REZEKI MURAH » sembang-sembang

apa yang tinggal
Malam itu,malam pertama aku keseorangan tanpa sang guru.Sunyi ! Tanpa soal jawab seperti malam-malam terdahulu.Sepi !  Tiada lagi sebarang bicara antara sang murid dan sang guru.Mata aku memerhati setiap inci  ruang rumah comel itu.Kini,apa yang tinggal ? Kenangan ? Entah ! Aku pun kurang pasti ketika itu.

Perlahan-lahan aku capai radio kecil berkuasa bateri.Tekan punat play.Aku perlahankan suara radio supaya tidak memekak sangat.Muzik intro memecah kesunyian malam.Telinga aku menangkap setiap rangkap lirik tersebut.Antara lirik lagu yang cukup menarik minat Tok Jujak sewaktu dulu.

Ada yang tertinggal

Setelah terbenam mentari

Ada yang tertinggal

Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan

Kau mesti pergi

Kau mesti

Alam telah menyakinkan

Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal

Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya

Cintaku dengan cahaya mu

Kekal selamanya

Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu

Tenggelam dalam tangisan

Engkau telah pergi

Tapi masih ada

Yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Yang tinggal

Yang tinggal

Yang tinggal

AKU !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

hari-hari terakhir
Selepas pesanan dilafazkan di telinga,aku cuma mampu menunggu saat tersebut dengan penuh debar dan penuh sugul.Aku sempat bertanyakan pada Mok tentang suatu perkara.Siapa yang bakal memikul amanah sebagai guru andai Tok Jujak sudah tiada nanti.

Jawapan dari Mok cukup mengecewakan aku ! Tiada siapa pun yang layak/sanggup memikul amanah tersebut baik Tok Sulai mahupun Tok Ta.” Amanah tu besar tanggungjawabnya,Jo,Tiada siapa pun sanggup menggalasnya” Mok menerangkan keadaan tersebut.

Debaran semakin terasa bila tiba malam itu.Seperti yang dipinta oleh Tok Jujak,detik itu biarlah hanya aku,Mok,Tok Sulai dan Tok Ta sahaja yang tau.Hanya kegembiraan yang terpancar di wajah Tok Jujak.Yelah,orang yang merindui “kampung halaman yang abadi” memang menunggu akan saat tersebut !

Selepas Subuh ketika sang mentari mula menampakkan dirinya,Tok Jujak menghembuskan nafas terakhirnya sebaik mengucapkan kalimah agung dalam satu nafas tanpa terputus-putus sebutannya.Lancar dan tenang beliau menyebutnya.

Baik aku mahupun Mok,Tok Sulai dan Tok Ta masing-masing cuba menahan air mata dari mengalir namun gagal.Tapi jauh di sudut hati masing-masing kami semua gembira,Tok Jujak pulang dalam dakapanNYA !

Rezeki aku berguru dengan Tok Jujak cuma setakat ini sahaja cuma aku teringat akan pesanan beliau ” carilah “guru” yang  tak mati-mati” !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

pesanan keramat
Bosan menunggu kepulangan Tok Jujak dari “sesi makan angin” ,aku menghayun langkah ke rumah Mok.Kebetulan perut aku  lapar mintak diisi.Sambil berjalan fikiran aku melayang memikirkan ke mana orang tua tu “makan angin”.Mok duduk di pangkin luar,duduk bersama Tok Sulai dan Tok Ta.

Setelah bersalaman dengan mereka,aku terus ke dapur.Makcik Serot sedang sibuk memasak.Bukak tudung saji,mujur masih ada baki-baki tempe dan tahu goreng.Sambil mengunyah aku memikirkan apa yang sedang diperbualkan oleh mereka bertiga di pangkin luar tu.

Dipendekakan cerita,selepas Zohor barulah mncul Tok Jujak bersama Cu Rahim.Entah dari mana.Di ruang tamu duduk bersila kesemua tok-tok sedara aku tu,Tok Jujak bersandar di dinding.Mok duduk bersebelahan dengannya.Aku sedar,pasti ada perkara mustahak yang ingin disampaikan.Aku menunggu salah seorang dari mereka membuka mulut.

