150 tu,secara tak langsung aku sudah memberi arahan pada minda separa sedar aku supaya “mendapatkan” jumlah yang aku inginkan.Proses ini dipanggil LOA.Kalau ingin tahu lebih lanjut pasal LOA sila lah bertanya dengan pak cik GOOGLE….kehkehkeh.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 






aku nyer baru je dapat BE, harapnya ia melekat lama skit untuk blog aku tu
mijie´s last blog ..MyMydin Bandar Enstek
melekat dan lebat hasilnya,mijie
…ada beberapa BE gua sebelum ini amat sedih hasilnya,macam tak berbaloi je dapat BE…hahaha
itula, skrg ni BE pun dah cecah rm8, ok la kot untuk satu BE dan ada satu lagi BE yg tu hanya dapat 22sen, sgt sedih,huhuhu
mijie´s last blog ..MyMydin Bandar Enstek
macam senasib je tang BE yang cuma sen-sen tu:)….yang sedih tu terus je jadi ME dengan hasil cuma berapa sen tu[bukan tak bersyukur cuma sedang memahamkan perjalanan sesuatu BE itu]
itula pasal abg joe, skrg malas nak kaji lagi tapi apa yg aku dpt lihat ialah trafik yg masuk, sebab yg tu untuk blog lain
blog personal masih lagi ok
mijie´s last blog ..Dapat pendrive kingston 4gb dan kad hari raya
kalau dapat dikaji bagus jugak tu,mijie
….maksudnya,lu guna dua blog untuk kempen nuffnang ni?.
malas camne tu?hahaha
malas yang dimaksudkan di sini dah sampai tahap memaksa diri bukan atas sukarela,CD
….terutama nak buat blogwalking tu….kahkahkah
salam bro..huhu..menjunam terus trafik 2!! 2 la,semalam aku ade bace entry mana ntah,ramai blogger yang dapat trafik rendah..aku lagi la..hampeh!!..xpe..relaks suda..tingkatkan usaha..hehe
zaer´s last blog ..Trafik jammed Nuffnang menjelang raya
salam dijawab,
tu lah kadang -kadang serba salah dibuatnya,malas tu memang ada tapi bila ada BE yang sedang melekat tu digagahkan/dipaksakan jugak untuk blogwalking ni,zaer
kira ok la tu ada juga BE..aku ni punya la lama tunggu BE,sekali lepas raya terus ada dua BE..rezeki raya dan rezeki anak..hehe
khairolghani´s last blog ..enjoy the sleepless nite
tu dah petanda baik,kay
….lepas ni akan silih bergantilah BE tu selagi trafik blog tu mendapat perhatian pihak nuffnang[salah satu faktor-aku rasalah]
woh.. tahniah!
icaziesyira´s last blog ..The Summit Hotel SubangUSJ Malaysia Hotel
terima kasih,ica
sejak bulan may hingga kini income dari nuffnang abg memang teruk walaupun traffik kira ok. BE macam taknak muncul. mungkin inilah balasan nuff kepada abg kerana berubah hati seketika kepada cik iniity…
ardzham´s last blog ..Catatan Aidil Fitri
masih belum diemailkan pertanyaan pada nuffnang ke,bang?
….rugi tu ,trafik blog abang tu mantap!
memang ada seketika dulu,blogger-blogger yang dah lama layan nuffnang mengeluh tak dapat-dapat BE,bang
….sekarang sudah kembali seperti biasa.
status gliterati memang dah dapat balik tapi BE tak muncul-muncul, entah apa yang tak kena pun tak taulah. nasib baik ada side income dari cabang lain.
ardzham´s last blog ..Catatan Aidil Fitri
pun boleh diajukan pada pihak nuffnang melalui email,bang
abang,kalau ada orang nak parking slot iklan kat blog dah boleh senyum untuk bulan tu
kalau takde, belasah letak iklan affiliate. hehehe
ardzham´s last blog ..Dagon Design Sitemap Generator
yang ini pun salah satu penyumbang pada blog abang kan?
….janji masyuk!
Ini otai… memang masyuk kalau affiliate banner sudah pacak kat situ …

Samdaddycool´s last blog ..Bisnis di rumah – RM200 untuk komen terhangat!
tengok lah pulak trafik blognya,sam
…memang sesuai layan affiliate tu
hahahaha..LOA eh..memang berkesan kan .
LOA dengan izinNYA memang boleh membantu memudahkan urusan kehidupan kita,ejon
….tapi agak getir nak dapatkan tune nya itu.
hehe mula2 je rasa malas ni..lame2 kang bila da xtaw buat pe,datang la rajin tu ekeke anyway cngratz dapat BE

afiqbukhari´s last blog ..Mengantukla drive kereta time cuaca panas
tu lah bila dah lama bercuti ni memang ada liat nak mula semula,afiq
Salam…
Tahniah dapat BE….
Aku pun pernah buat target macam tu dulu tapi bila sampai 1 tahap malas mcm skrg….merudum-rudum trafik jatuh…dah jadi bosan pulak…
iza´s last blog ..Seorang Lagi Blogger Telah Ke Rahmatullah
salam dijawab,
itu yang disebut orang,mencapai itu agak mudah berbanding ingin mengekalkannya,iza
trafik ni seelok-eloknya biar menten je,tak usah di up sampai mencanak-canak kemudian tiba-tiba jatuh merundum
*raya itu hari bukan tak blogwalking tapi apa kan daya orang lain sibuk beraya….kahkahkah*
Dah tau dah…..
Selalunya sabtu dan ahad pun org kurang jgk sbb ada yg keluar bersama keluarga/ shopping…..
iza´s last blog ..Seorang Lagi Blogger Telah Ke Rahmatullah
bab yang tu,kena cam kan segolongan blogger yang suka menghabiskan masa,depan pc semasa hujung minggu,iza
….oleh itu trafik masih boleh dimentenkan.
Mamgn jatuh traffic time raya, Tapi traffic bro ni boleh tahan juga ni… Tahniah yer dapat BE.. Nuff saya tu baru ditari status gliterattinya.. entah sebab apa…
Steward John´s last blog ..MRajoli passed away
time raya tu bukan tak buat blogwalking,jerry
…tapi member-member lain sibuk beraya akhirnya aku sorang-sorang je merayau-rayau ke sana-sini….kahkahkah
jangan tunggu lama-lama,jerry….terus je email pada nuffnang bertanyakan akan hal tersebut
*cuba semak dalam entry ada tak link-link pesaing nuffnang tu,kebiasaannya dari sumber-sumber berita*
*ada kes yang pernah berlaku macam ni*
Dah buang semua yang patut.. dah dibagi balik statusnya tu.. masalahnya salah satu blog yang gunakan untuk iklankan nuffnang tak ada visitor.. dah lama blog tu tak update.. hehe
Steward John´s last blog ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
oleh itu blog yang tak de visitor tu jangan diletakkan iklan nuffnang tu,jerry
kakyong dr bukan Jun hari tu.. baru nak cecah rm90… ntah bila la nak sampai ratus2.. tunggu hjg tahun kot…
kakyong´s last blog ..Sweet & Cute Baby Exploration Time Contest by Mamalieyna
cuba dapatkan BE[kalau belum dapatlah],sebab kalau ada BE ni laju sikit duitnya,KY
Tahniah..rezeki

kenapa ye, tak dapat komen di shoutbox.ada problem or browser saya?
fina´s last blog ..ALWAYS KEEP THE FAITH
kalau sekitar waktu tu,memang ada gangguan,F
…saya sendiri mengalami masalah tersebut-baru nak bersemangat blogwalking
wahhh.. ini baru betul LOA ni! nak seribu daya. bukan dengan usaha aje.. fikiran pun kena fokus ke arah tu biar segala perbuatan dapat di’channel’kan ke sana juga. congrats, bro Johari

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
pernah dengar ungkapan ini “andai manusia boleh menggunakan 10% kemampuan minda separa sedarnya,ianya sudah cukup menghasilkan sesuatu yang luar biasa”
sebenarnya minda separa sedar ni amat setia dan jujur serta lurus bendul,oleh itu arahan kepadanya biar jelas dan jangan mengelirukan,dila
*ketepatan memberi arahan adalah penting!*
okeh.. saya rasa minda sedar saya ni pun kena lebih jelas sebab kadang-kadang saya sendiri kurang paham apa yang saya mahu. cerita benar ni, bukan rekaan. hehe..
Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
antara kesilapan yang sering dilakukan[kabur dengan hajat sendiri]
contoh paling mudah begini,pelayan kedai tanya minuman yang ingin dipesan,selagi pesanan itu tidak ditentukan oleh kita selagi itulah minuman tak kan sampai di meja kita
atau sering mengubah pesanan,sekejap air milo,sekejap lagi air teh,sekejap lagi air kopi maka hasilnya tiada minuman akan sampai ke meja kita
setiap hajat hendaklah dibuat satu persatu dengan jelas,dila
rasanya untuk buat hajat tu, kita kena pasti apa yang kita nak dulu kan, Bro Johari. InsyaAllah saya akan highlight satu per satu hajat saya untuk cuba dapatkan. sekarang terlampau banyak perancangan sampai keutamaan tak dapat nak dibuat kot

Dila.13´s last blog ..WangCyber Kena Serang!
setelah hajat pertama tercapai baru buat hajat kedua,begitulah seterusnya,dila
…ini untuk kefahaman yang mudah.
tapi kalau dah bijak/biasa guna “muslihat” dalam memberi arahan kepada minda separa sedar,ia berbeza seperti di atas.
namun untuk membina keyakinan dalam proses ini,elokah dibuat satu persatu
tahniah la bro…blogging scara suke2 dah lame gak tapi baru je serius nak join nuffnang this week..hehehe

ader ape2 tips tak….
feez´s last blog ..Marhaban @ Johor
better late than never,feez
secara ringkas untuk blog harus cepat loadingnya,rajin update,trafik dalam jumlah tertentu harus dikekalkan sepanjang masa[biar sikit tapi menten].
dalam akuan nuffnang itu sendiri perlu digodek-godek dan rajin-rajin membaca tips dari penggiat nuffnang yang telah lama berkecimpung.
boleh jugak bertanyakan terus pada nuffnang melalui email andai ada sebarang pertanyaan
*aku pun terlalu baru dalam blogging dan nuffnang ni
*
law of attraction … samalah jatuh menjunam…hehe tapi biasalah tuh..nanti nie dah naik semua orang kerja nie… mood tuh bakal naik gak bersama trafficnya… huhu
zik´s last blog ..Api kiub illusi- zik the magician code
LOA memang best!,zik
time raya blogger sibuk berkunjung ke rumah terbuka,dunia blog diabaikan seketika.
kini bila cuti raya sudah berlalu,dunia blogging mula kembali sibuk
trafik blog musim raya semua turun le lebuh raya dan jalan raya
hehehe
LOA tu… benarkah macam tu?
tehr´s last blog ..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Ketiga
dunia blogging sepi seketika bila raya menjelma,tehr
LOA memang membantu kehidupan seharian kita,menggunakan minda separa sedar akan menghasilkan keputusan yang cukup memberangsangkan
LOA itu sendiri sebenarnya dicedok dari Al-Quran lalu diperjenamakan semula oleh bijak pandai barat.
time raya,orang sibuk beraya. memangla trafik menjunam
Masa DAH Time´s last blog ..Puting Beliung melanda Amerika
ya betul tu,MDT
kalau buat blogwalking pun belum tentu ada kunjungan balas
Bilalah aku nak cek trafil blog aku ni…
Sampai skrg belum tercheck2 lg…
aktechpage.com´s last blog ..Duit Raya Daripada HazmanFadzilcom
hahaha….suasana kerja yang baru ni seperti kerja lama yang begitu sibuk ke,mal?
ambillah masa belek-belek prestasi blog kita mal-ianya suatu kepuasan !
Kerja baru ni lebih sibuk dan lebih memeningkan la Abg Joe…
tp biasa la, mula2 masuk tmpt baru ni byk yg perlu study krn ICT ni lain tempat, lain caranya…
Insya Allah, offday hujung2 minggu nnt akan cek trafik blog…
aktechpage.com´s last blog ..Duit Raya Daripada HazmanFadzilcom
apa pun yang penting hasrat ko untuk menjawat jawatan idaman tu tercapai,mal
…..kerja memang begitulah keadaannya.
pilihlah suatu waktu untuk ko nikmati akan kepuasannya setelah berblogging
Wah dah bayak tu.. dah tak dapat BE baru.. asyik yang lama je.. Blog tu jarang dapat macam2 jenis BE…
p/s – bila free gi ngeteh jom! calling2 ek, skg dahabis niaga kat Parit Sulong.
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
banyak? belum lagilah,sam
BE yang baru tak dapat tak pe asalkan BE yang lama tu terus menyumbang pendapatan.
blog tu? lu maksudkan blog tudung ke,sam ?
*gua cuma tunggu lu call je*
dah selesai sessi pertama ngeteh Syawal.. nanti malam plak kita ngeteh.. baru syok layan roti naan.
Samdaddycool´s last blog ..Selamat Hari Raya & seribu kemaafan ku pohon
nanti kalau ada kelapangan bolehlah,sam
saya tak berapa paham jugak tentang BE & ME ni. tengah belajar jugak memahaminya.
AzketOm´s last blog ..EKSPEDISI RAYA
yang penting semangat nak belajar tu,AO
yang pasti semua orang bermula dengan tak tahu tetapi yang penting ada rasa ingin tahu akan sesuatu itu
Sama macam saya..2,3 minggu ni penuh dengan mood kemalasan..Tapi alhamdulillah la sebab nuffnang masih bagi BE baru even traffic blog jatuh:)
Semoga cepat dtg mood rajin bro yer:)
farah´s last blog ..TutorialCara Mudah Download Video Dari Youtube
blogging ni kalau dah mula bercuti,nak mula memang ada liat sikit,F
memang bertuah tu dapat BE walaupun trafik blog merosot
mintak-mintak macam tu lah,F
….apa nak jadi kalau malas-malas ni.
Bilah aku dapat merasa dpt BE ni.. hehe
Azuan´s last blog ..Datuk Sosilawati Lawiya Hilang Mati Dibunuh
aku rasa blog bro tu kalau dah mula dapat BE tentu senang-senang je nak gasak duit nuffnang tu
emm, x tau lah bro.. kalau ada rezeki, masin lah mulut bro ni..

Azuan´s last blog ..Drama Chinta Slot Akasia TV3
mudah-mudahan begitulah,azuan
Windows ME aku tau la…BE tu kalau tak salah buffered earnings tapi hapah aku tak tahu apa ke bendanya,,
adamfaiz´s last blog ..Molly Norris Tukar Identiti Takut Dibunuh
hahaha….yang BE tu betullah,adam
….ME-metered earning.
aku pun bukan tau sangat,yang aku tau tunggu BE je
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes