hari pertama julai

admin | mau blogging | July, 01 2010 | 38 Comments

Macam biasalah kalau masuk je bulan baru,blog ni pasti rezekinya murah.Apa sebab ? Mungkin yang dah biasa masuk blog ni sudah tahu apa yang aku maksudkan.Apa lagi kalau bukan anugerah pengomen terbanyak ! Anugerah ni bukanlah dapat sebarang piala.Tapi ada satu keistimewaannya yang tersendiri ! Keistimewaan yang diberi oleh pemilik blog rajin update.

Bro etomyam pemilik blog tersebut dengan bermurah hati telah menyediakan 3 tempat beriklan secara percuma selama sebulan.TERIMA KASIH ! Ya,aku ucapkan terima kasih pada beliau.Dan pada sesiapa yang berhajat untuk merasai pengiklanan secara percuma bolehlah rajin-rajin komen di situ.Kalau ada duit dan mementingkan pemasaran blog korang,bolehlah beriklan secara berbayar ! Silalah jengok-jengok blog beliau.

Sesuatu yang menarik tentang 3 pemenang kali ini adalah kesemuanya adalah peserta Seminar Smart Blogging yang diterajui oleh Sifu Ijad.Pemenang kali ini adalah bro Mijie dan bro Hafizmd menduduki tempat ketiga.

Itu cerita pengomen-pengomen di blog bro etomyam.Apa pulak cerita di blog aku ni ? Blog aku masih belum menganjurkan sebarang anugerah untuk pengomennya.Tapi jangan leka untuk berkomen ! Aku pun ada rancangan ni !

Dan untuk komen terkumpul yang terbanyak sekarang adalah dari Dila13[seorang penulis bebas],diikuti rapat oleh Samdaddycool[sedang bertapa - tu pasal dah lama tak berkomen di sini] dan pengomen seterusnya adalah Mijie[di antara member yang sudi membantu aku dalam dunia blogging ni].

Jadi apa tunggu lagi ! Jom komen di sini,mana tau ada sesuatu yang lumayan sedang menanti untuk dimenangi…hehehe

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

38 Comments

  • At 2010.07.01 19:42, Botak said:

    kalau menang nanti dapat pe?
    sebijik pagani zonda ke?
    kehkehkehkeh… :D
    Botak´s last blog ..KHAS UNTUK MEREKA YANG BERGELAR PEREMPUAN My ComLuv Profile

    • At 2010.07.01 20:03, admin said:

      kehkehkeh…sebenarnya aku pun tengah fikir-fikirkannya,botak :)

      *pz? aku sendiri turun-naik bas…kahkahkah*

    • At 2010.07.01 23:40, wanita mustanir said:

      Salam, blogwalking here..

      Ada jugak ke pertandingan kat rezekimurah? =)
      wanita mustanir´s last blog ..PALESTINE- Bumi Israk Mikraj yang TERNODA -amp Judi Bola Sepak My ComLuv Profile

      • At 2010.07.02 00:29, admin said:

        insyaallah akan dianjurkan :) …perlukan sedikit masa untuk merancangnya.

        terima kasih kerana sudi singgah di sini :)

      • At 2010.07.02 00:02, ardzham said:

        Tahniah menang bulan ni, wajar pun sebab full time blogger, macam abang ni tak cukup masa nak buat semua tu. Sibuk dengan kerja dan projek luar, kena pulak kerja tak berkaitan dengan internet, kalau kerja kat opis ada peluang jugak nak online…
        ardzham´s last blog ..Hujan di awal pagi My ComLuv Profile

        • At 2010.07.02 00:34, admin said:

          hahaha….mana ada full time,bang :) …lebih-lebih pun 4 jam depan laptop ni,selebihnya untuk urusan lain.

          moga selepas ini abang dipermudahkan untuk berblogging :)

        • At 2010.07.02 00:04, etomyam said:

          wah..TQ dapat backlink percuma kat sini..nak kena kencang jugak ni baru no 9 nih :D
          etomyam´s last blog ..Tutorial- Floating Social Bookmark Gaya Mashable My ComLuv Profile

          • At 2010.07.02 00:39, admin said:

            give and take,bro :) …orang berbudi kita berbahasa,itu je lah dapat dilakukan buat masa ni.

            hahaha…kalau ada kelapangan tu sudi-sudikanlah berkomen di sini tapi bro memang steady ! :)

          • At 2010.07.02 00:37, zik said:

            wah bro… tahniah.. dapat banner percuma lagi..zik dah tak boleh challenge semua … semua semakin bersemangat… :-)
            zik´s last blog ..Post schedule sudah habis My ComLuv Profile

            • At 2010.07.02 00:50, admin said:

              terima kasih,zik :) …memang begitulah keadaannya-meriah blog bro etomyam tu,terutama jam-jam terakhir nak bertukar tarikh ! rasa kelakar pun ada sebab nak saling memintas di saat akhir…hahaha

            • At 2010.07.02 00:47, TSPR said:

              Sempat ke saya kejar ‘pengomen’ yg lain? Mereka yg lain dh mengungguli carta ‘komen terbanyak’ sedangkan sy masih berada di anak tangga paling bawah…ngee

              • At 2010.07.02 01:29, admin said:

