Archive for the ‘sembang-sembang’ Category

berpuaka

Tempoh aku berada di Tanjung Pinang sudah di penghujung.Sebelum aku memulakan perniagaan aku sudah berbincang dengan Rio dan Benuk,aku hanya berada di Tanjung Pinang sekitar 6 bulan.Selepas itu aku akan serahkan pada mereka untuk mengendalikan perniagaan tersebut. Selepas tempoh tersebut,aku akan ke Telok Majlis.Tanggunjawab Rio lebih pada menguruskan barangan dari Singapura,sementara Benuk diamanahkan mengendalikan urusan [...]

obleng dari kapal

Bila aku mula mendapatkan bekalan barangan terpakai dari kapal,aku sedar ia memerlukan masa dan tenaga yang lebih.Senang cakap,perjalanan tongkang dari Tanjung Pinang ke perairan Jambi mengambil masa dua hari untuk perjalanan pergi balik termasuk urusan jualbeli barangan terpakai. Memang agak memenatkan,namun bila dikenang ia merupakan peluang keemasan,aku harungi jugak segala susah payah tersebut.Kecekapan Rio bersama [...]

perkembangan semasa

Masuk bulan ke lima,segala urusan pengangkutan barang dari Singapura sudah menggunakan tongkang yang aku sewa dari pemiliknya.Tongkang bersaiz besar itu sudah dibaikpulih enjinnya,badan tongkang juga digala semula dan dicat baru.Segala urusan pembaikan diuruskan oleh Cu Rahim bersama beberapa orang pembantunya.Dibaikpulih di Telok Majlis. Tongkang ini aku namakan Rumpana Boney sempena nama tempat asal usul keturunan [...]

api punya hal

Lepas mengisi perut untuk makan malam.Aku,Rio,Giman melepak di depan kedai.Sementara Benuk dan Akok menonton TP[tv] di bilik penginapan.Aku mengambil tempat,duduk di atas kerusi empuk – menghadap ke laut.Rio dan Giman lebih selasa bersila di atas tikar pandan bersaiz kecil sambil bersandar di dinding pintu kedai. Masing-masing sibuk menghembus asap rokok sambil melayan fikiran.Mungkin fikiran masing-masing [...]

sembang sore

Petang itu,aku duduk bersandar di atas kerusi empuk,kaki bersilang atas meja.Asap Wismeluk berkepul-kepul aku hembuskan.Mata aku tajam memerhatikan Benuk melayan pelanggan.”Sudah cekap berurus niaga” bisik aku.Kemudian pandangan aku berpindah ke satu sudut,di mana Akok sibuk membersihkan beberapa buah kipas,sudah dicerai-ceraikan bahagian-bahagian kipas tersebut. “Lambat betul Rio ni” rungut aku yang menantikan seteko kopi o dan [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes