blogger yang tersepit

admin | mau blogging | August, 02 2010 | 90 Comments

Entry ini dihasilkan demi menyahut seruan yang dilaungkan oleh Sifu Ijad.

Sebenarnya tersepit jugak otak nak buat satu entry ini.Tapi mula-mula aku baca entry ni kat blog Ijad,yang aku nampak tajuknya “Blogger Yang Tersepi” entah kenapa aku boleh baca begitu.Mungkin kerana faktor usia – usia yang sudah di penghujung usia belia.Bila sebut pasal usia ni ada baiknya aku kaitkan hal tersepit ini selari dengan pertambahan usia aku.

Kisah pertama.1975[umur aku 5 tahun]-tarikh sebenar aku dah lupa.

Pengalaman pertama menggunakan seluar berzip membuatkan sampai sekarang aku masih teringatkan tragedi itu.Kerana tergesa-gesa  ingin zipkan seluar selepas buang air kecil.Aku menerima padah ! ‘Kulit hujung’ itu  tersepit di celah-celah ‘gigi’ zip.Satu seksaan pedih bila sudah tersepit.Bila nak meleraikan masalah itu,aku lagi sekali terpaksa melalui kepedihan  yang amat sangat.Cukup sampai sini aku ceritakan hal tersepit yang berlaku pada usia aku 5 tahun.

Kisah kedua.6/7/2000.Hari Khamis[kalau tak silap],lebih kurang jam 6.30 petang.

Aku mencari rezeki dengan bekerja di sebuah kilang memproses semula minyak hitam kapal[minyak beku].Hari kejadian itu adalah hari pertama aku bekerja.Saluran paip bertekanan tinggi yang dalamnya mengandungi minyak hitam yang bersuhu tinggi disyaki tersumbat.Seorang penyelia kilang mengarahkan aku memeriksa satu sambungan paip tersebut.Walaupun aku membantah kerana itu melanggar ciri-ciri keselamatan semasa bekerja.Dia masih bekeras ! [Pemeriksaan hanya boleh dilakukan setelah operasi yang berkaitan diberhentikan]

Terpaksalah aku meniarap di bawah lingkaran-lingkaran paip bersuhu tinggi atas tujuan melakukan siasatan.Ketika itu operasi penyaliran  masih diteruskan[sepatutnya diberhentikan].Tiba-tiba satu bunyi angin tekanan tinggi terletus.Aku dah tersepit di bawah lingkaran paip ! Dalam sekelip mata menyemburlah cecair hitam bersuhu tinggi dari celah-celah sambungan paip[ikatan bolt dan nut mula longgar].

Suasana kecoh ! Rakan-rakan yang cuba menarik aku yang tersepit di bawah lingkaran paip tersebut menjangka aku sudah mati ! Seluruh tubuh aku dibasahi dengan minyak hitam yang bersuhu tinggi[overall yang aku pakai lecun basah].Mujur aku teringat akan sesuatu bila percikan minyak itu mula mengenai muka aku.

Dengan izinNya aku masih hidup dengan sedikit kesan melecur di kawasan kanan muka aku[nak tengok wajah aku ketika itu....kehkehkeh].Tambah memeritkan ambulan yang ingin menghantar aku ke hospital di  Johor Bahru tersepit pulak dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya Pasir Gudang[kilang itu di Masai].Ambulan yang dalam keadaan uzur itu mengalami kerosakan pada siren kecemasan.

Kisah ketiga.Suatu tarikh yang entah bila.

Aku terfikir adakah aku akan tersepit di bawah sana ? Mudah-mudahan tidak begitu ! :)

*segala kisah yang dialami sebelum aku mengenali dunia blogging*

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

90 Comments

  • At 2010.08.02 04:06, Samdaddycool said:

    Tersepit zip paling tak bole blah…. Tapi tersepit bawah salur minyak tu memang ngeri woo
    Samdaddycool´s last blog ..Ngeri dengan isu ayam halal My ComLuv Profile

    • At 2010.08.02 14:30, admin said:

      pasal zip boleh kata hari-hari gua teringat,sam…..buang air kecil hari-hari apa ! mestilah teringat…kahkahkah

      ada jugak member terkejut bila dorang tarik gua dan gua masih hidup – tengok gua macam tengok hantu ! :)

  • At 2010.08.02 06:07, cookdong said:

    kisah pertama – haha..

    kisah kedua – naseb baik xarwah,,lepas sembuh ada cari penyelia kilang tu x? haha

    kisah ketiga – maka beramal lah..ramadhan pun nak mai..

    Ramadhan Kareem :)

    • At 2010.08.02 14:35, admin said:

      kisah kedua,bukan lepas sembuh,masa sebelum naik ambulan aku dah kejar penyelia tu dengan sepana hidup.terpaksa panggil pegawai keselamatan kilang untuk mententeramkan keadaan :)

      kisah ketiga,terima kasih kerana mengingatkan cuma amalan bukan jaminannya :) [masing-masing punya pendapat sendiri :) ]

      ko puasa dan raya di mana,CD?

      • At 2010.08.02 18:10, cookdong said:

        kat mesir lagi..xleh nak balik beraya tahun ni,,adeh..

        • At 2010.08.02 18:39, admin said:

          jangan menitis air mata sudahlah,CD….kuatkan semangat ye! :)

          • At 2010.08.03 23:27, Dila.13 said:

            nanti saya pos gambar kuih raya kat fb untuk tatapan CD eh :D
            Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

            • At 2010.08.04 00:09, admin said:

              CD nak kuih betul lah dila,bukan setakat gambar :)

      • At 2010.08.02 08:32, mijie said:

        sudah buat ka? blogger yang tersepit? aku pun igt nak join tapi tak dpt lak arahan, huhuh

        em pasal masa umur 5 tahun ni ,aku pun pernah alaminya..dan pasal kes ke 2 tu,, ooo boleh saman tu
        mijie´s last blog ..Review Bulan Julai My ComLuv Profile

        • At 2010.08.02 14:39, admin said:

          sorry lambat jawab komen lu-baru bangun :)

          bukan ke masa beri jawab komen kat entry ijad tu kita dah beri persetujuan,mijie ? atau nak kena tunggu lampu hijau dari ijad?

          kes ke 2 tu susah mau saman-kroni seseorang ! :(

          • At 2010.08.02 16:32, mijie said:

            huhuh ni la akibat terlupa, dan bila baca balik rupa2nya ada lah sebut pasal publish entri tu, dah siap dah pun entri tu kat blog aku

            em pasal kroni sesorang tu yg susah tu, saman pun tak dpt apa gak
            mijie´s last blog ..Blogger yang tersepit My ComLuv Profile

            • At 2010.08.02 18:25, admin said:

              hahaha…ye ijad ada sebutkan dalam entrynya,mijie :) ..yang penting dapat turut serta.

              itu bab memang ada susah mau cakap-gua dapatlah duit ubat sekitar seratus ringgit….kahkahkah

              kalau ikutkan hati kilang tu,gua dah…..

            • At 2010.08.02 16:35, mijie said:

              ai mana komen aku tadi, em kesilapan semasa membaca blog ijad, skrg sudah buat pun entri tersebut

              em pasal ke 2 tu yg melibatkan kroni memang terpaksa telan je la
              mijie´s last blog ..Blogger yang tersepit My ComLuv Profile

              • At 2010.08.02 18:29, admin said:

                haha….komen lu tak hilang,mijie…cuma lambat sikit muncul :)

                harap bersabar dengan kesewelan blog gua ni,mijie :)

          • At 2010.08.02 08:49, boy_bersahaje said:

            Hahahaha, tersepit masa kecik selalu saya rase bro…degil, nak cepat main, hambik ko! zas! hahahaha…bro, leh ajar saya nak elak dari melecur?

            • At 2010.08.02 14:47, admin said:

              siapa masa kecik pakai seluar berzip tidak mengalami peristiwa ini,dia adalah seorang kanak-kanak yang cukup berhemah,boy :)

              ajar elak melecur? kalau soalan ko menjurus ‘ke situ’…kat kampung melayu tu ramai otai,boy….Chok,Majid Klinik,Farok[sekadar menyebut beberapa nama dan aku tak pasti pulak mereka ni masih ada(hidup) atau tidak :)

            • At 2010.08.02 11:03, piewahid said:

              boleh saman penyelia tu. agak kuang hajau!
              piewahid´s last blog ..kaya harta miskin jiwa My ComLuv Profile

              • At 2010.08.02 14:48, admin said:

                memang kuang hajau tapi susah mau saman :(

              • At 2010.08.02 12:16, etomyam said:

                banyak juga pengalaman tersepit ni ya,
                kalau tersepit ‘anu’ masa nak zip seluar tu boleh masuk dlm kategori ni jugak ke bro joe? hehe :D
                etomyam´s last blog ..Hadis-hadis Berkaitan Ramadan My ComLuv Profile

                • At 2010.08.02 14:50, admin said:

                  ye itulah antara pengalaman awal dalam memahami makna tersepit,bro…kahkahkah

                • At 2010.08.02 12:32, bluedianthus said:

                  Kisah ketiga memang suspen..:)
                  bluedianthus´s last blog ..Blogger yang tersepit My ComLuv Profile

                  • At 2010.08.02 14:54, admin said:

                    kalau tak mau tersepit maka sentiasa beringat-ingat ! :)

                    • At 2010.08.03 00:26, bluedianthus said:

                      Betul tu…beringat dan beramal..:)
                      bluedianthus´s last blog ..Blogger yang tersepit My ComLuv Profile

                      • At 2010.08.03 00:44, admin said:

                        yang paling penting sentiasa ingat akan DIA :)

                        terima kasih kerana sudi singgah di sini,Cik B :)

                  • At 2010.08.02 12:59, hafidz said:

                    biasa lah kan waktu umur macam tuh pasti berlaku :lol:
                    tak pasal-pasal yang “hujung” tu tersepit hehe =P
                    hafidz´s last blog ..Kord Gitar – API Pelita My ComLuv Profile

                    • At 2010.08.02 14:56, admin said:

                      adatlah bro kalau sekali dua tapi kalau selalu sangat kena bersunatlah jawabnya !

                    • At 2010.08.02 14:11, Kujie said:

                      ngerinya……….. ini kot orang minyak yang terlepas tu
                      terlepas sbb tersepit mcm mana pun dia boleh lolos…badan licin

                      hehe

                      • At 2010.08.02 15:02, admin said:

                        hahaha…sebenarnya DIA masih sayangkan saya :)

                      • At 2010.08.02 15:42, Cyza said:

                        Memang cool habis semua cerita2 ko tu bro…
                        Tapi pasal kerja ko tu, itu kena report beb….biat dosh tangkap dan saman, buang kerja ke…baru padan muka…
                        Cyza´s last blog ..Put paper inside ears and get it out in the operation theater My ComLuv Profile

                        • At 2010.08.02 16:09, admin said:

                          itu kilang banyak ‘kebal’,cyza :) …apapun ia sudah lama berlalu.

                        • At 2010.08.02 15:59, miziology said:

                          kisah pertama – semua budak lelaki dapat kut pengalaman tu haha

                          kisah kedua – fuhh bahaya, nasib baik bro gagah hehe

                          kisah ketiga – mudah-mudahan dijauhkan

                          • At 2010.08.02 16:12, admin said:

                            kisah pertama-tiada perangkaan yang tepat,secara logik mungkin begitulah :)

                            kisah kedua-semua dengan izinNya :)

                            kisah ketiga-memang tak dapat nak diceritakan dalam blog :)

                          • At 2010.08.02 16:42, ozzy said:

                            hati2..jangan selalu tersepit hehe
                            ozzy´s last blog ..BLOGGER YANG TERSEPIT My ComLuv Profile

                            • At 2010.08.02 18:33, admin said:

                              mujur sekarang tidak berlaku lagi,ozzy….kahkahkah

                            • At 2010.08.02 17:07, ann said:

                              ni betul betul tersepit ni. hahaha
                              ann´s last blog ..“Blogger yang tersepit” My ComLuv Profile

                              • At 2010.08.02 18:33, admin said:

                                tidak dapat dinafikan lagi,ann :)

                              • At 2010.08.02 17:44, zik said:

                                huh ngerinya…..
                                zik´s last blog ..Sumbangan myjazmaniecom ke zikrihusainicom melalui alexa My ComLuv Profile

                                • At 2010.08.02 18:34, admin said:

                                  relax la,zik…aku masih di sini :)

                                • At 2010.08.02 18:20, cuz said:

                                  sangat bahaya bro bekerja tanpa ciri² keselamatan..dapat insuran tak??hehe apa² pn entri yg menarik..
                                  cuz´s last blog ..PIZZA HUT – Kejamkah Aku! My ComLuv Profile

                                  • At 2010.08.02 18:37, admin said:

                                    dapatlah setakat rm100 untuk duit ubat,cuz :)

                                  • At 2010.08.02 19:23, aimannajmy said:

                                    hahahak nk tergelak pon ada..apa2 pun kisah kita tetap sama..tapi saya lewat sket tahun 1989 umo 4 taun time tuh…teselit gak kat celah zip..huu~ sgt azab…bedarah tuh aduii la xdpt byg pastu umo 6 taun terus sunat hehe

                                    • At 2010.08.02 20:12, admin said:

                                      hanya yang pernah mengalami je yang memahami akan azab tersebut,aiman :) …lagi satu aku fikir,bila kena kali kedua dah boleh dianggap seperti bersunat rupa-rupanya kena tempuh lagi satu proses yang menyakitkan-bersunat !

                                      adoi mencabar sungguh dunia lelaki ini…kahkahkah

                                    • At 2010.08.02 19:31, Nadri said:

                                      bahaya tu abg joe klu tersepit zip seluar..hehe..blh merana badan dibuatnya..

                                      kisah tersepit aq bila ahli keluarga suruh balik kg @ Pontian dan terpaksa tinggalkan girlfrend sorang2 dkt kl..
                                      Nadri´s last blog ..Asyraf Juara Imam Muda My ComLuv Profile

                                      • At 2010.08.02 20:14, admin said:

                                        mau tidak sebab sampai sekarang masih teringat-ingat,bro ! :)

                                        psst…gf tu wife sekarang ni ke ? :)

                                      • At 2010.08.02 20:26, ardzham said:

                                        Tersepit zip masa kanak-kanak ramai yang melaluinya termasuklah abang, masa abang dizaman kanak-kanak underwear pun tak jumpa lagi, lepas masuk jawi baru dapat pakai underwear itupun dah puas merengek tak tahan sebab rasa geli… Maklumlah masa tu jauh berbeza dengan zaman sekarang.
                                        ardzham´s last blog ..Pencuri yang SENGAL My ComLuv Profile

                                        • At 2010.08.02 20:55, admin said:

                                          kes tersepit tu pasal tak de undewear lah,bang :)

                                          saya pakai underwear ni bila naik tingkatan satu sebelum tu selalunya pakai seluar sukan yang pendek tu sebagai underwear.

                                          tapi sebenarnya lebih elok pakai boxer berbanding underwear ni…untuk kesegaran sepanjang masa…..kahkahkah

                                        • At 2010.08.02 22:25, ladfe amir said:

                                          Memang ngeri la setiap kejadian yang menimpa bro. Syukur pada Allah, bro masih berada di sini untuk menceritakan pengalaman tersebut

                                          • At 2010.08.02 23:34, admin said:

                                            mungkin DIA masih sayangkan aku :) …jadi berpeluanglah untuk diceritakan di sini,LA.

                                          • At 2010.08.02 22:37, tehr said:

                                            kisah ngeri budak2 lelaki dulu2
                                            zip oh zip…

                                            • At 2010.08.02 23:35, admin said:

                                              kahkahkah….betul tu,tehr :)

                                            • At 2010.08.02 22:39, madlut said:

                                              haha..yang tersepit dalam kisah 1st tue boleh pakai lagi kan? (gurau je eh..hehe)

                                              yang ketiga tue mendalam maknanya tuh bro..huhu

                                              • At 2010.08.02 23:41, admin said:

                                                hahaha…..seluar tu memang dah tak muat lagi nak dipakai,madlut….kahkahkah….sebab aku membesar dengan sihat…kahkahkah

                                                yang ketiga? memanglah mendalam,madlut sebab dalamnya 6 kaki…kahkahkah

                                                • At 2010.08.03 00:09, madlut said:

                                                  hahaha…bukan seluar daaa…hahaha…malas nk sambung…hahaha…bro paham dah kot..hahaha

                                                  • At 2010.08.03 00:48, admin said:

                                                    kahkahkah…kalau yang semudah ini aku tak faham ada baiknya aku kembali ke 1975,madlut….baca betul-betul madlut yang aku taip tu :) …membesar dengan sihat !…kahkahkah

                                              • At 2010.08.02 22:48, denaihati said:

                                                Sadis sungguh kisah tapi gitulah bukan senang nak senang

                                                • At 2010.08.02 23:43, admin said:

                                                  biasalah tu…dah nama kehidupan ada masa susah ada masa senang,DH :)

                                                • At 2010.08.02 23:33, khairolghani said:

                                                  jujurnya aku tak pernah alami pengalaman tersepit yang pertama tu..ngilu je rasa..hehe..
                                                  khairolghani´s last blog ..muka BB sama ngan muka Mama My ComLuv Profile

                                                  • At 2010.08.03 00:49, admin said:

                                                    haha…tak perlu rasa,kay….menyakitkan! :)

                                                  • At 2010.08.02 23:51, bujang3 said:

                                                    tersepitt ??? entah ler.. rasanya pernah gak terkena !!!!
                                                    bujang3´s last blog ..Abah !!! Kenapa abah hisap rokok My ComLuv Profile

                                                    • At 2010.08.03 00:51, admin said:

                                                      ingat betul-betul,bujang :) …bukan apa nanti anak kembar ko kena,adalah jugak pengalaman untuk mengatasi masalah yang menimpa.

                                                    • At 2010.08.03 13:30, rohaizad said:

                                                      OO mak aiii… panjang giler nak scroll ke bawah… gilerlah komen!
                                                      rohaizad´s last blog ..Kisah Blogger Yang Tersepit… yee haa! My ComLuv Profile

                                                      • At 2010.08.03 14:38, admin said:

                                                        tempias,jad….tempias ! :)

                                                        terima kasih di atas idea pembikinan entry blogger yang tersepit tu ! :)

                                                        • At 2010.08.03 23:29, Dila.13 said:

                                                          saya pun scroll tak sampai ke bawah lagi ni Bro Ijad.. sementara nak sampai end of page, menyinggah2 kejap kat komen2 orang lain. hehe..
                                                          Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

                                                          • At 2010.08.04 00:13, admin said:

                                                            sikit lagi nak sampai tu,dila :)

                                                        • At 2010.08.03 16:56, serol said:

                                                          kisah kedua tu mmg ngeri. nsb baik masih di beri nikmat hidup dari tuhan kan.. =)
                                                          serol´s last blog ..Blogger Yang Tersepit My ComLuv Profile

                                                          • At 2010.08.03 22:40, admin said:

                                                            DIA Maha Penyayang,bro :) ….tu pasal aku masih hidup dan diberi kesempatan untuk berkongsi dalam blog ini.

                                                          • At 2010.08.03 23:31, Dila.13 said:

                                                            waduh.. sampai 3 tersepitnya.. memang viral betul la blogger tersepit ni.. tp alhamdulillah tersepit kedua tu tak serius (lecur banding dengan tak bernyawa memang tak seriuskan?).
                                                            Dila.13´s last blog ..Kenapa Usahawan Perlu Menulis My ComLuv Profile

                                                            • At 2010.08.04 00:19, admin said:

                                                              haha…semua member kilang ingat saya dah aruah dila sebab keseluruhan overall lecun dengan minyak yang bersuhu tinggi tu :)

                                                              tarik saya yang disangka mayat,tiba-tiba bangun mengejar penyelia kilang dengan sepana…kahkahkah

                                                              • At 2010.08.04 09:14, cookdong said:

                                                                wakaka..ni gua gelak guling2,,hahaha..

