Archive for the ‘mau blogging’ Category

riwayat september

Sebulan telah berlalu,September berganti Oktober.Entry kali ini mengisahkan sedutan sepanjang September.Bulan di mana,trafik blog mengalami penurunan bilangan pengunjung sebab demam raya melanda.Blog aku pun tidak terkecuali-mood blogging pun entah ke mana lesapnya.

rumah terbuka

slip bankin untuk dila13 Syawal dah nak ‘basi’,aku baru nak buat rumah terbuka tapi rumah terbuka atau open house ni dibuat mengikut  cara aku – konsep aku…..kehkehkeh.Jemputannya pun tak berapa ramai setakat seorang je.Tapi punyalah berjanggut nak tunggu ketibaan tetamu ini.Dari sebelum Zohor aku tunggu sampai nak masuk Asar,baru Samdaddycool ni muncul dengan selamba. Sampai [...]

mood malas

Aku rasa hari ni adalah hari terakhir percutian bagi mereka yang bercuti panjang.Esok masing-masing akan memulakan rutin harian seperti biasa.Aku masih lagi dalam mood kemalasan.Diharapkan mood malas itu akan berakhir hari ini,esok mudah-mudahan akan muncul mood rajin.

pengumuman

Sebelum sambutan hari raya tempohari,aku ada buat suatu entry bertajuk “suatu penghargaan”.Mengambil berkat penghulu segala hari,aku umumkan di sini akan penghargaan tersebut.Hari ini jugak jumlah komen akan kembali kepada kosong. Namun komen selepas entry suatu penghargaan sehingga hari ini akan aku kira secara manual – aku pun tak reti nak terangkan,harap korang boleh faham…..kahkahkah.Kalau komen [...]

tetamu syawal

Masih dalam mood raya maka ada baiknya aku selitkan kisah tetamu Syawal,ketika raya yang sudah masuk hari ke 7 ni.Pada pagi raya ke 2,aku menziarahi 2 orang kenalan lama aku di bandar Johor untuk saling bermaafan.Mujur mereka ini faham cara aku beraya.Mereka sedar,tak perlu memujuk atau merayu apatah lagi memaksa aku beraya di rumah mereka [...]

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes