dulu dan sekarang
Entry kali ini,aku mahu mengimbau kenangan aku bersama telefon bimbit.1997/1998,aku dah kena wabak telefon bimbit ni.Model pertama yang aku guna adalah Motorola 8200.Ketika itu model telefon bimbit dibahagi kepada beberapa kelompok bergantung pada line yang digunakan.
Untuk model analog,linenya 010/018.Model analog tidak perlu menggunakan SIM card.Model GSM pula,linenya 019[kemudian baru ada 012] .Model ini memerlukan SIM card,dulu SIM card bukan jenis plugin[setelah itu baru diperkenalkan],SIM card dulu jenis kepingan kad yang diselitkan dalam telefon bimbit [cukup bayangkan macam ni,sekarang SIM card perlu dipatahkan/dikeluarkan dari kad besar tu.Dulu sekeping kad besar tu diselitkan dalam telefon]
Lagi satu model PCN,linenya 013/017.Di antara line-line tersebut,line GSM[model GSM] yang paling popular.Walaupun aku menggunakan model GSM[Motorola 8200],aku tetap membeli sebuah model analog[model Motorola] menggunakan line 010.Model analog ni aku jadikan hiburan di sebelah malam.Mendengar perbualan orang lain[kehkehkeh] macam dengar radio ! Caranya ? Dengan menekan beberapa button tertentu di atas keypad telefon bimbit.
Jenama Motorola ketika itu cukup gah.Aku sendiri kerap menukar telefon bimbit bila ada model terbaru keluar.Dalam banyak-banyak model Motorola siri 8,aku paling suka dengan model Motorola 8700[skrin lebar]
Saingan Motorola ketika itu adalah Ericsson.Kemudian muncul jenama Nokia yang memberi saingan cukup sengit dalam pasaran telefon bimbit di Malaysia .Model Motorola yang paling hangat di pasaran yang aku pernah beli adalah model Startac versi pertama.Manakala model terhangat dari Ericsson yang pernah aku beli adalah T 28[telefon bimbit paling ringan dan ternipis ketika itu]
Nokia memberi nafas baru dalam dunia telefon bimbit ketika itu bila memperkenalkan model build in antena.Mulai dari situ selera aku berubah kepada Nokia sehingga sekarang.[Pada aku Nokia Pisang adalah model paling unik !]
Apapun sepanjang aku guna telefon bimbit pelbagai model,yang masih tersimpan sehingga kini adalah telefon bimbit seperti gambar di atas. Aku cukup sayang akan telefon bimbit ini[ATUR - line 011] sebab cukup sesuai dengan kegiatan aku sewaktu dulu yang gemar masuk hutan dan melepak di pulau !
Kini aku aku sedang dirasuk oleh makhluk hitam ! Ehhh ! Apasal aku macam kekok je tulis entry ni ![kahkahkah]
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Subscribe: 


hahaha aku memang nak salute ngan ko la joe, cara ko tulis tu memang seorang pakar IT, kalau dalam bahasa komputer orang panggil ko tu “geek”
serius aku tak mampu tulis artikel hebat sebegini
mijie´s last blog ..Keterujaan memiliki HTC Desire Z dari maxis10
hahaha….gua main bedal tulis je,berdasarkan apa yang pernah gua lalui sebelum ini
perghh ganas sungguh entry ni. memang penuh dengan fakta dan info. memang geek!
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
segalanya kerana sebuah kedai kecil membaiki telefon yang terletak berhampiran dengan kelab umno lama[tapak Mulok berniaga otak-otak],gua selalu lepak kat kedai ni.
kedai ni diusahakan oleh bekas despatch-despatch[penghantar cepat]kepada kedai-kedai telefon yang besar
kedai bumiputera yang pertama terlibat dalam membaikpulih telefon bimbit.
dari kedai inilah muncul kedai telefon bimbit bumiputera yang besar terletak di jalan ipoh dikenali sebagai Al- Tawun
pemilik Al- Tawun banyak meminta nasihat dari despatch-despatch ni.
jangan pandang rendah despatch!
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
despatch tu betul-betul timba pengalaman semasa bekerja di kedai telefon
tu bukan sebarang despatch. hehe.
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
segalanya kerana minat,RB
…kebetulan ketika itu telefon bimbit mula menjadi barangan keperluan ramai,despatch tersebut mengambil peluang tersebut.
juga harus belajar utk mengetahui selok belok hp ni. bukan sekadar minat saja. pinta sungguh despatch tu.
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
selok-belok tu dah pasti,RB
kalau tidak macam mana nak beri cadangan kepada pembeli[andai pelanggan minta pendapat/nasihat]
tapi despatch tersebut menumpukan pada baikpulih telefon bimbit.
betul tu miji, Jo siap ingat semua model dan jenis lagi hahah

memang tebaik la JO
dnoBiz´s last blog ..Budak Terlampau – Pandangan di Kaki Lima 2
aku sekadar ingat model tertentu je,dB
….selebihnya aku kenal/ingat dengan panggilan manja je.
aku dah lupa semua model yg pernah pakai. hehe
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
yelah benda dah bertahun,mana mungkin kita boleh ingat
yekan. dh berapa kali tukar ganti. pantang tgk ada yg baru, tukar.

RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
dulu aku kalau nak tukar model telefon mujur dapat pembeli,jadi tak de lah terpaksa menanggung kerugian yang besar
kalau tolak kat kedai walaupun trade in,harganya memang tak masuk dek akal- murah gila !
wah. baguslah tu. kalau trend-in kt kedai x berbaloi2. murah yg amat dorg ambik.
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
kalau dapat pembeli memang cukup melegakan aku dan selalunya aku bernasib baik !
sekarang guna makhluk hitam..hehe.. memang betul2 revolusi nieh..hehe
zik´s last blog ..Khusyuk solat oleh ustaz harun din
hijrah itu perlu,zik
nak jugak bertukar… tapi nanti dululah.. kasi stabil… cukup nak bayar keperluan ..bulan2 dulu…
zik´s last blog ..Bayang-bayang tangan yang menarik
itu yang penting,zik
….utamakan keperluan terlebih dahulu kemudian barulah pertimbangkan kehendak kita !
aku mula2 pakai nec primero
line celcom 010
~penuh poket seluar~
tunjuk kat anak2 sekarang
mereka pakat gelak ramai2
tehr´s last blog ..Buku 555 Bukan Buku Lima
aku masih boleh bayangkan susuk tubuh nec tu,tehr
kalau tiada yang dulu mana mungkin ada yang sekarang
gua sempat merasa guna 010.. handphone motorolla. Paling best sebab ada alternatif guna bateri AA bila bateri conked.
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
model yang mana,sam ?
seingat gua model yang boleh guna bateri AA tu model GSM,peminat telefon bimbit gelar motorola sabun
entah, apa model.. tapi memang confirm 010, motrolla.. memang angkat model tu pasal tertarik bole guna bateri AA
samdaddycool´s last blog ..Terima kasih Nuffnang
goole le …….kahkahkah
Motorolla yang masuk sekeping kad besar pun pernah guna, entah model apa pun tak ingat tapi orang kata model batu giling, memang berat betul jika dibandingkan dengan hp sekarang.
Kemudian bertukar kepada Nokia 3310 yang dibeli dengan harga RM700++ (baru) dan SIM card Maxis yang di guna hingga kini berharga RM130, masa mula keluar SIM card ni berharga RM250.
Lepas tu macam-macam hp diguna sampailah sekarang guna Nokia 1202. Ish! teringin jugak nak bermanja-manja dengan makhluk hitam tu, tapi belum kesampaian lagi…
ardzham´s last blog ..Software Blogwalking Mudah Dan Pantas
dulu pack permulaan prepaid baru-baru diperkenalkan lebih kurang rm400,kalau jual sebagai second hand masih dapat harga yang tinggi ![sekarang rm10 dah boleh dapat prepaid baru !]
3310 ni antara model nokia yang paling lasak
nanti kalau dah ‘gugur’,boleh le sambar satu BB !
ye. skrg under 10 je. 3310 hp yg sangat lasak. pernah pakai dulu. berkali2 jatuh tp tetap maintain je. hehe.
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
jadi apa yang kita boleh simpulkan di sini? pada aku,sebagai pelanggan kita memang sering ditekan ![merujuk kepada harga prepaid]
3310 memang terbukti kelasakannya !
ye, betul!
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
hak kita sebagai pelanggan memang sering terabai !
first hphone aku pakai NEC. pastu sony erisson.
nokia pun aku pernah pakai.
skrg ni aku pakai sony erisson w880
smp masa nanti..HTC
HTC tu yang nak dengar !
….insyaallah.
simpan lagi telefon tu.
Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
kenangan terindah tu,AR
kak sedara aku mula
guna telefon bimbit.
Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
sebelum nie pakai apa??
zik´s last blog ..Keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Vietnam separuh akhir kedua 2 di hanoi – piala suzuki AFF 2010!
kalau ko tanya aku,sebelum ni aku pakai nokia 1202,zik
jenis ni dah tak de.
Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
masih boleh dapatkan spare partnya kalau ada sebarang kerosakan tapi kena order[ni info yang aku dengar pada 2007]
Telefon bimbit klasik tu.
Liveblogging mesti kacau.
Ali ridha´s last blog ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
startec…. hehe aku pun pernah pakai model ni siap tkr pakai beteri nipis lagi heheh pangilan manja dia kereta kebal

dnoBiz´s last blog ..Budak Terlampau – Pandangan di Kaki Lima 2
zaman ko mungkin dah model startac V
model paling cantik adalah keluaran kedua tapi sayang selalu masalah dengan kabel penyambung antara keypad dengan skrin
hendset ni macam-macam nama manja dia……kahkahkah
kiranya dulu kalau bro duduk dalam hutan dan pulau pun boleh buat call la ye?
covarage macam mana dulu bro?
ATUR sebelum tahun 2006 memang cemerlang dalam hutan dan pulau ![dengan syarat pemancar gelombangnya ada terpacak- jauh pun tak pe]
cuma si penerima panggilan akan merungut sebab terdapat bunyi desiran yang menyakitkan telinga !
pada aku memang puas hati dengan ATUR ni
Saya dulu syarikat ada bagi handphone jenis Alcatel boleh pakai bateri biasa dan saya tak ingat modelnya tapi paling suka ada speaker phone yang kuat
akubiomed´s last blog ..Syyh Aslah nak tidur
Alcatel ? nak tau panggilan manja nya? pengguna selalu panggil dengan nama ATASKATIL
…..tak silap aku meriah dengan pelbagai warna.
jenama ni tak dapat bertahan lama,model terakhir yang aku ingat memang comel gila saiznya – sebesar dua kotak mancis !
ataskatil? hahaha. yelah. alcatel dh x de rasanay skrg.
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
ya pangggilan manja untuk alcatel
aku pun kurang pasti sebab dah lama tak layan perkembangan telefon bimbit ni.
taktahu plak aku dia ada nama manja.

oh. samalah.
RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
memang setiap model telefon ada panggilan manja mereka
baru ku tahu ni.

RedBoys´s last blog ..Pelancaran Blog Baru
penguna memang lebih suka panggil dengan nama manja !
masa first beli handphone alcatel kalau tak silaplah.. dah lupa lah..huhu
zik´s last blog ..Bayang-bayang tangan yang menarik
kalau tak silap aku,dari reka bentuk alcatel[model walkabout] ni lah model walkie-talkie motorola berubah bentuk-lebih comel macam handset,zik
Assalamualaikum Joe dan semuanya,
Ini kak nura nak storykan sikit pasal ‘Dulu dan Sekarang’. Oleh kerana dah lama tak menjengah kat sini, kak nura nak tulis panjang sikit, boleh kan? Jangan marah..
Lain dahulu lain sekarang
dulu ubi kayu kini ubi kentang
Lain dahulu lain sekarang
dulu malu malu kini terus terang
Lain dahulu lain sekarang
dulu memalam kini siang siang.
Lain dahulu lain sekarang
dulu dipandang kini dipegang.
Lain dahulu lain sekarang
dulu merayu kini menyerang
Lain dahulu lain sekarang
dulu mendayung kini berenang
Lain dahulu lain sekarang
dulu suci kini temberang.
Lain dahulu lain sekarang
dulu bersih kini tembelang
Lain dahulu lain sekarang
dulu merisik kini terus pinang.
Lain dahulu lain sekarang
dulu wang tunai kini berhutang
Salam ceria selalu.
zainura66´s last blog ..Wannura teroka hutan Sungai Ulu Piah
salam dijawab kak nura
khas untuk kak nura,
….gurau-gurau je !
lain dahulu lain sekarang
dulu kerap bertamu kini kerap menghilang
Assalaamualaikum,
Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati
Pucuk Pauh delima Batu
anak sembilang di lautan
walau jauh beratus batu
jauh di mata di hati jangan.
Tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai Joe antara nampak
besok jangan rindu rinduan
Jangan marah…bukannya menghilang, merajuk…eh..taklah..gurau aje !
zainura66´s last blog ..Wannura teroka hutan Sungai Ulu Piah
jangan merajuk-rajuk kak nura
saya tak marah cuma tertanya-tanya
bang jeo .. sila tengok dibahagian side bahagian penaja emas…
zik´s last blog ..Keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Vietnam separuh akhir kedua 2 di hanoi – piala suzuki AFF 2010!
dah tengok,zik
terima kasih diucapkan
aku dulu pun terikut gak perang tukar hp no dari ericsson,arcatel,ericsson,nokia, sony ericsson, balik kepada Nokia,HP, dan sekarang Nokia..
Nokia daun aku tau la…pisang yang mana plak?
adamfaiz´s last blog ..15736 Visitor Seminggu Blog 2daybloggercom Contest
memang menjadi satu wabak sehingga sekarang,pengguna berlumba-lumba mencuba/membeli keluaran terbaru,adam
nokia daun tu dah masuk zaman ada kamera,nokia pisang ni bentuknya melengkung[slide] dan tak de kamera – agak sukar nak letak di poket belakang
aku lupa model sebenar nokia pisang tu.
Memang betul 2 nostalgia bila sebut bab hp ni…model pertama saya pakai motorola microtac dua…line kena register 010,selepas tu model Motorola baru keluar GSM pakai kad besar…masa tu memang gah betul rasanya…sesiapa yang pakai slim bateri dikira hebat sebab mahal harga…bab sim card pulak celcom prepaid masa tu dijual 250rm,sekarang rm8 pun boleh dapat he3..
mankuchai´s last undefined ..Response cached until Sun 19 @ 14:25 GMT (Refreshes in 60 Minutes)
ada lagi tak simpan model tersebut? model ni lah yang aku buat macam radio
model GSM kad besar tu pulak ada macam-macam gambar ….kalau beli kat kedai telefon memang ada gambar-gambar mengarut……..kahkahkah
celcom masa baru-baru keluar pack prepaid harganya mencecah rm450!
mau tak mau terpaksa beli juga sebab bil telefon dah cecah ribuan ringgit[kira memang tak bayarlah]….sekarang harganya alahai !
sekarang yang aku tengok modem untuk broadband dulu aku beli dekat-dekat seribu jugak,sekarang dah seratus lebih je…….model yang sama pulak tu !
aku ingat nak buat aduan kat persatuan penggunalah !
hahahahahaha..itu telefon dah jd cordless phone kt umah dh skang..tak mat nak masuk poket …hehe..
bila ingat balik, masa sekolah dulu, hp ni bukan calang-calang org pakai, sekarang, semua org ada..hehe
saya sekadar simpan je,ejon
kadang-kadang saya bawak jugak sebagai persediaan[line masih aktif]
sekarang telefon bimbit sudah mampu dimiliki oleh ramai orang lagipun ia sudah menjadi barangan keperluan bukan barangan mewah lagi.
tabung duit syiling
mau kaya ?
mau rajin2 komen
mau komen?
jom renang
Tag
adsense BE berblogging blackberry blog blogger blogging blogwalking bold 9780 cari detik-detik diving domain duit gua hari raya hosting hutan ibu kapal kasut kasut-kasut kelasi kelasi kapal LOA masjid mau ME membaiki kasut mencari mencari rezeki murah niche blog nuffnang PR ramadhan rezeki rezekimurah rokok runtuh scuba diving smart blogging sundang syawal tukang kasut
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck and Luke Morton requires Flash Player 9 or better.
mau langgan ?
yg dtg cari blog aku
kat sini pun boleh
singgah dan tersinggah
Design by: Yoshz Themes