                TSPR,hendak seribu daya…hahaha,apapun jangan sehingga memaksa jari tu :)

              • At 2010.07.02 00:55, suaidah said:

                wahhhh! tahniah2. emmm melihat kepada mereka yg komen. alamat entah bila nk tersenarai. hahaa :D
                suaidah´s last blog ..Management -amp Science University MSU- Shah Alam Aku Nak Baju Cotton Merah My ComLuv Profile

                • At 2010.07.02 01:31, admin said:

                  maka bermulalah hari ini untuk menempatkan diri dalam senarai yang bertuah nanti :)

                  terima kasih berkunjung ke sini :)

                • At 2010.07.02 01:23, Samdaddycool said:

                  kikiki.. tersedak siot kena sebut.. memang bertapa, tapi bukan dalam gua..

                  p/s- Tengah mengungkai misteri bro.. :P
                  Samdaddycool´s last blog ..SMS minta maaf tak semuanya terjawab My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.02 01:33, admin said:

                    hahaha…memang lama betul lu bertapa,sam :) …kesaktian tahap berapa lu amek ni ? :)

                    jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…kahkahkah

                • At 2010.07.02 13:08, mijie said:

                  terima kasih bro, aku pun dalam perancangan juga, mungkin akan ditukar kepada top comment untuk setiap bulan di blog aku tu, apa2 pun tunggu dan lihat…dan kejutan pasti akan ada
                  mijie´s last blog ..Sekadar renungan untuk rakan-rakan My ComLuv Profile

                  • At 2010.07.02 14:55, admin said:

                    sama-sama mijie :)

                    apalah agaknya kejutan itu ye !

                  • At 2010.07.02 17:29, madlut said:

                    nak komen jugaklah..hahaha..

                    • At 2010.07.02 17:40, admin said:

                      hahaha…dipersilakan,madlut :)

                    • At 2010.07.04 22:55, hafizarshad said:

                      sama pulak nama diatas tu…lepas ni nak cari hafiz clan la..bukan la nak racist or ape..tapi macam seronok lak…hee…tak pe ke??
                      hafizarshad´s last blog ..The truth time all about me- My ComLuv Profile

                      • At 2010.07.05 12:08, admin said:

                        kebetulan sungguh kan,hafiz….tapi kalau nak jumpa nama yang sama,dalam seminar smart blogging ada beberapa orang lagi yang namanya hafiz :)

                      • At 2010.07.05 11:08, nuaeman said:

                        Wah.. tahniah.. kat sini taknak bagi hadiah ke..? hadiah sempena kehadiran bulan Ramadhan ke.. :)
                        nuaeman´s last blog ..Dari Mersing ke Madinah… 1 My ComLuv Profile

                        • At 2010.07.05 12:09, admin said:

                          terima kasih di atas ucapan tahniah tu,mat….masih dalam perancangan lagi :)

                        • At 2010.07.05 13:19, botak said:

                          nama aku sikit lagi nak dpt top3..tp jauh sgt la bro dgn bro mijie tu..haha mcm x de harapan je
                          botak´s last blog ..1st half-gt2nd half- no BREAK- My ComLuv Profile

                          • At 2010.07.05 16:02, admin said:

                            selagi belum diumumkan pemenang selagi tu lah ada peluang untuk menang,botak :)

                          • At 2010.07.05 23:03, adamfaiz said:

                            Baik sungguh hati blogger etomyam…
                            adamfaiz´s last blog ..Pasang Reply To Comment Di Blogspot My ComLuv Profile

                            • At 2010.07.05 23:46, admin said:

                              beliau memang steady :) …kerjasama di antara blogger,adam.

                            • At 2010.07.07 11:19, Dila.13 said:

                              ahaha.. tak bley tahan.. last paragraph tu macam komentar sukan MotoGP (kesian Rossi tak dapat race dah musim ni). btw, thanks kepada Bro Johari sebab sudi mention saya sebagai penulis bebas.. memang bebas menulis pun. hehe.. ape2 pun congrats sebab ada blog yang ada magnetic power rangers! :)
                              Dila.13´s last blog ..Atasi Tabiat Berlengah-Lengah Untuk Freelance Writer My ComLuv Profile

                              • At 2010.07.07 12:06, admin said:

                                hahaha….ye ke?sebenar dah terlampau lama tak tengok TV,dila :) …dan terima kasih pada kamu jugak sebab sudi singgah di sini dan meninggalkan komen.

                                *sekadar blog biasa-tempat saya merapu ! :) *

                              • At 2010.07.13 10:59, hafizmd said:

                                yes..dapat jugak akhirnya aku bukak blog ni..:D
                                hafizmd´s last blog ..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

                                • At 2010.07.13 12:45, admin said:

                                  maaf sebelum ni terdapat sedikit gangguan dari virus,hafiz :(

                                • At 2010.07.13 11:05, hafizmd said:

                                  isk..aku rase komen kat atas tuh kat entri lain..pasai apa kuar kat sini pulak..konpius aku..hoho..komen jgn tak komen :D
                                  hafizmd´s last blog ..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

                                  • At 2010.07.13 12:46, admin said:

                                    no hal lah,hafizmd :)

                                  (Required)
                                  (Required, will not be published)

                                  CommentLuv Enabled
                                  © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                  Design by: Yoshz Themes