baru ku tahu

Baru ku tahu maksud kata-kata mu itu,Nai !

Bila aku memilih tanggal 7/2/2011 sempena pertemuan pertama sejak sekian lama tak berjumpa,kamu cadangkan 9/2/2011 sebagai tarikh bersejarah.Aku tanya kenapa ? Kamu bilang ada kejutan pada hari tersebut ! Memang aku terkejut !

Kamu bilang,nanti pada tarikh tersebut,kamu hanya ingin mendengar, membiarkan aku bercakap sorang tentang kisah-kisah lalu.Memang aku bercakap sorang-sorang sehingga kini !
Kamu bilang,mahu mengenakan pakaian serba putih untuk pertemuan itu.Memang hari itu kamu terbujur kaku dibalut kain kapan !

Kamu bilang,kamu berjanji akan sentiasa tersenyum hingga akhir hayat berikutan perkembangan perhubungan kita berdua.Kamu memang pergi dalam tersenyum !

Kamu bilang,cukup sekadar senaskah Yassin sebagai barang hantaran,tanda ikatan kita berdua nanti.Memang surah itulah tanda ikatan antara aku dan kamu.

Kamu bilang,aku mungkin-mungkin tidak muncul pada hari pertemuan tersebut.Memang aku tak muncul pada hari tersebut untuk menatap wajah kamu buat kali terakhir,Nai !

Posted with WordPress for BlackBerry.

sepi dan kosong

Malam itu[9/2/2011] suasana bertukar dalam sekelip mata.Malam itu sepatutnya dia hadir di depan mata aku.

Namun di saat gambar ini dirakam dia sudah terbaring kaku ! Aku celaru !

Al-Fatihah buat Syazra Abdullah/Nai.

Posted with WordPress for BlackBerry.

blogger yang terkejut

Hari terakhir dalam Januari ni,aku terbitkan satu entry.Demi menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pemilik domain RajaBlogging Dot Com bertajuk blogger yang terkejut.Bersesuaian dengan tajuk tersebut,aku tak kan terkejut kalau korang menggaru kepala yang tak gatal atau berkerut dahi bila membaca entry ini[kahkahkah]

Ada bagusnya korang bukak youtube,sambil baca sambil layan lagu Di Balik Cermin Mimpi.

Bermula kisah,sambungan kisah dari sebelum ini.

mungkinkah banjir

Hujan sudah berlarutan selama 2 hari di kampung aku ni.Air dalam parit/longkang sekitar rumah mak aku mula penuh ! Mujur sebelum ini aku sempat bersihkan parit tersebut dari sampah sarap.Kalau tidak dah tentu bahagian dapur dipenuhi air.

Tapi nasib aku jauh lebih baik berbanding Mijie yang sedang bercuti di kampung isterinya.Khabarnya Mijie sekarang menghabiskan cutinya di pusat perpindahan banjir gara-gara kawasan tersebut mula dinaiki air !

Kalau dah banjir,sempat ke penduduk sekitar di situ keluar mengundi?

Posted with WordPress for BlackBerry.

hujan dan mee siput

Di kala hujan,perut memang lapar.Hujan pulak sedari pagi turun hinggalah ke petang.Kemungkinan berlarutan sehingga malam.

Biasanya kalau perut lapar sebelum waktu makan,aku suka kunyah jajan ni.Aku rasa jajan ni popular sebelah selatan je.

Ia dipanggil MEE SIPUT.Setelah digoreng,ia enak dimakan bersama sambal tumis atau sos[macam sos keropok lekor tu]

Mee siput inilah yang menyemai minat aku dalam berniaga.Setiap kali aku makan jajan ni,pasti aku teringat kisah lalu !

Posted with WordPress for BlackBerry.

© Copyright Reserved REZEKI MURAH 2010. | Log in
Design by: Yoshz Themes