” Jo,setiap pertemuan ada perpisahan” Mok mula mengatur bicara namun terhenti setakat itu sahaja.Suara Mok tersekat.Aku renung wajah Tok Jujak.Wajah tenang yang sudah dimakan usia.Wajah yang aku tatap saban hari sepanjang aku di Telok Majlis.Entah berapa lama lagi aku berpeluang bertentang mata,bergurau senda dan paling penting entah berapa lama lagi aku dapat berguru dengan beliau.

“Berapa hari lagi,tok ? ” berat mulut aku nak bertanya namun aku gagahkan jua.Perlahan-lahan aku melutut ke arahnya.Aku peluk erat Tok Jujak sambil air mata berlinang.Tok Jujak mengusap-usap perlahan-lahan belakang badan aku.Dengan tenang dia membisikkan sesuatu di telinga aku.Perlahan-lahan rangkulan erat dilonggarkan,bertentang mata,menatap sepuas-puas wajah insan yang bakal pulang manghadapNYA .

Pesanan keramat yang dilafazkan Tok Jujak akan aku genggam sehingga akhir hayat aku – sehingga nafas terakhir  !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

fasa kehidupan aku
Tanpa membuang  aku masa,aku terus ke sambungan cerita kisah kehidupan aku.Tahun 1997 aku balik ke Malaysia.Aku ibarat seorang pelajar yang terkandas dalam pengajian gara-gara kematian Tok Jujak.Pemergian beliau memang satu kehilangan besar buat aku.

Seperti mana perkenalan pertama aku dengan beliau,di mana aku melalui peristiwa di luar pemikiran logik akal.Di hari-hari terakhir hayatnya,aku sempat menyaksikan satu lagi peristiwa sedemikian rupa.Pagi tu,seperti biasa aku akan menemankan Tok Jujak di rumahnya.Keadaan beliau agak uzur.Pergerakannya semakin terhad,solat yang dilakukannya  pun sambil duduk.

Selesai membantunya mengambil wuduk.Aku memimpinnya ke ruang solat[ruang yang ditabir dengan kain].Menanti Tok Jujak selesai urusannya.Aku bersandar di dinding,dari situ aku boleh lihat bayangan susuk tubuhnya yang sedang duduk bersila[tabir itu tidak labuh ke lantai].Penat bersandar,aku berdiri di muka pintu sambil telinga mendengar alunan ayat suci Al-Quran,yang dibaca oleh Tok Jujak.Puas berdiri sambil merokok,aku duduk bersila di muka pintu.

Bacaan semakin lama semakin perlahan kemudian senyap.Mungkin Tok Jujak sudah keletihan,aku pula melayan fikiran yang melayang jauh.Tiba-tiba aku tergerak untuk melihat Tok Jujak.Aku selak tabir ruang solat,Tok Jujak tiada di situ ! Al- Quran yang sudah kusam kekuningan itu elok tertutup di atas rehal.Ke mana menghilangnya Tok Jujak ? Aku menggaru kepala yang tak gatal.Bukan pening memikirkan hal tersebut cuma satu persoalan bermain di fikiran aku.Kenapa Tok Jujak tinggalkan aku keseorangan ! Tiada rezeki aku kali ini nampaknya !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

pelanggan misteri
Pagi itu,sebelum buka kedai,aku dan semua pekerja bersarapan bersama-sama.Wajah masing-masing tergambar  keletihan gara-gara peristiwa semalam.Aku sendiri sudah berkira-kira mahu menyambung tidur selepas bersarapan.Sambil menyuap juadah sarapan pagi,aku khabarkan satu berita.

Aku akan pulang ke Telok Majlis dalam waktu terdekat dan sempat juga aku mengulangi beberapa pesanan penting.Aku yakin,tanggungjawab yang diamanahkan akan dipikul sebaik mungkin.

Selesai makan pagi,kami semua menuju ke kedai.Bila hampir tiba di kedai,aku nampak seseorang sedang menunggu di depan pintu kedai.Lagaknya seperti dalam kegelisahan.Sekejap mundar-mandir,sekejap mencangkung kemudian kembali mundar mandir di depan pintu kedai.

Mata aku yang  mengantuk kembali segar bila melihatkan gelagat manusia tersebut.Ketika kedua-dua pintu kedai dibuka,dia bergegas masuk sambil tertinjau-tinjau ke sana ke sini.Bila ditanya apa yang  mahu dibeli,tidak pula mahu dijawap.Sebaliknya dia berulang alik masuk kedua-dua kedai.

Akhirnya dia seolah-olah tersenyum puas bila terpandangkan longgokan perabot yang aku asingkan sebelum ini[perabot antik].Walaupun aku begitu ingin sekali  bertanyakan sesuatu pada dia,entah kenapa mulut aku begitu berat sekali untuk mengungkapkannya!

Semua orang di kedai lega kerana kerusi goyang dan perabot antik tersebut sudah terjual.Sehingga hari ini,aku masih tertanya-tanya siapa dia yang sebenar?Sebabnya?Menurut Rio,itulah orang yang muncul dalam mimpinya sejak peritiwa dia sesat di lautan tempohari.

Apa yang pasti itulah pelanggan yang cukup misteri sepanjang aku berniaga barangan terpakai !

Posted with WordPress for BlackBerry.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

sambungan
Ada baiknya aku sambung semula kisah kerusi goyang dan si hantu raya.

Malam itu setelah makan malam,aku dan mereka yang bersetuju tidur di kedai mula mengambil tempat masing-masing-tempat untuk tidur.Malam tu agak berhimpit-himpit jugak semasa nak tidur.Apa yang berlaku malam tu?  Sebelum menutup kedai,aku arahkan Benuk agar membawa masuk meja bulat ke dalam kedai yang kami tidur,manakala kerusi goyang ditinggalkan di kedai sebelah.

Tujuan aku untuk membuktikan kehadiran hantu raya tersebut berdasarkan kejadian sebelum ini[bunyi perabot dialihkan semata-mata si hantu raya ingin mencari meja bulat tersebut].Malam semakin larut,yang ditunggu masih belum muncul,yang menunggu semakin mengantuk termasuk aku.

Aku tersedar bila Benuk mengejutkan aku,rupa-rupanya mereka yang lain sudah lama tersedar.”Bunyi perabot diselongkar semakin kuat,tadi taklah begitu bising” terang Benuk.

“Mungkin hantu tu marah sebab meja bulat tu gagal ditemui” jelas aku sambil menyalakan sebatang rokok.Aku memasang telinga menantikan apa yang berlaku selanjutnya.Dari bunyi yang  didengar,memang hantu tersebut gigih menyelongkar longgokan perabot untuk mencari meja bulat tersebut.

Tiba-tiba suasana menjadi senyap,tiada lagi bunyi perabot diselongkar.Mungkin hantu itu sudah berputus asa !.”Antara kamu,siapa yang ingin melihat wajah hantu tu,bolehlah bawakan meja bulat ni pada ‘dia’ ” gurau aku pada yang lain.

Tiupan angin laut cukup mendinginkan,masing-masing mula membungkuskan diri dengan kain sarong.Sebelum aku melelapkan mata,telinga aku terdengar bunyi,tanda kerusi goyang sedang digoyangkan oleh ‘seseorang’.Di kepala aku tergambar hantu itu sedang berehat kepenatan sambil memikirkan di manakah meja bulatnya itu !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

awal muharram
Tahun baru muncul lagi,pada aku ketibaan awal Muharram membawa seribu kenangan.Ada duka,ada suka.Suka bila pertama kali aku diperakui sebagai anak murid pada seorang guru[1995].Duka bila guru aku yang pertama itu meninggal[1997].

Bila Tok Jujak meninggal aku terasa begitu kosong.Hasrat menetap di Telok Majlis terus terbantut.Nasihat dari Tok Sulai atau Tok Ta tidak aku hirau.Tanpa berfikir panjang aku menyelinap masuk ke Malaysia semula.Tiba di Malaysia aku jadi tak tentu arah.Sehingga aku tersalah memilih guru mujur aku tersedar cepat.

Tapi hasrat murni menuntut ilmu dalam jiwa masih subur,aku dipertemukan dengan Abang Ajak.Maka dapatlah aku menyambut awal Muharram 1998 bersama seorang guru yang baru.Namun jodoh aku berguru bersama Abang Ajak  tak panjang – aku kena kad merah dengan Abang Ajak !   …..silap aku jugak kerana keras kepala.