                                                                • At 2010.08.04 13:32, admin said:

                                                                  ko dari dulu memang suka gelak guling-guling,CD :)

                                                          • At 2010.08.04 12:39, adamfaiz said:

                                                            tersepit zip…hahaha..memang menyakitkan..
                                                            adamfaiz´s last blog ..Senarai Hotel – Sijil Halal Sah Untuk Buffet Berbuka Puasa My ComLuv Profile

                                                            • At 2010.08.04 13:34, admin said:

                                                              hanya kanak-kanak yang pernah mengalaminya sahaja,tahu akan kesakitannya,adam :)

                                                            • At 2010.08.05 12:31, mummynana said:

                                                              tabah menghadapi cabaran! all the best! :D
                                                              mummynana´s last blog ..STCD- Software Testing Capability Development My ComLuv Profile

                                                              • At 2010.08.05 18:23, admin said:

                                                                sudah diharungi cabaran itu dengan jayanya sebab sekarang dah pencen,MN :)

                                                              • At 2010.08.06 22:37, aktechpage.com said:

                                                                Kisah 1 – Biasa lah tu, tersepit ketika zip seluar… aku pun ada… rasanya semua budak lelaki ada kena kot… heheheh…

                                                                Kisah 2 – Penyelia kilang tu kena buang x??? patutnya penyelia kilang tu dikenakan tindakan tatatertib kerana membahayakan pekerja…

                                                                Kisah 3 – Bersiap sedialah sentiasa untuk menghadapinya..
                                                                aktechpage.com´s last blog ..Kembali Dari Bercuti Offline My ComLuv Profile

                                                                • At 2010.08.07 00:27, admin said:

                                                                  kisah 1- mal,ada peserta ssb semasa kecil tak pernah kena tau sebab dia mengamalkan menzip penuh berhati-hati dan berhemah :)

                                                                  kisah 2-kilang tu’kebal’ sebab kroni seseorang :(

                                                                  kisah 3-peringatan buat semua.

                                                                • At 2010.08.06 23:48, joe said:

                                                                  nice broooo
                                                                  joe´s last blog ..Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal My ComLuv Profile

                                                                  • At 2010.08.07 00:39, admin said:

                                                                    haha…terima kasih,bro :)

                                                                  • At 2010.08.07 10:09, Dila.13 said:

                                                                    “gelak terapung2″ = “high” :D
                                                                    Dila.13´s last blog ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2 My ComLuv Profile

                                                                    • At 2010.08.07 12:59, admin said:

                                                                      aa? :)

                                                                    • At 2010.09.25 12:52, nafisa81 said:

                                                                      kes tersepit yg pertama tu agak ngeri kalau ia berulang lg…
                                                                      nafisa81´s last blog ..kes ragut depan rumah koi My ComLuv Profile

                                                                      • At 2010.09.26 08:15, admin said:

                                                                        minta dijauhkan,N81 :)

                                                                      • At 2010.10.06 17:03, freeman said:

                                                                        yg nyatanyer kalu tersepit ni sakit lerrr he he
                                                                        freeman´s last blog ..NIKON D7000 MALAYSIA My ComLuv Profile

                                                                        • At 2010.10.06 18:49, admin said:

                                                                          bila sebut tersepit ia adalah suatu keadaan yang kurang menyenangkan,FM :)

                                                                        • At 2010.12.13 22:45, khairul said:

                                                                          sentiasa tersepit di dalam blog
                                                                          khairul´s last blog ..MyEg 50 PDRM summons DoS My ComLuv Profile

                                                                          • At 2010.12.29 07:29, admin said:

                                                                            antara dugaan yang harus ditempuh oleh blogger,K :)

                                                                          (Required)
                                                                          (Required, will not be published)

                                                                          CommentLuv Enabled
                                                                          © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                                                          Design by: Yoshz Themes