blogger yang terkejut

admin | mau blogging | January, 31 2011 | 62 Comments

Hari terakhir dalam Januari ni,aku terbitkan satu entry.Demi menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pemilik domain RajaBlogging Dot Com bertajuk blogger yang terkejut.Bersesuaian dengan tajuk tersebut,aku tak kan terkejut kalau korang menggaru kepala yang tak gatal atau berkerut dahi bila membaca entry ini[kahkahkah]

Ada bagusnya korang bukak youtube,sambil baca sambil layan lagu Di Balik Cermin Mimpi.

Bermula kisah,sambungan kisah dari sebelum ini.

“Sudah-sudahlah  tu,cukup-cukuplah tu kamu merokok ” rungut Mok melihatkan aku termenung sambil menyambung puntung demi puntung.Di muka pintu rumah comel itu puntung rokok sudah bersepah-sepah bersama kotak-kotak rokok yang sudah dipenyukkan.Sudah berapa lama aku termenung di situ,aku pun kurang pasti ! Malah sudah berapa lama Mok tercegat memerhatikan, aku pun kurang pasti.Aku sedang memikirkan sesuatu.

Malam tadi aku begitu terkejut.Perkara itu berlaku ketika aku berseorangan di rumah comel-rumah peninggalan Tok Jujak.Ketika mata semakin layu,aku yang berbaring berbantalkan tangan tiba-tiba tersentak bila terperasan ada satu kelibat yang sedang berbaring.Jauh sedikit dari hujung kaki aku.

Terkejut aku dibuatnya lantas aku terbangun-duduk bersila.Mata terus segar.Menajamkan pandangan mata memastikan akan kelibat tersebut dalam kesamaran malam.Mungkin kelibat tersebut turut terkejut seperti aku,sebab kelibat itu turut duduk bersila.Ahhh  ! Sudah ! Apa benda ni pulak yang depan mata aku ?

Otak mula ligat mencari jawapan atau lebih tepat mencari kepastian.Perlahan-lahan rasa terkejut itu hilang.Digantikan dengan satu perasaan yang sukar aku faham  ! Aku berbaring semula tanpa menghiraukan kelibat tersebut. Lalu aku teringatkan satu pesanan Tok Jujak membuatkan hati ku tenang buat sementara waktu.

zikir itu berbilang-bilang,

selalulah diulang-ulang,

walau banyak penghalang atau terhalang,

nanti segalanya akan hilang,

timbul terang,

moga tenang.

Walau dipejamkan mata kelibat itu masih bermain-main di depan mata,apatah lagi kalau dicelikkan mata ! Sudah gilakah aku ? Ada jugak terlintas di fikiran bahawa aku sudah gila ketika itu[kahkahkah]

Aku termenung kerana pengalaman itu muncul setelah Tok Jujak tiada.Membuatkan aku sedikit sukar mendapatkan  kepastian tentang perkara itu.Namun itulah PERTEMUAN PENUH KEMESRAAN yang aku tunggu selama ini.

Di dalam engkau,

aku melihat aku

ternyata kita  adalah  sama

di arena mimpi yan penuh bermakna.

Tak faham? Aku tak terkejut sebab masa sekolah dulu kerap buku karangan Bahasa Malaysia aku dilontar keluar tingkap gara-gara cikgu tersebut tak faham apa yang aku karangkan[kahkahkah]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

62 Comments

  • At 2011.01.31 14:28, norazuan said:

    Di dalam engkau,

    aku melihat aku

    ternyata kita adalah sama

    -like-

    • At 2011.02.04 12:08, admin said:

      selalu-selalulah “bercermin” :)

      • At 2011.02.09 15:28, boss said:

        hmm ko nye post ni kena baca lebih satu kali.. baca sekali memang tak paham..
        boss´s last blog ..Automatik upgrade WordPress gagalMy ComLuv Profile

        • At 2011.02.12 13:24, admin said:

          harap boleh faham setelah baca kali kedua,boss :)

    • At 2011.01.31 14:43, iza said:

      Salam….

      Suka la lagu M.Nasir ni…
      best..
      iza´s last blog ..25 Fakta Tentang Iza Teratak UsangMy ComLuv Profile

      • At 2011.02.04 12:10, admin said:

        sememangnya lagu/lirik m.nasir ni BEST ! :)

      • At 2011.01.31 16:50, atoyis said:

        errr tak paham jugak sebenarnya
        atoyis´s last blog ..Ini segmen syok sendiri ok My ComLuv Profile

        • At 2011.02.04 12:10, admin said:

          insyaallah suatu masa nanti akan faham :)

        • At 2011.01.31 21:45, samdaddycool said:

          Sungguh misteri.. Belum pernah alami peristiwa macam ni..
          samdaddycool´s last blog ..Seluas laut mata memandangMy ComLuv Profile

        • At 2011.02.01 09:54, ejoncb said:

          Hehehe….yg sedang berbaring tu,,,ikut semua perbuatan Bro eh?

          • At 2011.02.04 12:11, admin said:

            pada peringkat permulaan ia bagai cermin,ejon :)

          • At 2011.02.01 09:54, zaireey said:

            Hebat cerita ni, harapa jadi pilihan Rohaizad nanti
            zaireey´s last blog ..Menopaus Vs AndroposMy ComLuv Profile

            • At 2011.02.04 12:12, admin said:

              sekadar menulis apa yang terlintas,Z :)

            • At 2011.02.01 16:38, mommy nana said:

              hehe tak paham.. hehe…:D takpe jnji ade la isi nyer
              mommy nana´s last blog ..Blogger Yang TerkejutMy ComLuv Profile

              • At 2011.02.04 12:13, admin said:

                nanti cuba fahamkan,MN :)

              • At 2011.02.01 17:51, Nadri said:

                masih dalam kesamaran..harap ada sesapa yg blh tolong jelaskan…
                Nadri´s last blog ..Aktiviti 2 1 di Hard Rock PenangMy ComLuv Profile

              • At 2011.02.01 18:00, tehr said:

                payah juga nak faham ni
                sebab aku sering kali sesat dalam diri sendiri
                tehr´s last blog ..Penghargaan Untuk Sahabat BloggerMy ComLuv Profile

                • At 2011.02.04 12:22, admin said:

                  ko faham cuma dalam keadaan yang berbeza,tehr :)

                  sesat itu satu proses perjalanan :)
                  yang penting jangan sesat ketika nak “pulang” :)

                • At 2011.02.01 18:32, aimannajmy said:

                  perghh ni sastera tahap metafora peringkat ke lapan…dah 3 4 kali baca masih ponin huhu
                  aimannajmy´s last blog ..Blogger Yang TerkejutMy ComLuv Profile

                  • At 2011.02.04 12:23, admin said:

                    kahkahkah,ini bukan sastera ini rapuan aku,AN :)

                    memang tak faham sebab entry ni bersambung-sambung.

                  • At 2011.02.01 19:12, tengkorak emas said:

                    er..ini ada kaitan dgn benda ghaib ke?hehe dah banyak tgk cite hantu automatik fikir mcm ni haha
                    tengkorak emas´s last blog ..Doa sebagai senjataMy ComLuv Profile

                    • At 2011.02.04 12:24, admin said:

                      tiada kaitan tapi suatu RAHSIA,TE :)

                    • At 2011.02.02 01:44, dnoBiz said:

                      Banyak sangat misteri yang kau simpan jo..
                      Ps :satu jam borak ngan kau rasa macam satu minit je.. :D
                      dnoBiz´s last blog ..Kau Ilham Ku – Mentor aku untuk bulan JanuariMy ComLuv Profile

                      • At 2011.02.04 12:26, admin said:

                        semua orang ada misteri kehidupan masing-masing yang perlu dirungkai sebelum masa yang diberikan tamat,dB :)

                    • At 2011.02.02 14:34, Sabahan Bloggers Club said:

                      Salam kenal.
                      Hahahahahaha…. Terkejut gak baca enti ni. Ada juga blogger yang terkejut yek?
                      Sabahan Bloggers Club´s last blog ..BRT3-Sumandak Kinabalu Little CornerMy ComLuv Profile

                      • At 2011.02.04 12:28, admin said:

                        salam kenal jugak untuk kamu :)

                        terkejut ? harap-harap jantung kamu masih ok :)

                      • At 2011.02.02 17:39, zik said:

                        yang penting ada watak tok jujak ..
                        zik´s last blog ..Buat tulisan terbalikMy ComLuv Profile

                        • At 2011.02.04 12:29, admin said:

                          tok jujak tu besar pengaruh dia dalam kehidupan aku,zik :)

                        • At 2011.02.02 20:26, sabree hussin said:

                          terkejut2x

                          • At 2011.02.04 07:56, zik said:

                            kau terkejut apa pulak nih.. huhu
                            zik´s last blog ..Rahsia khusyuk dalam solatMy ComLuv Profile

                            • At 2011.02.04 12:30, admin said:

                              terkejut sebab tajuk entry kot :)

                            • At 2011.02.04 12:29, admin said:

                              bawa bertenang,SH :)

                            • At 2011.02.03 20:18, wayfarer rare prints said:

                              sangat tersangat terkejut
                              wayfarer rare prints´s last blog ..Aviator 3025My ComLuv Profile

                              • At 2011.02.04 12:30, admin said:

                                relax ! relax ! :)

                              • At 2011.02.04 15:07, madlut said:

                                hahaha, kat mananya yang bro terkejut?

                                • At 2011.02.06 11:27, admin said:

                                  “tersentak bila terperasan ada satu kelibat yang sedang berbaring.Jauh sedikit dari hujung kaki aku.

                                  Terkejut aku dibuatnya lantas aku terbangun”
                                  :)

                                • At 2011.02.05 20:29, tunepal said:

                                  yangm mana satu terkejutnya nih..
                                  tunepal´s last blog ..How You Protect Your BrainMy ComLuv Profile

                                  • At 2011.02.06 11:28, admin said:

                                    jawapan seperti di atas :)

                                  • At 2011.02.06 03:41, Ronaldmohoni said:

                                    Terkejutlah juga. Ingatkan cerita Seram. Pening dibuatnya.

                                    • At 2011.02.06 11:28, admin said:

                                      sudah dijangka :)

                                    • [...] 6. Brader Jo – Dia sengaja buat pembaca dia berfikir. Kes naya nih… sebab bukan setakat terkejut je, tapi sampai aku sekali terpening… [...]

                                      • At 2011.02.06 11:28, admin said:

                                        pening ? nanti aku bagi jawapan,jad :)

                                      • At 2011.02.09 21:15, Ladfe Amir said:

                                        memang aku terkejut.
                                        sebab aku target..bila aku melawat blog bro, semakin banyak entri yg ditulis.
                                        tapi aku terkejut membaca entri terkejut ni..

                                        • At 2011.02.12 13:30, admin said:

                                          ermmm,ada sebab aku menyepi dari update blog,LA :)

                                          usah terkejut,pengalaman itu sudah ko lalui,LA :)

                                        • At 2011.02.09 23:38, hafizmd said:

                                          Aduh…mmg aku yg terkejut sbb tak faham sastera bro joe kali ni…agaknya ada sambungan ke bang joe?
                                          hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur…My ComLuv Profile

                                          • At 2011.02.12 13:31, admin said:

                                            maaf kerana entry yang memeningkan ini,hafizmd :)

                                            kalau aku ada kelapangan,insyaallah akan diperjelaskan :)

                                          • At 2011.02.11 14:55, Mansor@trainingforce said:

                                            Cam suspen jer antonasi cerita ne pada first start tadi tu…rasenye kalau ada scene ,baru best
                                            Mansor@trainingforce´s last blog ..What To Expect In CNA Training ClassesMy ComLuv Profile

                                            • At 2011.02.12 13:31, admin said:

                                              saje tulis apa yang terlintas dalam fikiran,M :)

                                            • At 2011.02.11 15:58, zik said:

                                              masih lagi terkejut.. tunggu entri bro jeo ni… sibuk focus blog niche tuh.. huhu
                                              zik´s last blog ..Allah- Allah- Allah Ya AllahMy ComLuv Profile

                                              • At 2011.02.12 13:32, admin said:

                                                hilangkan rasa terkejut tu,tak baik untuk kesihatan jantung,zik :)

                                              • At 2011.04.03 23:44, zik said:

                                                masih lagi terkejut… huhu.. mana abang jeo ni???
                                                zik´s last blog ..Mereka yang sempoi march 2011My ComLuv Profile

                                                (Required)
                                                (Required, will not be published)

                                                CommentLuv Enabled
                                                © Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
                                                Design by: Yoshz Themes