Terkontang-kantinglah aku sehingga 2010.Awal tahun ini,aku berazam menyambut awal Muharram bersama seorang guru.Syukur ! Hasrat aku dimakbulkanNYA. Aku sedar untuk Muharram kali ini,aku perlu menjadi anak murid yang baik bukan si kepala batu atau keras kepala !

Dah nasib badan terpaksa berguru dengan bekas komando.Jadi memang kena lanyak ! ” Kau mula dari bawah semula ! “  bentak si komando pencen itu,gara-gara aku terlupa sepotong ayat Al Quran yang ditanya oleh beliau[kenapalah dia boleh tanya pasal ayat tu !   ]

Demi azam aku mejadi murid yang baik kali ini,aku pun akur.Bermula dari hari Selasa hingga Isnin depan terpaksalah aku makan sebiji pisang/sekepal nasi putih dan segelas air masak sahaja setiap hari.Apa yang pasti hari terakhir[Selasa]  hari yang paling mencabar !

Bermula hari Selasa jadilah aku si penghitung hari yang setia   Entah larat aku nak berblogging aku pun tak pasti !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

si hantu raya
Pagi ketika bersarapan,masing–masing sibuk bertanyakan hal malam semalam.Aku biarkan Giman yang menceritakan dari awal tentang kejadian semalam.Dalam fikiran aku,sudah tergambar bahawa di antara barangan terpakai tu datangnya dari sebuah rumah yang mana pemiliknya sudah meninggal dan meninggalkan ‘sesuatu’.

‘Sesuatu’ yang sedang berkeliaran mencari tuan yang baru ! Dari apa yang aku perhatikan ‘sesuatu’ ini suka meniru perlakuan tuan lamanya semasa tuannya masih hidup.Makhluk apa yang suka meniru perlakuan tuannya? Apalagi kalau bukan si hantu raya ! Contohnya meniru perlakuan tuannya yang suka berehat di atas kerusi goyang dan ada kemungkinan tuannya dulu itu menghembuskan nafas terakhir di atas kerusi tersebut ! – sekadar jangkaan aku

Selesai bersarapan,aku menyelongkar perabot yang telah dilonggokkan sebelum ini.Tujuan aku,mengumpulkan perabot yang ada kaitan dengan kerusi goyang itu berdasarkan jenis perabot.Mula-mula aku suruh Akok dan Giman alihkan almari antik[sebelum ini yang tersimpan 3 bilah keris].

Akhirnya terkumpullah perabot antik yang terdiri daripada sebuah almari pakaian,sebuah meja solek bersama kerusinya,sebuah katil yang sudah kekurangan sifatnya[papan sebagi pengalas tilam sudah tiada],3/4 buah kerusi[kemungkinan kerusi untuk meja makan],sebuah meja bulat kecil dan kerusi goyang tersebut.

Sepanjang hari itu,segala perabot antik itu masih gagal dijual.Macam-macam reaksi pembeli  yang aku tengok bila dicadangkan agar membeli perabot tersebut.Selalunya perabot sedemikian mudah benar dijual ! Namun tidak pada perabot tersebut.Hairan aku memikirkannya.

Petang itu setelah tutup kedai,aku khabarkan pada Rio tentang cadangan aku.Disebabkan semuanya tertarik dengan cadangan aku,mereka semuanya bersetuju tidur di kedai untuk menyaksikan sendiri apa yang bakal berlaku.Malam yang penuh debaran !

*Petang itu,Taib kebingungan bila sebuah radio kecil berbunyi dengan sendiri walhal radio tersebut memerlukan bateri untuk berfungsi – sedangkan tiada bateri dalam radio tersebut   *

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

siapa dia
Apa yang saksikan itu,aku diamkan je tanpa memberitahu pada yang lain.Macam biasa aku lebih suka tidur di kedai.Malam itu cuma aku berdua yang tidur di kedai – bersama Giman.Bila tongkang berlabuh,Rio dan pembantunya memang tidur di tongkang.

Benuk memang awal-awal lagi sudah mahu tidur di bilik penginapan bersama Akok.Sementara Taib dan dua orang potter tidur di stor[rumah yang aku sewa tu].Sedang aku sedap tidur tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu bunyi.Aku amat pasti bunyi itu datang dari kedai sebelah.

Aku bingkas bangun capai lampu suluh,kejutkan Giman.Rupa-rupanya Giman sedari tadi belum tidur,dia khabarkan  pada aku,bahawa dia terdengar ‘seseorang’ sedang mengalih-alih sesuatu dari kedai sebelah.Aku cuma terbangun bila terdengar bunyi benda jatuh.

Aku suluh pintu kedai sebelah,tiada kesan kopak – bermakna bukan maling [pencuri] punya kerja.Aku ambil keputusan untuk masuk ke dalam kedai tersebut.Aku suruh Giman kejutkan Rio.Sebaik pintu kedai sudah terkuak,mata aku terus tertumpu pada kerusi goyang – sedang bergoyang !

Di sebelah kerusi goyang kini ada sebuah meja bulat kecil,yang mana sebelum ini memang meja tersebut bukan di situ.Mungkin ‘dia’ mengambil meja itu dari longgokan barangan terpakai sehingga ada barang lain yang jatuh.

Ketika Rio sampai di muka pintu kedai,aku suluh ke arah kerusi goyang yang masih bergoyang[sudah semakin perlahan berbanding tadi].

” Esok je kita bincangkan hal ini ” kata aku pada Rio.Sehingga menjelang subuh,aku tak dapat melelapkan mata memikirkan hal tersebut sementara Giman dan Rio terbongkang tidur kepenatan !

Siapa ‘dia’  tu ?

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

kerusi goyang
Malam itu,setelah siap segala urusan memindahkan barang dari tongkang ke kedai.Masing-masing membersihkan diri di bilik penginapan.Selesai makan malam,aku,Rio dan Benuk menuju ke kedai,yang lain terus ke bilik penginapan menonton tv.

Rio menceritakan apa yang telah  berlaku.Bermula dengan menyusun barangan terpakai dalam perut tongkang,Rio sudah merasa sesuatu yang kurang menyenangkan.Setelah siap mengisi barangan,Rio belayar mengikut laluan yang biasa,sebaik melepasi perairan Singapura,sesuatu yang aneh  mula berlaku – laluan tongkang mula tersasar.

Walau menyedari laluan tongkang kian jauh dari laluan sebenar,Rio dan pembantunya seolah-olah terpukau lalu meneruskan pelayaran sehinggalah tongkang berhenti secara tiba-tiba.Ketika inilah Rio menyedari ada sesuatu dalam tongkang yang perlu diusir.

Setelah berbincang dengan pembantunya,Rio menggeledah segala perabot yang disyaki tersimpan sesuatu.Jangkaan Rio memang tepat,memang ada sesuatu dalam sebuah almari antik.Rio mengeluarkan bungkusan kain hitam yang mengandungi 3 bilah keris lama tanpa sarung.

Setelah dipunjut kain hitam tersebut,Rio melemparkan ke dalam laut dan Rio meneruskan pelayaran.

” Rio,aku pasti selain keris ada barangan lain yang masih belum dibuang ” ujar aku.Rio mengangguk perlahan tanda bersetuju.Benuk sedikit pucat bila Rio bersetuju dengan cakap aku.” Bang,malam ni aku tidur di bilik penginapan lah ” Benuk bersuara sebaik sahaja terdengar suatu bunyi dari dalam kedai !

Malam itu ketika mereka yang lain sibuk menyusun barangan terpakai di kedai pertama,aku bersendirian masuk ke kedai kedua memerhatikan barangan yang telah dilonggokkan.Ada timbunan barangan elektrik,ada perabot yang disusun bertindih-tindih tapi tak teratur.Bercampur-campur antara perabot pejabat dan perabot rumah.

Mata aku tertumpu pada sebuah kerusi goyang yang terasing dari longgokan.Agak antik jugak kerusi itu.Entah kenapa pada aku,kerusi itu cukup ganjil ! Semasa menarik daun pintu kedai [jenis pintu kayu yang berlipat-lipat] untuk ditutup,dengan jelas aku saksikan kerusi itu bergoyang-goyang dengan perlahan seolah-olah ada seseorang sedang duduk sambil menggoyang-goyangkan kerusi tersebut !

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.