Archive for the ‘live blogging’ Category

si tukang doa sangilapi

Sepanjang kehidupan aku,selain ibu yang tak putus-putus mendoakan aku terdapat satu kelompok makhluk yang sudi mendoakan aku. Mereka yang aku maksudkan seperti dalam gambar.Siapa lagi kalau bukan kucing-kucing.Makhluk kesayangan nabi. Mereka sedang menunggu aku untuk sesi makan malam.Sebenarnya mereka adalah kucing-kucing jiran aku. Posted with WordPress for BlackBerry.

blackberry bold 9780

Sebelum aku meminang Bold 9780 ni,aku gunakan Nokia 1202.Mula-mula aku beli sebijik,kemudian baru aku sedar,model ni tak selasak model 3310-baru sekali kena hempas,terus tamat riwayatnya. Kemudian aku beli dua sekaligus,sebagai langkah berjaga-jaga.Dipendekan cerita,hanya tinggal satu sahaja sekarang ni.Lagi satu mengalami nasib yang sama seperti sebelum ini. Aku dah lama tak beli telefon yang agak canggih.Kali [...]

teman blogging

Tu lah dia,teman blogging aku.Siapa lagi kalau bukan kucing kesayangan aku-Harimau Kumbang. Dia tengah kecewa sebab cicak yang diburunya berjaya melarikan diri.Mungkin mahu membuktikan bahawa dia mempunyai cakaran berbisa,dia masuk ke dalam bilik mak aku lalu merabakkan kelambu mak aku. Naluri memburunya meluap-luap bila ternampak akan kelambu yang bergerak-gerak disebabkan kipas angin. Tak pasal-pasal poket [...]

sudut blogging sangilapi

Di sudut sempit inilah,segala entry blog aku dihasilkan.Kini sambil berbaring pun aku boleh terbitkan entry[kehkehkeh] Posted with WordPress for BlackBerry.

bengkel blackberry

Aku ke Johor malam tadi.Semata-mata untuk mendapatkan penjelasan tentang live blogging menggunakan blackberry.Mujur Boy dan Ariff berjaya menyelesaikan masalah yang menghantui aku selama ini[dah 4 hari]. Maklumlah aku ni buta IT. Posted with WordPress for BlackBerry.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes