Archive for the ‘sembang-sembang’ Category

sehelai kain

Sembang pagi tadi kini bersambung lagi – selepas Zuhur.Aku yang masih kekenyangan,tidak turut serta makan tengah hari.Mula- mula TokĀ  Jujak yang datang duduk di pangkin yang boleh menyandarkan badan tu,diikuti dengan Mok.Mereka berdua sibuk menggulung rokok daun.Aku dah habiskan 3 batang Wismeluk sementara menunggu mereka siap makan. Aku capai rokok,cucuh api.Sedut dan hembus penuh nikmat [...]

sembang pagi

Pagi itu,aku dan Tok Jujak bersarapan bersama di rumah Mok.Aku sedikit terlewat,Tok Sulai dan Tok Ta sudah beransur pulang.Mujurlah Tok Jujak sudah mengurangkan loghat Ulu Jambi ketika bersembang,jadi aku semakin rancak menyampuk ketika berbual. Bila dah masuk minggu kedua kehadiran aku di kampung itu,perbualan aku antara Tok Jujak dan Mok mula condong ke topik lebih [...]

gangguan malam jumaat

Minggu pertama tidur di rumah besar,entah hari yang ke berapa aku kurang pasti.Tapi aku masih ingat peristiwa itu berlaku di malam Jumaat – mujur bukan malam Jumaat Keliwon.Tambah tidak menyeronokkan malam itu hujan gerimis.Malam itu,aku berkunjung ke rumah Cu Rahim selepas Isyak. Tujuan berkunjung,ingin membincangkan pasal pembelian sebuah generator untukĀ  membekalkan kuasa letrik bagi kegunaan [...]

sebatang rokok

Petang itu setelah memenuhkan perut dengan beberapa keping tempe goreng dan tahu goreng yang dimakan bersama cili,aku berjalan pulang ke rumah besar.Mok bermesyuarat di masjid,atas urusan apa,aku pun tak tahu.Walaupun Mak Cik Serot mengajak aku berbual panjang,aku terpaksa menolak sebab aku ingin bersendirian ketika itu. Seteko kopi o panas dibekalkan MCS,buat penghilang dahaga.Sampai di rumah,aku [...]

bagai suatu mimpi

Sementara menunggu sarapan pagi dihidangkan.Aku cuba mengingatkan semula apa yang berlaku malam tadi sambil memerhati Mak Cik Serot yang sedang sibuk menyendok nasi gemuk[nasi lemak] ke bekas nasi.Haruman daun pandan yang ditanak bersama nasi gemuk begitu menggoda selera pagi.Belum lagi bau sambal kerang yang baru diangkat dari dapur. “Ahh,makan dulu baru difikirkan” arahan dari otak [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes