Archive for the ‘sembang-sembang’ Category

besar belum tentu bapak

sambungan semalam. Bila tangan aku dipegang oleh Apok dengan cara begitu.Menyebabkan ‘gila’ aku tiba-tiba datang.Aku dengan Apok sebenarnya memang ada dendam peribadi tanpa disedari oleh Apok sendiri.Satu jelingan tajam dari mata aku.Apok secara perlahan-perlahan melepaskan genggaman tangannya. ” Kawan,gua mari sini bukan mau cali gaduh maa ” Apok bersuara perlahan bila menyedari tindakannya tadi menimbulkan [...]

rundingan meja bulat

Sepatutnya aku dah serahkan duit tebus tapak pada Uncle Boncai lebih awal.Dia pun dah bersetuju dengan harga yang aku tawarkan di samping memberi peluang pada dia untuk berniaga selama sebulan lagi untuk aku buat persediaan.Namun tiba-tiba ada campur tangan dari Gohsek. Hari itu Uncle Boncai ada berpesan dengan aku,bahawa Apok akan datang berjumpa dengan aku.Kawan-kawan [...]

akhirnya

Ya,akhirnya apa yang aku idam-idamkan selama ini tercapai jua.Syukur! Uncle Boncai – seorang tukang kasut yang paling lama dalam Muar akhirnya ‘tersungkur’ dalam persaingan.Tapaknya itu memang cukup istimewa ! Dalam Muar dialah satu-satu tukang kasut yang boleh berniaga tanpa ada pesaing yang duduk berdekatannya. Jika ada tukang kasut cuba memulakan perniagaan berdekatan dengan dia pasti [...]

dulu seorang kini berempat

1990. Bila dah masuk bulan keempat aku berniaga itu bermakna aku sudah melangkah ke tahun baru – 1990.Baru-baru ini,Amid yang berniaga di tepi Toko Manap[sekarang sudah bertukar menjadi kedai cermin mata] ada datang berjumpa dengan aku.Tujuannya adalah untuk berunding dengan aku – penjualan tapaknya. Aku menolak mentah-mentah tawarannya itu sebab lokasi aku berniaga cuma dipisahkan [...]

tekad

nyanyian serambi Bila masuk bulan ke empat aku berniaga di kaki lima kedai kopi itu,aku sudah boleh menarik nafas lega – sebabnya? Apa yang mahukan sudah tercapai.Mencapai lingkungan pendapatan yang aku inginkan.Berbaloilah sebagai tukang kasut yang baru memulakan perniagaannya.Syukur ! Setiap kali balik dari berniaga,aku kena bawa balik sejumlah kasut yang perlu disiapkan yang mana [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes